Sunday, May 28, 2017

Tranformasi Tulisan Tangan

Tranformasi Tulisan Tangan
Tulisan tangan aku mengalami beberapa peringkat transformasi. Di awal sekolah rendah tidak menampakkan sebarang corak yang ketara, namun apabila masuk remaja tulisan aku mula berubah menjadi bulat-bulat dan kecil macam semut api. 
Mungkin sebab tu aku cenderung untuk menulis karangan yang panjang, sebab aku ingatkan aku belum mencapai jumlah perkataan yang minimum dalam karangan padahal karangan satu muka surat aku sama dengan 2 muka surat orang lain. Tulisan tangan begitu tak kekal lama, bila melanjutkan pelajaran kemudiannya, aku mula catat nota ringkas secara pantas.
Tulisan tangan aku mula hilang pedoman hidup, dia pergi melulu ke mana saja yang dikehendakinya. Kadang meleret, kadang menegak, memanjang, membulat, memang kena dengan aura acah-acah fikiran rebel [.....]

Sunday, May 21, 2017

Berlibur di Sunway Lagoon dan Hotel-hotel Sunway

Bercuti dan Berlibur di Sunway Lagoon
Bukan main excited budak-budak ofis aku bila bos cakap Family Day nak pergi Sunway Lagoon. Awal lagi dah beria-ria nak main Vuvuzela la, Rollercoster la, tido hotel la..ada pulak kata nak beli rumah kat Sunway, mende lah dorang ni takde kena mengena kut. Aku tak boleh nak tunjukkan keria-ngan sangat, aku mengaji berenang pun separuh jalan kan.
Dari dulu lagi aku memang suka kolam renang, duduk saja-saja atau duduk berendam main-main air, aku menganggap kolam ni macam life, kalau aku [.....]

Tuesday, May 16, 2017

Guru Yang Berjasa




Selamat Hari Guru diucapkan kepada Backstreet Boys dan Westlife, kerana merekalah yang mengajar saya bahasa Inggeris di rumah. Lirik-lirik lagu mereka mudah disebut dan bila ditulis pada kertas jawapan peperiksaan nampaklah macam ada sesuatu.
Bila dah mula kenal rock, saya pun tukar cikgu kepada Linkin Park, yang ni memang garang pengajarannya, tapi sampai ke sudah tak faham lirik dorang, mungkin sebab lirik dorang deep and dark lah kut. Anyway, ive tried so hard... but in the end, it doesnt even matter.
Akhir sekali, istemewa sempena hari guru, saya ingin sampaikan sepotong lagu sempena hari guru yang mulia.


Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa....
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira... [.....]

Monday, May 15, 2017

Mudahnya Menjemput Pahala


Mudahnya Menjemput Pahala
(Sambungan dari hal suratkhabar dari nota yang lepas)
Masa di universiti, sebelum final exam ramai yang berpusu-pusu ke library untuk menelaah buku dan sebagainya. Aku pun terikut-ikut trend gitu, sebenarnya lebih kepada teman kawan lah ceritanya, aku duduk 5 minit depan meja study lepas tu mula lah badan jadi miang-miang macam kena rasuk.
Terus aku pergi cari suratkhabar di bahagian yang telah dikhaskan. Selain menyediakan semua jenis suratkhabar yang  ada di Malaysia, situ ada sofa sesuai untuk sandar kepala dan menyilang kaki. Lepas 2 jam bila kawan aku balik, aku aku pun ikut balik jugak. Itupun sebab aku tak tahan aircond sejuk sangat.
Jadi setiap kali singgah ke library, inilah aktiviti [.....]

Saturday, May 13, 2017

Hobi Murah

HOBI MURAH

Aku sebenarnya simple je orangnya, hobi aku dari kecik adalah baca suratkhabar.
Kadangkala kertas suratkhabar yang balut nasi lemak pun aku baca.
Pernah sekali tu aku kena beli nasi lemak dua bungkus, gara-gara nak dapatkan sambungan cerita dari bungkusan yang pertama. 
Susah juga nak baca sebab dah kena sambal. [.....]

Wednesday, May 10, 2017

Telefon Picisan Milik Saya



Telefon Picisan Milik Saya

Sebagai seorang yang sudah setahun tidak menggunakan telefon pintar ke sana-sini, selain tidak pantas berhubungan melalui whatsapp, aku turut terbelakang dari aspek merakam moment. Entah tiba-tiba kalau aku terjumpa Scarlett Johansson masa beratur beli pisang goreng, memang aku kaku tak dapat nak berselfie sama. Kalau bos belanja starbuck pun tak dapat nak snap gambar letak kat IG, macam tak puas pulak sedut bagi abis pastu buang terus ke tong sampah kan, then apa guna ada akaun IG kalau tak serikan dunia poyo aku?
Yelah. Takkan kalau terserempak Scarlett Johansson aku nak speaking kat dia "Scarl, may i borrow your phone for a moment, need to take a selfie u [.....]

Sunday, May 07, 2017

Kurang Ajar / Cibai


Kurang Ajar / Cibai
Perkara-perkara yang aku rasa kurang ajar tapi aku tak pasti sama ada orang lain rasa perkara ni kurang ajar ke tidak sebab aku tengok ramai selamba amalkan (tak semestinya aku tak pernah buat). Yang aku senaraikan di bawah ni adalah hal yang selain common kurang ajar seperti berak tak flush atau buang sampah merata.
1. Duduk satu meja ramai-ramai, pastu kau cakap kat telefon berbual lama-lama dengan kawan. Aku meluat betul dengan orang macam ni, please save your conversation to yourself lah brader sister.
2. Pinjam pakaian orang lain kemudian pulangkan tanpa basuh atau cuci. Sama jugak kalau pakai bekas mangkuk atau cawan. 
3. Nak tumpang orang tapi orang [.....]

Monday, May 01, 2017

Maksud dan Pemahaman Disebalik PEJAMKAN MATA - MALIQUE feat DAYANG

Disebalik PEJAMKAN MATA - MALIQUE feat DAYANG

Maksud dan Pemahaman Disebalik lagu PEJAMKAN MATA - MALIQUE feat DAYANG

Malique merupakan seorang pengkarya yang phenomena. Setiap karya meninggalkan sesuatu yang berbaloi untuk didalami dari aspek artistik mahupun komersil. Secara spesifik, Malique adalah seorang rappers, keunggulan Malique terserlah terutamanya pada senikata lagu-lagu beliau. Lagu Mantera Beradu dan Maafkan Kamu adalah masterpiece dan evergreen.
Pada awal kemunculan Malique bersama Joe Flizzow menerusi Too Phat juga sesuatu yang phenomenal. Cuma beza Malique dulu dan kini pada nuansa lagu [.....]

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home