Why so serious?
I believe people are definitely more easily offended today than in the past.
Aku pun kadang menjadi tidak begitu aktif berterus-terang, dalam tindakan atau percakapan, bila berada dalam situasi atau persekitaran yang tidak kondusif, bukan saja tak open mind malah tak open heart, kerana tak semua orang berada dalam spektrum yang sama.
Manusia semakin fragile, kalau orang lain post gambar makanan pun boleh sentap, belum lagi post gambar bercuti luar negara. Bila nak bercakap atau menulis post pun kena politically correct [.....]
Setibanya di pejabat, Abu sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah. Bak kata pepatah kuno, perahu masih di darat dayung sudah dihayun. Pasti kita semua pernah merasa, atau lebih menyedihkan, masih merasa, masuk saja hari isnin, tanpa menjaga hati Selasa, Rabu dan Khamis, dia sudah tidak sabar-sabar mahukan hari jumaat. Ini tentunya satu hal yang tidak sihat dan merugikan, tapi bagi Abu, setelah kekalahan Manchester United tempoh hari, minggu ini pastinya bukan minggu yang tenang untuknya.
Dia terasa perit untuk bertentang mata dengan rakan-rakannya [.....]