Sunday, October 28, 2018

Kak

Senang je nak bagi perempuan marah.

Panggil dia "Kak". [.....]

Tuesday, October 16, 2018

Memiliki

Antara soalan yang rawak bila berjumpa kawan-kawan yang sudah lama tak berjumpa ;

Dah ada cuckoo?
Dah ada insurans?

Bukan nak kecam. Saja je nak kata. Kawan-kawan juga boleh dijadikan client, prospek atau networking. Ada juga kawan-kawan yang boleh dijadikan boss.

Ramai juga kawan yang tanya pakai kereta apa, anak dah berapa, rumah dah beli ke.

Bukan tak suka. Saja je nak kata. Memang inilah cara kita nak mengikuti perkembangan kawan-kawan kan. Berbasa-basi sekadar di permuka-mukaan. Mereka / kita akan tanya dah ada itu [.....]

Friday, October 12, 2018

Bukan Review PASKAL

Apa yang masuk ke fikiran aku sesudah menonton filem ini adalah tentang pengorbanan yang dilupakan / tidak diangkat selayaknya. Bayangkan pekerjaan-pekerjaan yang meletakkan nyawa sebagai taruhan, pun tidak dihargai dan diberi perhatian setimpal, inikan pulak pekerjaan pejabat-pejabat seperti aku, apalah sangat. Selepas ni kalau kita lakukan kebaikan dan tiada siapa yang berterima kasih, bertenang saja wahai orang muda, kerana ketika ini ramai pejuang sedang bersiap sedia dengan nyawa dan kita tidak perasan pun, balik kerja kena hujan pun badan dah merajuk, belum dihujani peluru lagj, yang kita perasan [.....]

Wednesday, October 10, 2018

Dont Forget to Play

Boleh dikatakan kat pejabat aku tak seperti diri aku di ruang bukan pejabat, mungkin sesekali tu terjadi juga diri aku yang bukan pejabat di pejabat itupun masa bos tak ada, di pejabat aku agak serius meskipun adakala muka saja serius namun di laman fikiran aku sedang bermain gelongsur dan jongkang-jongket.

Dalam sedang serius, aku agak terhibur jugak mendengar team lain yang berdekatan bukan main gelak dan riang ketawa. Kedengaran merdeka tawanya, aku dapat bayangkan betapa berat juga kerjanya pasti bila pulang dia rasa gembira dan penatnya berbaloi.  [.....]

Tuesday, October 09, 2018

Identiti

Perlukah setiap insan mempunyai identiti tersendiri?


Identiti dikaitkan dengan perkara silam, apa yang berlaku sebelum, cuba kita padamkan segala yang silam, kita pegang pada yang sekarang, kita pilih identiti yang kita rasa kita mahu, kita jadi apa yang kita mahu, lakonkan dan serap, kemudian..adakah yang silam begitu signifikan?

Adakah ini erti kemerdekaan dan kebebasan yang dicari? Tanpa dibelenggu kepatuhan pada kehendak identiti.





[.....]

Saturday, October 06, 2018

Mimpi Tak Sempurna



Kalau kau taknak apa yang orang lain nak, kenapa perlu bergetar tulang punggung kalau kau takde apa yang orang lain ada. Semua orang ada mimpi yang berbeza, walau tidur kepala tu berkongsi bantal pun mimpi takkan selari.

Sekadar contoh random,kalau kau tak minat Iphone, tak perlu pun mendesak-desak nak beli iphone sebab kawan-kawan lain pakai iphone. Bila kau beli nanti kau tak rasa best pun dengan iphone, cuma kau rasa dapat release dari pressure untuk diterima khalayak kau.(Contoh lain : hobi, financial plan pun tak [.....]

Sunday, September 02, 2018

BUKAN MUDAH - NUKILAN

[Kelana]
Hampir lelah hampir jatuh diri ini
Bila separuh semangat tiada di sisi
Tak mengapa ku tempuhi dugaan
Bukan mudah berjalan berseorangan

[Agenda]
Tubuh yang mengah lesu, berkais dan melombong
Pulang menapak laju dalam langkah yang melonjong
Yang menegur khabarku, berpaling bukan sombong
Titikku kini satu senyumkan yang dah melolong
Kadang terkena pedang bermata dua kurebah
Sedang terleka pandang permata disengat lebah
Biarpun lelah, lara takkan gundah dalam lemah
Ku sedar bukan mudah diludah beransur kebah
Pecah jari-jemari [.....]

Friday, August 31, 2018

Munafik 2 - Propaganda Dajal

Munafik 2


" Akan ada satu (makhluk) lagi yang muncul dan menghasut anak adam selepas syaitan dan iblis iaitu DAJJAL ! "
1. Aku cukup memandang tinggi pada filem Munafik yang pertama, terutama sekali pada penyampaian atau sisipan idea dan nilai keredhaan yang sebenarnya sukar nak diperjelaskan dengan perkataan, aku tak sempat nak ulas filem Munafik pertama tapi boleh dibaca di blog manusia berubah, memang padu dan sekaligus menjatuhkan hukum wajib tonton pada filem Munafik 2 .
2. Ini adalah filem berat dan [.....]

