Monday, January 27, 2020

WABAK DAN MABUK

WABAK DAN MABUK Ketika musim wabak melanda ni , semua orang mengambil langkah berjaga-jaga, contohnya memakai mask, mengelakkan dari berada di tempat tumpuan pelancong ataupun masuk ke masjid sebab masjid tak ramai orang biasanya.
Lain pula dengan perempuan kegemaran aku, memandangkan musim wabak dengan trend, dia duduk rumah mengeruhkan lagi keadaan dengan cara layan filem Contagion kemudian sambung pula dengan filem Flu, dua-dua filem ni berkisar tentang penyakit berjangkit yang kritikal betul sampai dia taknak keluar rumah. 
Aku yang biasanya tak kisah duduk rumah lama-lama, tiba-tiba [.....]

Saturday, January 25, 2020

NORMALISASI & INSPIRASi SI SIPUT

Normalisasi
Aku ada seorang kawan yang dulu beratnya nak dekat 100kg, tapi sekarang dia lagi ringan dari aku. Setelah aku buat pemerhatian dan sedikit soal jawab, dapat aku simpulkan kunci kepada pintu kejayaan dia ke arah pengurusan badan ideal adalah konsistensi dan seterusnya normalisasi.
Diet yang konsisten dan senaman yang dijadikan amalan hidup. 2 perkara ni kena pegang seperti kau pegang isteri kau pada minggu pertama perkahwinan, penuh kasih sayang dan janji..ada yang mandi pun taknak lepas aku dengar. Jangan dibuat macam manifesto sudahlah, hari ni [.....]

Thursday, January 23, 2020

Dua Puloh Dua Puloh


Come and tell your old story and discover a new one.

Setakat hari ni, aku dah siap mendaftar 5 full marathon.

Selangor,
Perlis,
Negeri Sembilan,
KL
dan Melaka.

Aku harap 5 ni je la, cukup untuk dikhatamkan sepanjang tahun, malas aku nak belek-belek lagi, terus daftar awal sekaligus dan get ready saja dari satu tarikh ke tarikh yang lain.

Yang peliknya, jika diperhalusi rekod peribadi, sebenarnya satu full marathon pun aku belum pernah masuk. Tahun 2020 ni nak terus hadap 5 full marathon [.....]

Saturday, January 18, 2020

Tanda-tanda anda dijangkiti virus run /marathon

Tanda-tanda anda dijangkiti virus run /marathon
1. Baju run penuh dalam almari, pergi mamak pakai baju run, pergi karaoke pakai baju marathon, tidur pakai baju run, pergi kenduri kahwin pun pakai baju run memang dah tenat. Profile picture facebook confirmlah gambar pakai baju run.
2. Jadi lebih bijak geografi tempatan. Bagi yang mengikuti run antarabandar, anda akan terdedah dengan lokasi bandar-bandar di Malaysia. Bila orang sembang pasal Ipoh, automatik kau dah tahu serba sedikit tentang Ipoh sebab kau dah menapak kat sana. Keadaan muka bumi pun [.....]

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home