Nak dekat pilihanraya ni, aku dengar-dengar parti sana-sini dok campak duit kat masyarakat. Dah macam bagi merpati makan.
Ada yang campak bawah.
Ada yang lambung atas
Tepi.
Kiri.
Kanan.
Belakang.
Leret.
Bergolek.
dan sebagainya.
Meriah, cukup meriah.
Tapi yang aku konfius tak boleh blah, apesal dalam banyak-banyak tu, yang bergolek yang meleret, satu pun tak kena kat aku. Kenapa dan bagaimana boleh tak kena.
**
Manifesto : A manifesto is a published verbal declaration of the intentions, motives, or views of the issuer, be it an individual, group, political party or government.
Moneyfesto : Pesta Wang, non-verbal declaration of the intentions, motives, or views of the issueer, be it an individual, group, political [.....]
**
Aku tak tahu sebab musabab why setiap kali aku akan menjawab dengan kukuh "Tak ada" bila ada rakan sekerja mengacu soal "Kau ada blog?".
Perbualan serupa ini terjadi lagi minggu lepas, ketika aku berbasa-basi dengan seorang rakan pejabat di department sebelah.
"Apsal, apsal tanya camtu, aku ada blog ke tak" soal aku balik dengan rasa agak hairan berbaur bimbang bila secara rambang ditanya tentang blog.
"Sebab aku tengok kau macam orang ada blog"
Aku garu-garu kepala yang memang gatal dek kelemumur. Aku tak tahulah reason aku jawab takda, sama ada paranoid taknak ummat pejabat tahu nota-nota aku atau taknak too naive to believe everyone [.....]
Dukun Dan Dain Said - Setelah Lebih Sedekad
( Bacaan lebih crispy jika sudah menonton Bunohan dan Interchange, mungkin juga Pak Ya Cong Codei)
1. Selepas membikin filem Dukun dan kemudiannya tidak ditayang, pengarahnya bernama Dain Said telah menghasilkan 2 lagi filem yang aku suka iaitu Bunohan dan Interchange. Ketiga-tiganya berunsurkan elemen mistik yang berkesinambungan dengan sejarah atau mitos. Tema sebegini boleh dikatakan segar dalam industri filem melayu. Jangan samakan dengan filem hantu-hantu mekap (tiada pertembungan dengan hantu dalam filem ini).
2. Sama seperti Bunohan [.....]
kanak-kanak ditatang seperti minyak penuh,
yang disayang tanpa setitis nila,
penenang mata pelengkap jiwa raga, wanita dicinta penuh puja teruja,
dibaja bercambah berbunga,
bagai bulan jatuh ke riba, laki-laki dikasihi dengan terma,
selagi kudrat terberi, selagi salah silap diterima.
manusia mencari cinta pada kriteria, menyambut janji di atas acara, harung hidup utara selatan, melangsai jasa dengan tuntutan, luhur dan tulus perkataan hadirnya pupus, jalani hidup dalam kamus, sunyi dan seorang memenuhi ruang, menggilap luaran dalaman terbungkam gersang.
tanggungjawaban menjadi landasan berpanjangan, yang terus aman,
tak bertaman [.....]
Dah lama tak buat review buku. Kadang aku dah baca buku sedap, aku tak buat review sebab rasa macam review aku tak dapat do justice to the book. Kali ni aku ingat nak tinggal komen sikitlah, tak cecah tahap review lagi. Dapat gaji tempoh hari, aku ada beli buku yang dah lama aku perhatikan kat rak buku MPH. Dari tahun lepas aku pegang buku ni, tapi aku letak balik, aku pegang, aku letak balik. Aku kalau nak beli buku bahasa melayu dan hasil tangan orang Malaysia ni memang [.....]
Rakan sepejabat aku yang cuba-cuba nak eat clean mengomel. Katanya makanan berkhasiat ni bukan main harganya, mahal berbanding kebanyakkan. Aku mengiyakan, selalunya yang membeli barangan dapur di grocery sebegitu adalah orang ada-ada.
Dan orang yang tak ada-ada, akan ambil sahaja selagi harga mampu milik, kalau ada lebihan baru beli yang darjat atas sikit sekali sekala. Kami orang kebanyakkan, mengutamakan kemampuan makan sehingga akhir bulan daripada eat clean ala western yang perlukan kos pentadbiran perut yang tinggi.
Sebab tu aku tak setuju kalau orang kata, rakyat Malaysia [.....]