Wednesday, August 29, 2018

Mesin



kebanyakkan pekerjaan yang dilakukan adalah waste of time.kitaran hidup yang dilalui dalam tempoh 24 jam sehari , 8-9 jam bekerja , balik dan berehat supaya esok dapat bekerja semula, balik dan berfikir untuk ke kerja esok, pergi shopping beli kasut dan baju untuk pergi kerja, pergi kerja pulang kerja naik kereta yang dibeli guna duit hasil  kerja, gunting rambut beli mekap untuk nampak steady di tempat kerja, kerja dan bekerja lagi dan bila pulang bercakap lagi tentang kerja yang sudah dilalui, its all waste of time. [.....]

Tuesday, August 28, 2018

Hantu Kak Limah Makin Ganas

Filem Hantu Kak Limah Hoiii Limah oiii.....
1. Per per... sebagai seorang peminat filem-filem Mamat Khalid, aku gembira melihat kutipan tabung filem ini memecut laju sepertimana lajunya  Yeh sekupang, Husin, Wani dan Khuda berlari apabila dikejar Hantu Kak Limah. Kalau bukan sebagai filem terbaik, bolehlah meletakkan filem Hantu Kak Limah. sebagai paling menghiburkan dekad ini? Yang pasti , filem paling pecah rekod dan pecah panggung.
2. Watak-watak memang hidup, salah satu kepakaran Mamat Khalid adalah menghidupkan watak. Bagaimana dia boleh menghidupkan watak? Tentunya dari orang-orang sebenar [.....]

Monday, July 23, 2018

Hikayat Benladin

BENLADIN - HIKAYAT (Lirik)

Chorus Benladin .. Benladin Mereka keluar masuk gua, Mencuba mencari di mana ada, Mencuba meneka di mana saya, Mata kasar takkan dapat jumpa. Niat enson matakaji semar ngiseng, Aku lah Benladin, hikayat Benladin.. Verse 1 (ok..ok..) Suara dah bergema, Suara sakti hamba, Dalam gelombang membawa aura ke udara, Separa manusia separa luar biasa, Gurau senda dengan kata kata sang pujangga. Kalau main api janganlah tambah gasolin, Mesti hati hati janganlah seperti lilin, Jika mahu terang biar terang dengan betul, Jangan jadi arang [.....]

Monday, July 16, 2018

Rabun


[.....]

Thursday, July 12, 2018

Sebelum Final Piala Dunia 2018



Masuk peringkat suku akhir, raja bola dalam badan aku awal-awal dah bisik yang Final 15 hb July nanti adalah perlawanan antara Perancis menentang Crotia. Bisikan tu memang aku dengar dengan jelas dan nyata., ini adalah suatu kebenaran. Benda ni aku dah sampaikan kat group-group whatsaspp, yang percaya tu percayalah, yang tak percaya tu rasanya menyesal sampai sudah sebab berkiblatkan Brazil, England dan Belgium.
Secara peribadinya, piala dunia tahun ni aku tengok banyak gol masuk menerusi sepakan penalti. Gol yang cun-cun tak berapa nak ramai tapi [.....]

Wednesday, July 04, 2018

Cinta Swasta / Halalkan Cinta Yang Kau Swastakan


Cerita Pendek : Cinta Swasta (Episod 0 )
Mastura sekarang menuju ke simpang empat, jalan ada dua lane dan lampu isyarat bertukar merah, Mastura pun perlahankan kereta untuk berhenti. Mastura jadi gelisah sebab tak pasti nak berhenti kat lane kiri ke lane kanan, kalau Mastura berhenti kat lane kiri nanti orang belakang ingat dia nak ke kiri, kalau berhenti kat lane kanan nanti orang belakang fikir dia nak ke kanan, padahal dia nak terus.
Mastura sebenarnya gelisah tak tentu pasal. Kau duduk je la mana-mana [.....]

Tuesday, July 03, 2018

Ilustrasi Hidupan


Setiap kita takkan terlepas dari bermain dengan persepsi, atau dipermain persepsi. Setiap ketika persepsi sedang berada disekeliling kita, sama ada ianya berada dalam kawalan kesedaran kita, atau ianya sedang mengawal kepekaan kita. Ketika aku menulis setiap abjad-abjad ini, persepsi juga sedang terbina secara tak langsung / dibina dengan niat.
Katakan aku menceritakan tentang sebuah kedai makan dan mahu meletakkan persepsi "mahal" pada harga makanannya, aku boleh ceritakan pada kawan-kawan yang aku makan tengahari seorang harganya dekat 20 ringgit! Secara pantas, kawan-kawan akan melantun "mak datok, mahal [.....]

