Monday, August 28, 2017

Ulat



Nak balik kampung, cari tiket bas semua dah habis. Balik kampung tetap jua kena balik kampung, tak cukup liberal nak beraya di bandar melainkan tak dapat cuti. Malam raya melilau di stesen bas, dengan harapan ada bas tambahan atau ada yang tak jadi balik kampung ingin trade tiket, nasib diserah bulat. Tiba-tiba muncul seseorang, seperti sudah berjanji membawa tiket. Destinasi yang sama, waktu dan tarikh yang tepat seperti sudah termaktub. Bezanya, harga berkali ganda, melambung. Saya perkenalkan, orang itu kita panggil ulat tiket. Sikit-sikitlah dia kunyah tepi.
Nak tengok perlawanan bola Final di stadium, keazaban barisan yang beratur membeli tiket lebih berjela daripada perbarisan kemerdekaan, ada yang menunggu 5-6 jam pun tak dapat apa-apa melainkan [.....]

Wednesday, August 23, 2017

Bodoh


[.....]

Monday, August 14, 2017

Mesej di sebalik Video Muzik Pejamkan Mata


Mesej di sebalik Video Muzik Pejamkan Mata 

Ekoran dari nota aku sebelum ini mengenai maksud dan pemahaman di sebalik lagu pejamkan mata di http://www.notapurba.com/2017/05/maksud-dan-pemahaman-disebalik-pejamkan.html
Minggu lepas dah dilancarkan muzik video lagu Pejamkan Mata oleh Malique feat Dayang Nurfaizah. Bukan main sedap tarikh pelancaran, 8/8 pukul 8 malam kalau tak silap aku.
Agak lambat jugak musik video ni nak keluar, sedangkan lagu tersebut dah lama jadi siulan dan bualan.
Sebagai penggemar lagu Pejamkan Mata, video muzik lagu tersebut aku boleh terima dengan hati yang terbuka, [.....]

Friday, August 04, 2017

Cup of Kopi- Pahit Yang Menyegarkan

Cup of Kopi- Pahit Yang Menyegarkan (Confession yang ditulis di fesbuk pada 3 Ogos 2017)

Aku dengan gym menjalin love-hate relationship.  Aku pergi taklah selalu, tapi kena pergi juga bila dah lama berjauhan. Rindu barangkali. Kemudian, aku tinggalkan untuk sekian masa tanpa khabar. Tak lama selepas itu, aku kembali dengan semangat baru (dan lemak baru) . Dah serupa perempuan simpanan pulak kaedahnya.
By nature, ya, aku memang suka bersukan dan bersenam, mengeluarkan peluh-peluh jahat dan melepaskan tekanan jiwa. Dalam masa yang sama, atas kepentingan sukan yang aku sertai secara sambilan, aku kena juga ke gym untuk meningkatkan prestasi dan jaga air muka. Selain itu, atas nasihat doktor juga yang aku harus menjaga tubuh badan supaya tidak [.....]

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home