Sunday, October 28, 2018

Kak

Senang je nak bagi perempuan marah.

Panggil dia "Kak". [.....]

Tuesday, October 16, 2018

Memiliki

Antara soalan yang rawak bila berjumpa kawan-kawan yang sudah lama tak berjumpa ;

Dah ada cuckoo?
Dah ada insurans?

Bukan nak kecam. Saja je nak kata. Kawan-kawan juga boleh dijadikan client, prospek atau networking. Ada juga kawan-kawan yang boleh dijadikan boss.

Ramai juga kawan yang tanya pakai kereta apa, anak dah berapa, rumah dah beli ke.

Bukan tak suka. Saja je nak kata. Memang inilah cara kita nak mengikuti perkembangan kawan-kawan kan. Berbasa-basi sekadar di permuka-mukaan. Mereka / kita akan tanya dah ada itu [.....]

Friday, October 12, 2018

Bukan Review PASKAL

Apa yang masuk ke fikiran aku sesudah menonton filem ini adalah tentang pengorbanan yang dilupakan / tidak diangkat selayaknya. Bayangkan pekerjaan-pekerjaan yang meletakkan nyawa sebagai taruhan, pun tidak dihargai dan diberi perhatian setimpal, inikan pulak pekerjaan pejabat-pejabat seperti aku, apalah sangat. Selepas ni kalau kita lakukan kebaikan dan tiada siapa yang berterima kasih, bertenang saja wahai orang muda, kerana ketika ini ramai pejuang sedang bersiap sedia dengan nyawa dan kita tidak perasan pun, balik kerja kena hujan pun badan dah merajuk, belum dihujani peluru lagj, yang kita perasan [.....]

Wednesday, October 10, 2018

Dont Forget to Play

Boleh dikatakan kat pejabat aku tak seperti diri aku di ruang bukan pejabat, mungkin sesekali tu terjadi juga diri aku yang bukan pejabat di pejabat itupun masa bos tak ada, di pejabat aku agak serius meskipun adakala muka saja serius namun di laman fikiran aku sedang bermain gelongsur dan jongkang-jongket.

Dalam sedang serius, aku agak terhibur jugak mendengar team lain yang berdekatan bukan main gelak dan riang ketawa. Kedengaran merdeka tawanya, aku dapat bayangkan betapa berat juga kerjanya pasti bila pulang dia rasa gembira dan penatnya berbaloi.  [.....]

Tuesday, October 09, 2018

Identiti

Perlukah setiap insan mempunyai identiti tersendiri?


Identiti dikaitkan dengan perkara silam, apa yang berlaku sebelum, cuba kita padamkan segala yang silam, kita pegang pada yang sekarang, kita pilih identiti yang kita rasa kita mahu, kita jadi apa yang kita mahu, lakonkan dan serap, kemudian..adakah yang silam begitu signifikan?

Adakah ini erti kemerdekaan dan kebebasan yang dicari? Tanpa dibelenggu kepatuhan pada kehendak identiti.





[.....]

Saturday, October 06, 2018

Mimpi Tak Sempurna



Kalau kau taknak apa yang orang lain nak, kenapa perlu bergetar tulang punggung kalau kau takde apa yang orang lain ada. Semua orang ada mimpi yang berbeza, walau tidur kepala tu berkongsi bantal pun mimpi takkan selari.

Sekadar contoh random,kalau kau tak minat Iphone, tak perlu pun mendesak-desak nak beli iphone sebab kawan-kawan lain pakai iphone. Bila kau beli nanti kau tak rasa best pun dengan iphone, cuma kau rasa dapat release dari pressure untuk diterima khalayak kau.(Contoh lain : hobi, financial plan pun tak [.....]

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home