Tuesday, June 26, 2018

Raya 2018

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Hari Raya.
Maaf andai aku tercakap sesuatu yang tidak sealiran dengan panel circuit dalam fikiran aku, umpamanya berlaku litar pintas apa yang aku cakap kadang bukan apa yang aku maksudkan.  Lepas dari tu aku pun menyesal kenapa aku cakap macam tu kenapa aku jawab macam ni, its just not my forte. Perbendaharaan kata aku adakalanya kurang tepat dalam menyampaikan makna sebenar, mungkin kodeks ku yang kompleks, adakalanya juga susunan nada aku terabur , namun dekat di lubuk hati ini tersimpannya niat yang luhur dari seorang yang lurus (inesen jadi-jadian)
Selain itu, maaf juga untuk kekhilafan rutin seperti typo , buat lawak yang tak kelakar, tak cukup idealistik untuk berbual semua hal [.....]

Saturday, June 02, 2018

Yang Pernah Bersama



My Ex , ni merupakan Samsung touch skrin yang pertama dalam sejarah,  disaat semua orang masih pakai hp lipat aku dah bersama ex aku ni , sekarang bila semua orang guna skrin slide aku pulak guna hp lipat. Setelah hp ni padam selamanya, maka tersemat abadi jugalah didalamnya foto-foto aku semasa muda bertenaga dan merbahaya, sekarang muda, cuma tak merbahaya. Kenangan terindah, bila tertinggalkan beliau dalam teksi namun dipulangkan semula dengan keluhuran hati.


My Ex bernama Asus Zenfone - aku beli sebab bila [.....]

Sunday, May 27, 2018

Redemptional

Terima kasih kepada rakan handai yang menemani sahur sambil menyaksikan perlawanan akhir buat 2 pasukan terbaik Eropah yakni Liverpool dan Real Madrid. Sebuah pertembungan klasik dengan pelbagai rencah aksi dan asam garam, ada yang terkehel bahu, ada yang berlakon biru, ada gol offside, ada terkena tiang, pastu ada juga penceroboh tak diundang, ada gol gulung, serta ada juga kesilapan terulung, di mana akhirnya semua akur dengan resmi padang - kejuaraan buat satu pasukan dan yang satu lagi bersahur ketabahan. On positive note, kekalahan harus dibayar dengan semangat iltizam tak terpadam, kesetiaan [.....]

Saturday, May 19, 2018

Preskripsi Regulasi



Bangun dari tidur tapi tidak bangkit dari lena. Wajah masih basah dengan masalah. Merenung akur, dihimpit mantra kurang perisa, mengasah niat dan nilaitambah untuk menunjuk arah, masih mengimpikan pagi yang bersemangat, seperti segarnya cahaya sabtu dan ahad, merintih ke mata sendiri menyapa jangan fuck up, gelap memberat seperti awan dan kepul asap, hanya sekejap, bila hujan turun angin kuat ,semua lesap. mencari equilibirium untuk hidup yang delirium, syukur masih sempat makan minum, sini dunia bukan sempurna takkan maksum, bukan mahu dapat apa yang mahu dapat, cuma [.....]

Friday, May 11, 2018

Sejarah Ditulis Oleh Orang Yang Menang

Quote of the day:

“Kita memang perlu Tun Mahathir untuk bimbing kita - sebab kat Istana, pintu masuk mana pon kami tak tau....”

 - Mat Sabu


[.....]

Monday, April 16, 2018

Moneyfesto

Nak dekat pilihanraya ni, aku dengar-dengar parti sana-sini dok campak duit kat masyarakat. Dah macam bagi merpati makan.

Ada yang campak bawah.
Ada yang lambung atas
Tepi.
Kiri.
Kanan.
Belakang.
Leret.
Bergolek.
dan sebagainya.

Meriah, cukup meriah.
Tapi yang aku konfius tak boleh blah, apesal dalam banyak-banyak tu, yang bergolek yang meleret, satu pun tak kena kat aku. Kenapa dan bagaimana boleh tak kena.


**
Manifesto : A manifesto is a published verbal declaration of the intentions, motives, or views of the issuer, be it an individual, group, political party or government. 
Moneyfesto : Pesta Wang, non-verbal declaration of the intentions, motives, or views of the issueer, be it an individual, group, political [.....]

Saturday, April 14, 2018

Tentang Tipikal

**


Aku tak tahu sebab musabab why setiap kali aku akan menjawab dengan kukuh "Tak ada" bila ada rakan sekerja mengacu soal "Kau ada blog?".

Perbualan serupa ini terjadi lagi minggu lepas, ketika aku berbasa-basi dengan seorang rakan pejabat di department sebelah. 

"Apsal, apsal tanya camtu, aku ada blog ke tak" soal aku balik dengan rasa agak hairan berbaur bimbang bila secara rambang ditanya tentang blog.

"Sebab aku tengok kau macam orang ada blog"

Aku garu-garu kepala yang memang gatal dek kelemumur. Aku tak tahulah reason aku jawab takda, sama ada paranoid taknak ummat pejabat tahu nota-nota aku atau taknak too naive to believe everyone [.....]

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home