Aramaiti Sabah
Tiba di Kota Kinabalu, cuaca nampaknya elok. Mengantuk aku pun nampaknya sudah hilang seperti yang dirancang. Penerbangan aku jam 9:20 pagi, tapi aku dah bangun lebih awal untuk tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur seawal jam 5 pagi.
Sengaja aku kumpulkan mengantuk untuk kemudian aku lampiaskan di dalam kapal terbang. Aku memang taknak berjaga dalam kapal terbang, risau nanti sampai di KK kepenatan pulak, jadi aku gumpal-gumpal rasa mengantuk tu sampaikan kalau aku sandangkan gumpalan ngantuk tu pada bahu gajah Tony Jaa, tentu gajah Tony Jaa dengan Tony Jaa sekali terlangkup tak dapat menanggung.
Sampai di muka pintu kapal terbang, aku disambut mesra oleh senyuman pramugari-pramugari. Gumpalan mengantuk tadi yang kononnya keras [.....]
Aku ada nak menulis sesuatu sekarang ni, dalam fikiran aku, perkara tu dah siap tertulis, tinggal nak taip je ni.
Tapi ada dua perkara yang merencatkan proses penulisan itu.
1. Dari tadi banyak pulak notifikasi facebook, sudahnya aku banyak menulis komen di facebook.
2. Aku rasa nak berak. [.....]
1.Rupa-rupanya hari ni aku cuti, semalam aku kata aku tak sabar nak pergi kerja kan, rupa-rupanya hari ni aku cuti lagi.
2.Banyak perkara nak tulis, tapi bila dah banyak, benda jadi tak terurus dan biasanya akan hilang dalam kesesatan.
3.Dalam kepala ni bila banyak perkara yang aku fikir dengan pantas dan proses serentak, percakapan jadi laju dan perkataan saling berhimpit, orang tak dapat nak hadam.
4.Itu juga sebab kenapa tulisan aku menyerupai cakar arnab, masa aku tulis tu aku berfikir lebih pantas dari jari aku bersedia untuk tulis/ catat, aku dah fikir ke depan tapi jari tak dapat catch-up maka tak tentu arah lah dia.
5. Jenis gopoh pun iye jugak. Orang kata jenis [.....]
Kasut Sekolah Murah
Tadi aku pergi pasaraya Giant, nak cari benda lain tapi ternampak pulak kasut sekolah di bahagian "Back to School", yang warna hitam ala-ala pengawas tu aku perati elok jugak aku pakai pergi pejabat. Rasanya budak-budak baru je mula cuti sekolah minggu lepas, lambat lagi kut dorang nak back school, baik aku beli untuk aku dulu.
Lagipun harga Alhamdulilah murah. Bila time nak bayar di kaunter rupa-rupanya lagi murah sebab ada diskaun, Alhamdulilah lagi sekali. Tak sabar rasanya nak pakai ke pejabat esok, tak sabar nak dengar orang cakap "Eh macam budak sekolah lah", tak sabarnya, tak sabar sekali lagi. Tak sabar. [.....]
Pengalaman Bersunat ( Sekadar Gambar Hiasan)
Usai sudah segala prosedur, aku disahkan selamat disunatkan. Nampak gayanya semua berada dalam keadaan yang diimpikan (kecuali apa yang berlaku kepada doktor). Bagi diri aku, aku tetap aku, tiada apa yang berubah melainkan yang satu itu. Berubah ke arah yang lebih diredhai.
Oh lupa pula nak beritahu, aku disunatkan pada hari yang sama dengan abang aku, aku tak tahu kalau abang aku ada cerita yang lebih menarik di bilik khatan tu, tapi masa dia keluar tu dia punya muka [.....]
Pengalaman Berkhatan
Pengalaman berkhatan aku takdelah menarik mana.
Bukan nak berbual, tapi aku boleh dikatakan tak gentar dalam episod berkhatan ni. Cukup tenang dan cukup berketrampilan. Kerana apa yang bakal aku ceritakan ini, mungkin doktor yang perlu gentar, bukan aku. Aku hanyalah lelaki inesen yang punya burung untuk diupdated.
Hari yang dinanti pun tiba, sedang temasya berlangsung, perkara yang aku cukup risau (selain kalau-kalau doktor adalah seorang wanita) tiba-tiba berlaku, rasa nak terkencing tu datang. Aku awal lagi dah bajet, ni kalau time nak khatan kalau biliknya sejuk, kemungkinan untuk terkucil sangat cerah walau aku dah kawal minum dari malam sudah. Aku memang jenis tak tahan sejuk bai.
Pada mulanya seperi bisikan, [.....]
Tidak sampai sebulan lepas, kami ke Perlis. Tujuannya tidak jelas, perjalanannya mengambil masa kira-kira 6 jam. Aku dan Perlis mempunyai jalinan sejarah selama 5 tahun, sebelum kami berdakap dan mengambil haluan masing-masing. Panjang ceritanya tapi itu cerita lain.
Ini adalah kali pertama menjejak Perlis setelah aku tinggalkan buat 5-6 tahun lepas.Selesai letak barang di tempat penginapan, kami tak banyak songeh terus menyinggah di sebuah restoren makanan barat yang diusahakan oleh kawan aku anak jati Perlis.
Hujan turun agak lebat membasahi, kami tiba di restoran dengan aku sedikit basah tapi tidak apa-apa. Kehadiran aku di sana sedikit menggamit memori lama. Dan sekarang di restoran itu, berjumpa pula kawan dari masa lama, seperti memori itu [.....]
Small daily improvements over time lead to stunning results. Why?
Because consistency is the mother of mastery. And incremental improvements are the father of exceptionalism.
Robin [.....]
KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! [.....]
Prolog dari Petaling
Jumaat, 7 pagi. Turun dari transit aliran ringan, aku bergegas ke kiosk makanan yang berada berdekatan, tujuan aku sebulatnya mahu membeli 3 kuih keria dan 3 karipap. Aku tak pasti ejaan kuih keria yang sebenar. Masa nak beli tu pun aku sekadar tunjuk kat kuih tu dah cakap "3". Makcik tu cakap "3 keria ye". Aku angguk. Aku tak pasti makcik tu tahu ke tak mengeja keria. RM3 harga totalnya.
Sesampai di ofis aku terus aktifkan komputer riba dan segera menghantar satu surat elektronik kepada rakan sekerja. Surat atas talian tu berbahasa omputeh, "kindly allocate 100% to me first" antara isi kandungannya. Bukan main.