Reviu pendek filem-filem 2016 (Episod 2 - The Magnificent Seven , The Jungle Book , Jack Reacher )
Reviu pendek filem-filem 2016 (Episod 2) The Magnificent Seven
Filem ni aku berani layan sebab ada Denzel Washington, terus terang cakap. Tak pernahlah aku tengok filem Denzel yang sia-sia membakar duit. Denzel ni kalau tiba-tiba keluar filem tajuk 'Mesin Basuh LG 2.5' atau '123 ABC' pun aku cenderung untuk beli tiket tanpa perlu selidik sinopsis terlebih dahulu. Punyalah yakin dengan Denzel.
Seperti yang dijangka, filem ni tak mengecewakan, walau ada beberapa babak yang agak superhero sebagai seorang manusia biasa, tapi masih boleh terima tanpa paksa. Jenaka-jenaka [.....]
Tadi aku tengok drama waktu maghrib, bukan main Pak Samad jerkah bini dia kaw-kaw, ini bukan jerkah suara semata, tapi isi yang terkandung dalam jerkahan dia tu seakan menyucuk-nyucuk, ini barulah sedap tengok drama ye dak. Di dalam Pak Samad, aku dapat lihat diri aku. (Dramatik tak?) [.....]
Reviu pendek filem-filem 2016 (Secara Jamak)
Reviu pendek filem-filem 2016 ( Secara Jamak )
Hanyut
Filem hanyut ni dah bertahun-tahun hanyut,aku sempat tengok filem ni di 1 Borneo semasa aku melampiaskan cuti di Sabah. Tak pasti sama ada filem ini memang kurang mendapat sambutan atau orang Sabah memang tak layan wayang sangat, sebab dalam panggung ada 5 orang je termasuk aku. Sebelum filem ni, aku hanya bepeluang menonton sebuah lagi filem U-Weii bertajuk Buai Laju-laju yang nyata tidak mengecewakan. Kali ni, secara luar sedar aku telah meletakkan harapan yang tinggi pada [.....]
Aku tak reti nak jawab macam mana. Bila perempuan kegemaran aku mempersoalkan kewajaran aku bercakap dengan bertatasusila setiap kali menghubungi talian hotline tak kira TM, Maxis, mana-mana bank, pizza, kfc atau nombor kereta sewa, homestay lebih-lebih lagi masa nak buat komplen lah. Contohnya, apa perlu mengucap sejahtera kepada pihak yang kita tak puas hati.Aku tak berapa nak yakin macam mana nak jawab dengan jaya.
Pada aku, setiap orang tak kira siapapun, aku akan dahulukan respek sewajarnya atau selayaknya, kemudian-kemudian tu kita cerita kemudian, tapi aku dahulukan respek. Yang aku perasan selalu, orang memang akan beri respek, malah lebih dari itu, ada yang beri sanjungan dan segala kemanisan kepada orang lain, tapi hanya bila [.....]
begitu banyak jejak langkah,
melukiskan garis peristiwa,
hingga menterjemah isi hati,
menjadi sesukar memindah samudera,
biar kadang arus bergetar di tengah riuh dunia,
tiada sedetik hati meredup tanpa syukur pada kurnia. [.....]
Kembali ke KL - Kota Metropolitan. Tempat bersalaman dam bercakaran.
Aku sampai di KLIA lebih kurang jam 3 petang , aku naik transit terus ke KLIA2 untuk menanti yang lain, kami berbeza pesawat dan waktu penerbangan.
Di KLIA2 aku bercadang untuk bersiar-siar cuci mata (melihat-lihat barang jualan), mencari apa-apa buku yang sesuai untuk bacaan, makan dan terus melepak di foodcourd level 2M sampai kejang.
Setelah berpusing-pusing, akhirnya aku bersua dengan MPH. Agak sukar juga nak cari MPH sebab saiznya yang agak kecil berbanding apa yang aku bayangkan.
Ada beberapa buah buku yang menarik perhatian aku, tetapi harganya tidak menepati belanjawan pada hari tersebut. Para peminat buku tentunya sudah sedia faham tentang harga buku-buku import [.....]