Wednesday, January 31, 2018

Steps in buying a BTO flat

Steps in buying a BTO flat


To get a BTO flat is a big milestone in your lifetime. But to get a BTO flat can be as tedious as it seems. With so many BTO launching, you start facing different issues. You do not know where to start, how to start and when to start. You get confused with the steps, the processes and the terms when it comes to buying a BTO flat. Keep on reading to have an idea on the steps of [.....]

Thursday, January 25, 2018

Main dahulu dan Menang kemudian - TRAVELOKA CNY CONTEST 2018!

Dalam pada bajet sedu-sedan, sempat jugak di hujung minggu lepas aku bercuti sekitar bandar hipstur iaitu Ipoh. Niat hati memang nak  santai di Lost World of Tambun, tapi apakan daya sepanjang berada di Ipoh waktu petangnya hujan turun tanpa belas. Tanpa terkesan dengan cuaca, kami pun menjadikan aktiviti makan dan makan lagi sebagai aturcara utama percutian awal tahun kami (menjadi slim bukan azam tahun baru).
Di sebalik kesibukan bekerja sekali skala memang kena santai supaya badan dapat rehat dan noda nista minda dirawat. Bekerja kuat, bercuti [.....]

Tuesday, January 16, 2018

Simpy Salvation


Emovere ?
Akhir-akhir ni, banyak pulak dengar orang mengeluh. Bukan mengeluh soal minyak/beras naik rege, bukan soal kena lempang, bukan juga mengeluh kerana menjadi mangsa fenomena atau bencana alam, sakit gout pun bukan. Tapi, sebab, bosan. Beruntung jugak orang yang mengeluh sebab bosan ni / selalu merasa BOSAN.
Bosan ni aku tafsirkan mengikut konteksnya, sebagai berada dalam situasi atau keadaan yang tidak memberikan rasa exciting. Adakah bosan satu elemen yang teruk? Nampak gaya bosan sudah menjadi new term for pain. Bila orang cakap " Arghh Bosan la" , lihat pada riak mereka seperti berada dalam kesakitan. Sakit sedikit-sedikit, lama kelamaan akan mudarat / gangguan minda.
Bagaimana nak mengatasi masalah mudah bosan ni? Aku boleh [.....]

Sunday, January 14, 2018

Sonata Musim Sejuk

Menerusi pembacaan blog secara rambang, aku dapat perhati, sesetengah orang memang punyai bakat menulis secara semulajadi. Dia tulis dengan spontan tentang apa isu pun, waima sekecil-kecil isu tetap menarik dan men-jadi, kalau dibaca ada rhythm. Aku senada dengan Murakami, penulisan sama jugak dengan konserto, ada rhythm maka pesona pengalirannya jadi lebih mudah sampai dan diikut tanpa mendesak.
Ada sesetengah pula, bakat menulis memang tiada, kalau ada pun sedikit. Namun, kerana usaha untuk belajar teknik dan cara penyampaian, praktis, maka hasil penulisannya jadi baik atau sangat baik. Ada juga, yang berusaha dengan gigih namun masih belum mencecah tahap yang diingini. Ditekan-tekan pun tetap tak boleh pergi, boleh jadi ada kelopongan di mana-mana segi yang terlepas pandang. Tapi aku percaya, lama [.....]

Saturday, January 06, 2018

Tulis

Menulis merupakan satu aktiviti atau proses yang menarik, sekurang-kurangnya untuk aku. Menerusi penulisan, aku menjalani fasa-fasa melalui frasa-frasa  secara spontan juga dalam masa yang sama penuh penelitian. Ianya seperti penjelajahan minda, penyerahan perasaan dan penyimpanan fakta.
Menerusi penulisan, aku cuba sedayanya untuk berlaku adil dengan apa yang cuba dicerita, supaya tidak berbunyi terlalu hype dan juga tidak terlalu tawar. Apapun yang aku tulis, serius atau tidak, anggaplah ia bukan sesuatu yang konklusif, sesiapa pun berhak untuk membuat andaian dan memahami mengikut pemahaman masing-masing, serta aku juga berhak untuk tidak peduli.Kekhilafan dan ketidaksempurnaan juga pastinya akan muncul di sana-sini kerana sesungguhnya ini bukan sejenis maestro.
Aku punyai kecenderungan untuk menulis panjang-panjang, sebab aku rasa kena dengan diri [.....]

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home