Nota Buku - Guru Aini / Andrea Hirata
“Dalam perjalanan yang panjang menuju keikhlasan, kita akan menemukan harapan. dalam perjalanan yang berliku-liku menuju pengorbanan, kita akan menemukan keberanian. namun kejujuran pada diri sendiri akhirnya kita akan pulang “
Sebagai peminat Andrea Hirata yang totok, membaca buku ini sudah seperti menelefon seorang kawan dan bertanya khabar kepadanya. Ianya sudah jelas dan menjadi sesuatu yang natural untuk aku membeli dan membaca buku tulisan Andrea Hirata yang satu ini dan seterusnya. Bagi peminat Andrea Hirata lain, buku ini merupakan [.....]
Salah satu air kegemaran aku adalah air teh ais cincau.
Banyak dah orang bukak kedai di tepian jalan yang jual teh ais cincau. Spesis pun dah bermutasi dengan pelbagai nama-nama menarik teh ais padu, teh ais pyorr, teh ais cincau viral meletop, teh ais cincau anak dara..dan lain-lain kluster lagi tapi asasnya adalah air teh ais yang dicampur dengan cincau, simple, kalau taknak cincau boleh beritahu, kalau nak lebih cincau pun boleh beritahu..jangan nak berahsia pulak dengan penjual.
Dia kalau pekena time tengahari atau lepas jogging [.....]
Nota Buku - Rembulan Tenggelam Di Wajahmu / Tere Liye.
Nota Buku - Rembulan Tenggelam Di Wajahmu / Tere Liye.
Sepanjang hidup kita , akan berlangsung persoalan-persoalan yang mempertikai-mencari-merenung, tentang hal-hal yang tidak hadam dalam kepala. Ketika kita keseorangan, mungkin ketika malam berlabuh dan gelap menguasai, persoalan ini muncul dari lubuk sanubari mohon diberikan kewajaran.
Sejakdari kanak-kanak , remaja, dewasa, ada yang sampai ke hujungnya tidak menemui jawapan. Yang ada, hanyalah pertanyaan demi pertanyaan, yang beranak-pinak dan bercucu-cicit.
Bagi yang terpilih,mungkin diperjodohkan dengan jawapan dan pemahaman dalam hidupnya, lalu dipeluknya jawapan itu dengan pelukan bersahabat. [.....]
Aku suka melihat-mendengar orang bermain gitar. Dapat pulak yang suaranya padan, memang ngam. Sound gitar cukup bersahabat dengan deria pemdengaran aku, terutamanya gitar akustik. Dia macam relaks-relak dan tak komplilated pada telinga aku. Kalau ada orang busking, memang cenderung untuk aku layan dulu selagu-dua. Kalau tiba-tiba datang muka tak malu aku, aku request lagu.
Masa aku duduk asrama dulu, memang rezeki pulak ada kawan yang handal bermain gitar. Kiranya rakan satu kelas dan satu asrama la walaupun bukan sebilik, by nature mukanya akan muncul di musim peperiksaan membawa buku nota - yang kosong. Last minute punya orang la ni, walau pintu kejayaaan hampir nak tutup pun tinggal seinci, dia jenis otak ligat boleh masuk ikut tingkap..ni yang [.....]
Sejak dua menjak ni aku tengok banyak kucing yang tak ikut arahan PKP, ada yang jalan ke rumah jiran tak pakai mask, tak tahu nak nasihat macam mana dah, duduk rumah je la makan OAT dan cornflakes.
Pastu kalau nak beromen tu bukan main bising, romen senyap-senyap tak boleh ke. Miaw miaw, mooowe, meow.nyiauuu nyiauu nhyioou...miong maww meow.Miaw miaw, mooowe, meow.nyiauuu nyiauu nhyiow meow.Meowwww..miaw miaw miaww miooo...miawwwww.meow meow meoww. Dah macam ambulans bunyinya, dahlah time Covid ni orang panik dengar bunyi ambulans.
Kan? Pasti kita pernah [.....]
Musuh Tidak Kelihatan 2
Statistik jangkitan Covid19 semakin laju meningkat, Abu sudah tidak sempat untuk mengejar angka demi angka.Abu sendiri adalah manusia jenis benak angka, yakni nombor-nombor tidak bergaul elok dalam kepala otak Abu. Jika dipaparkan nombor-nombor yang berderet seperti statistik kes Covid19, kepala Abu akan berpusing bingit seperti mesin basuh yang menanti tarikh mati.
Sudah dua hari Abu menantikan kemunculan suara misteri yang diceritakan pada episod lalu, namun penantian Abu masih belum ada kepastian. Bukan sahaja suara tidak muncul, bunyi perabot yang diseret-seret jugak sudah hilang. Abu menantikan di ruang tamu juga tiada sebarang petanda, dah masuk 2 hari Abu tidak bertukar kain pelikat, tilam yang dibentangkan di ruang tamu pun dah penyek-penyek menampung berat [.....]
Ada orang tanya apa pelan selepas Lepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) , aku belum terfikir lagi nak buat sesuatu yang drastik, cuma mungkin akan sokong dan mendahulukan perniagaan orang Malaysia terutamanya dari segi makanan lah, tapi rasanya lepas PKP mesti ramai yang dah puas duduk dan mencuba pelbagai resepi kat rumah, ni biznes ubat kurus makin mencanak lah ye tak lepas PKP?
[.....]
Selepas Grab Car, wujud pulak Grab food tolong belikan makanan. Lepas ni kena buat Grab Money pulak, mintak rider amik dan hantarkan duit sampai depan pintu.
Menang besar lah syarikat Grab.
[.....]
Musuh tidak kelihatan.
Dari dalam bilik tidur, Abu mendengar seolah-olah kerusi meja perabotnya dialih-alihkan. Mistikal. Perkara ini sudah berlaku sejak seminggu lalu ketika dia keseorangan, namun apabila Abu keluar dan memeriksa, tiada apa pun yang beralih, sofanya masih ditempat asal, rak dan kabinet TV tidak berganjak, meja makan masih di sudut yang sama bersama bekas lauk pauk malam semalam yang tidak berganjak walau seinci, ada jugak bekas lauk 2 hari lepas..tidak berganjak dan tidak berbasuh.
Kalau minggu lepas agak kucar-kacir jugak perasaan Abu dibuatnya dengan kehadiran bunyi-bunyian tersebut, dia mula meragui kewarasannya selepas 2 minggu tempoh kawalan pergerakan. Mungkinkah aku berhalusinasi? Atau rumah sewa ini memang halus permainannya? Tanya Abu kepada dirinya berteka-teki.
Abu sudah [.....]