Meowwww..miaw miaw miaww miooo...miawwwww.meow meow meoww. Miaw miaw, mooowe, meow.nyiauuu nyiauu nhyioou...miong maww meow.Miaw miaw, mooowe, meow.nyiauuu nyiauu nhyioou...miong maww meow.Meowwww..miaw miaw miaww miooo...miawwwww.meow meow meoww.
Setiap dari kita, pasti pernah di suatu ketika, merasakan diri boleh berbahasa kucing, dengan kucing.
Contohnya aku, aku memang boleh berbahasa kucing. Aku pernah tegur kucing yang mundar mandir, aku cakap kat dia "Miaww miaww", maksudnya kau nak pergi mana. Kemudian dia jawab bersahaja "Miaw" maknanya makan. Aku tanya lagi, kali ini dengan lebih nyaring "Ngiyauuu ngiyauu meyaw" yang membawa maksud kau ni asik makan je kerjanya kan?
Pastu dia terus blah. [.....]
Moga Tidak Kalah
Di sebalik perkhabaran membanggakan adik aku mendapat semua A dalam peperiksaan, mak aku masih menanti laporan dari pemeriksaan doktor berkenaan sakit beliau. Serta wanita kegemaran aku, sudah meletak jawatan sebagai seorang pekerja untuk mengejar bayang-bayang impiannya.
Adik aku tidak nampak pandainya, mungkin kerana dia jenis merendah diri, mungkin jugak aku tak cukup menguji untuk tahu beliau pandai ke tidak. Dulu aku pernah juga mengajar dia sebelum peperiksaan, masa sekolah rendahlah tapinya, tapi ternyata beliau kini lebih pandai daripada aku, sekurang-kurangnya dalam subjek Matematik Tambahan, Matematik dan Perakaunan. Sebagaimana ikhlasnya seorang guru, mengajar supaya pelajarnya menjadi lebih pandai darinya, aku bangga adik aku lebih pandai.
Setelah mengadu sakit untuk beberapa bulan, mak [.....]
Perkara Mistik di Kedai Mamak
Perkara mistik yang sering menimpa aku di kedai mamak adalah bila order telur separuh masak, sampai ke sudah tak muncul-muncul sehingga redha membulat, ingatkan tersalah amik order tapi bila nak bayar ada pulak telurnya. Aku dah alami peristiwa mistik ni di 3-4 kedai mamak yang berlainan, semacam ada pakatan. Selain itu, kalau mintak cili potong pun seringkali dipandang enteng, 2-3 kali mintak pun tak dapat-dapat. Sampaikan redha membulat, lagi.
Perkara cliche yang tepat hampir setiap kali, adalah bila duduk berdekatan sekumpulan lelaki remaja, atau lelaki bercampur perempuan lingkungan umur 25 tahun ke bawah yang sedang melepak, pasti akan meniti di telinga kita perkataan-perkataan berikut diulangi di setiap baris perbualan mereka #babi, [.....]
Ketika di pejabat tadi, aku seperti kebiasaannya bersibuk-sibuk dengan pekerjaan.
Seorang rakan wanita menegur kulit muka aku "Licinnya kulit muka kau".
Lalu diseli dengan soalan "Ada pakai apa-apa produk ke kebelakangan ni?"
Terasa kecil bila rocker seperti aku diperlakukan sebegini rupa.
Pencuci muka aku tu, dah lebih setahun tak habis-habis lagi. Pakai pun sebulan sekali atau paling kerap pum sebulan dua kali. Baru semalam pakai, hari ni dah rakan pejabat kata licin.
Kalaulah aku amalkan setiap hari, bertukar jadi Song Joong Ki agaknya. Kurang-kurang pun jadi Fattah Amin. [.....]