Tuesday, April 25, 2017

Resiprokalisma


Cinta usah fatal,
meski perginya vertikal,
tanpa pulangan setimpal,
cinta tak kurang sejengkal.
kerana cinta adalah memberi,
tanpa cinta resiprokal,
zatnya tetap kebal,
hidup dalam immortal,
voltan tertinggi dalam sukatan,
selalunya cinta tanpa pembalasan.

[.....]

Sunday, April 23, 2017

Cari orang yang sayang kau melebihi daripada kau sayang dia




Nasihat percintaan yang aku tak boleh blah.
"Cari orang yang sayang kau melebihi daripada kau sayang dia"
Biasanya ungkapan ini keluar dari tekak orang yang pernah kecewa dan masih belum habis proses refleksi. Biasanya suka tengok drama hopeless romantis. 
Pertama, ini adalah unfair, play safe dan selfish. Tak kesian pulak pada pasangan yang sayang kau, tapi kau taknak sayang dia setimpal atau lebih? Tak adil sebab kau taknak terhegeh-hegeh sayang lebih kat orang, tapi dalam masa yang sama kau nak pulak orang terhegeh sayang lebih kat kau. Kemon.
Kedua, kalau setiap dari kita ikut standard operation seperti di atas, secara logik akal , takkan ada seorang pun yang akan terlengkap dengan [.....]

Saturday, April 22, 2017

Lumba

Hingga sampai satu ketika, aku nekad untuk berlumba. Ayie perlu aku tewaskan untuk mencapai objektif utama aku. Ketika pesat kami bersaing seiiringan, sehingga kedudukan ketika itu 4-5, dimana aku berada di kedudukan ke-4 dan Ayie ke-5, tiba-tiba 3 lagi peserta yang sedang mendahului jauh terkehadapan kelihatan sedang berhenti dan berpatah balik, dari jauh katanya tersalah jalan, terlepas simpang! Elok.
Aku dengan Ayie betul-betul berada di simpang yang betul, hanya perlu membelok dan terus mendahului kedudukan menjadi 1-2 antara aku dan Ayie. Ah, peluang keemasan. Aku pandang Ayie, dia tergelak geli hati melihat gelagat pesaing-pesaing lain tersalah jalan. Aku pun tak sampai hati untuk mengambil kesempatan yang terhidang di depan mata itu, meski peluang ini sah dan tidak [.....]

Saturday, April 15, 2017

Hakikatnya Nirvana Di Sana



Hakikatnya Nirvana Di Sana
Menurut sains moden, fikiran secara rapat begitu mempengaruhi dan adalah faktor serta ancaman kepada tahap kesihatan total kita. Kau boleh bayangkan, secara saintifiknya, ketika berada dalam keadaan stress tubuh badan kita akan mengeluarkan hormon-hormon jahat yang akan memporak-perandakan sistem imunisasi misalnya. Bila dah terlalu stress, badan bila-bila boleh collapse. Itu satu contoh mudahlah, mudah difahami. 
Kalau nak lagi mudah, bila aku bayangkan, aku sedang makan asam atau buah mempelam, terus zupppp terasa dia punya masam merenyam, air liur merecik. Padahal aku sekadar bayangkan sahaja dengan fikiran aku, terus tubuh aku bertindak balas. Atau, kalau lelaki/ wanita membayangkan tentang sesuatu yang asyik dan memberahikan, terus jugak berlaku tindak balas atau transformasi [.....]

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home