BISIK PADA LANGIT
1. Perjalanan filem BISIK PADA LANGIT ini cukup ringkas, tiada selekoh yang bukan-bukan, ianya seakan jalan terus , berhenti pada lampu isyarat dan kemudian jalan terus lagi, kadang seakan dokumentari tentang hari-hari terakhir seorang manusia dari perspektif orang yang bakal ditinggalkan. Kita semua jalan terus, tak kira apa yang berlaku di setiap inci perjalanan, kita tetap menuju ke arah yang sama seperti ditulis atas skrip. Yang menjadikan filem BISIK PADA LANGIT ini sebuah naskhah yang wajar dihayati adalah atas dasar kita yakni [.....]
Kendera Saji / Food Truck di Stadium Bukit Jalil (20+ Foto Rawak)
Kendera Saji / Food Truck di Stadium Bukit Jalil (25 Foto Rawak)
[.....]
Adaptasi VS Fake
Kadang orang lemah nak borak dengan aku sebab aku lurus (boleh dibaca sebagai ju-jur). Kadang aku sendiri malas nak borak, sebab aku lurus macam pembaris. Lurus dalam konteks ni maksudnya, aku cuba see thing as it is, aku cuba jelaskan pandangan aku dari kelabunya sentimen dan prejudis, atau elak terlalu jaga rapuh hati orang atau jaga imej kendiri. Kalau tiba-tiba aku salah, aku tak betul, sekurang-kurangnya aku original recipe. Kalau aku tak tahu sesuatu hal, aku cakap la tahap mana je yang aku tahu.
Sesetengah orang atau jenis pekerjaan, memang tak suka orang jenis begini, terutamanya perempuan, mereka hanya nak dengar apa yang mereka nak dengar, tapi mereka taknak straight forward. Bila aku [.....]
Bertuah VS Berusaha
Hadiah cabutan bertuah selalunya besar dan gempak, orang berebut dan meloncat untuk jadi bertuah. Ironinya, demi untuk menjayakan marketing stunt, hadiahnya lebih solid daripada hadiah untuk pemenang acara utama.
Acara utama tu maksud aku kalau diadakan marathon, pemenang nombor 1 - 10 tu yang berlatih, berlari, berpeluh dan berhujan-panas tu hadiahnya taklah sehebat hadiah cabutan bertuahnya.
Makan malam menghargai pekerja, hadiah untuk pekerja berkualiti bulanan atau tahunan (yang tanpa kompromi membangun diri dan profil syarikat) taklah sepopular seperti hadiah cabutan bertuah yang diberi penekanan dan publisiti besar-besaran.
Antara hadiah cabutan bertuah yang lumayan aku selalu dengar atau pernah doa sambil tangan memegang nombor cabutan adalah kereta, motosikal, percutian di luar [.....]
Aku Seorang Fotogenik
Bismillahirahmanirrahim.
Sedang berbasa-basi di pejabat sambil business as usual, rakan sepejabat yang duduk berhadapan aku, dipisahkan oleh monitor masing-masing, memberikan pendapat aneh / jarang-jarang terjadi.
"Eh Fendi , kau fotogenik".
Dari seberang meja sini, tanpa memandang mata masing-masing, aku cuba menduga maksud beliau yang bakal dipuankan hujung tahun ini. Adakah ini satu sindiran atau pendedahan berani.
"Fo-to-ge-nik?", soal aku untuk kepastian.
"Haa..gambar-gambar kau..kalau orang tengok nampak..bla bla...bla bla...sado..bla..bla.."
Memandangkan dia duduk di seberang sana, sambil pejabat pulak tak [.....]
Selepas nekad untuk potong rambut pada suatu hari, kantung pujian aku nampaknya sudah penuh. Tak sangka dengan sedikit olahan, boleh merubah cara orang melihat. Umpamanya sepinggan nasi goreng bila dirasakan dengan cili potong, lain kenikmatannya.
Mana taknya, hampir semua rakan terdekat memberi respon positif, tak kurang juga memberi reaksi acah-acah hot stuff benau. Aku hanya mengangguk-angguk mengiyakan dan bersetuju pada sesetengahnya, selebihnya aku cuba untuk tidak terpendam dalam.
Seperti sedia tahu, kantung pujian aku sebenarnya lebih kecil dari kantung kritikan yang aku biarkan kembang. Jenis yang simpan piala bawah katil bukan di ruang tamu. Aku jenis selalu mempersoalkan pujian. Ada orang yang terbawa-bawa dalam memuji hingga hilang makna sebenar. Bahaya puji sama seperti bahaya [.....]
(11 FOTO) Apa yang ada di FOOD TRUCK Anggerik Mall ?
[.....]
Baru siap godek template blog ni. Setelah sekian lama tak kemas-kini, rasanya aku perlukan suasana yang baru atau lain supaya 'udara' tak terpekung.
Target utama aku template tu biar minimalis dan reliable.
Kemudian, dah lama berada dalam penangguhan, aku nak yang ruang komen tu ada butang reply. Yang buat aku kurang engage di ruang komen sebab takde butang komen la, tak menarik kalau nak komen dia appear as another comment instead as reply.
Jadi bertangguh sebab aku ingatkan kalau nak bagi ada butang komen tu [.....]