Seronok jugak menyanyi dalam hati ni, boleh buat suara macam-macam, kadang macam Faizal Tahir..kadang macam Jamal , kalau nyanyi lagu mat saleh tu bunyinya memang dah macam anak jati kampung Winsford, UK. Dalam hati lah tapinya. [.....]
Pasca Raya 2016
Orang zaman dulu kalau mengalami tempoh 'jiwa kacau', seminggu dua minggu tak nampak batang hidung beliau, kekadang sampai sebulan. Ada pulak taknak keluar rumah taknak bercakap dengan manusia, lagi teruk bercakap pulak dengan tenuk.
Berbeza dengan zaman sekarang, orang yang sedang jiwa kacau lebih banyak berinteraksi (meracau) dan mudah dilihat orang (post selfie sehari 5 kali). Walaupun pendekatannya berbeza, namun kedua-duanya bertujuan yang sama yakni mencari penawar kepada jiwa.
Dan siapalah saya untuk menghakimi apa yang terbaik untuk semua, ada orang mungkin bersenam adalah penawar yang terbaik, ada jugak yang makan macam tiada esok, atau ada juga yang menjadikan aktiviti menangkap pokemon sebagai penawar jiwa lara, terpulanglah kepada kebijaksanaan masing-masing, cuma saya [.....]
Anyone who stops learning is old, whether at twenty or eighty. Anyone who keeps learning stays young. The greatest thing in life is to keep your mind young.- Henry Ford
Di sebuah hotel yang dirahsiakan namanya, seorang pengurus bola sepak terkenal diwawancara oleh beberapa orang wartawan dari seantero dunia, salah seorangnya bertanyakan tentang seorang pemain bola sepak berusia 34 tahun yang baru dibeli oleh pengurus tersebut. Pada tahap umur sebegitu, mampukah seorang pemain bola sepak memberi impak kepada pasukan?(biasanya pemain bola sepak dah tak berapa nak bergetah sangat bila dah masuk 30 ke atas)
“Yes, because first of all I know him very well. I always think there’s our age in ID terms, [.....]
Dosa yang menyebabkan kita menangis adalah lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takabbur [.....]
Kadangkala,
separa sedar,
ketika kita menyoroti foto-foto sendiri,
terdetik,
merasakan kita ini,
photogenik.
Namun,
fakta menerobos kebenaran,
kalau petik 50,
1-2 sahaja,
yang menjadi,
bukankah itu malang namanya.
Penjudi tegar pun belum tentu berani meletak wang pada kebarangkalian senipis itu.
[.....]
Impian hari raya pada tahun ni sebenarnya nak beraya di kaunter PTPTN, bersalam dengan pegawai PTPTN dan melafazkan salam kosong-kosong, moga dihalalkan andai ada terlebih terkurang atau terpinjam.
Malangnya depa awai lagi dah bagitahu cuti seminggu, tutup.
Ingat kita terraa ,rupanya depa lagi terra. [.....]
(Salinan asal dari http://www.thevocket.com/bagaimana-sebuku-roti-bawa-kepada-kehidupan-penuh-barakah-buat-seorang-lelaki/ )
Pada satu masa dulu.
Ada sorang lelaki tua ni, di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah tetapi macam terganggu sikit sebab setiap hari dia asyik fikir risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti je.
Kemudian satu hari ni, Nabi Musa lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir ni lah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia.
Dia pun tegur dan beri salam kepada Sayyidina Musa A.S, dan dengan teragak-agak dia tanya.
“Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan Rizq saya (rezeki). Dari dulu [.....]
Hari ni seorang lagi perempuan terkejut bila dapat tahu aku dah berkahwin. Katanya aku macam budak-budak lagi. Dia punya terkejut sampai aku yang elok duduk di kerusi mengadap komputer, dipusingkan beliau 90 darjah. Namun, tidak seperti perempuan terdahulu, kali ini tiada riak wajah kecewa atau hampa. Tak tahulah aku nak gembira atau nak menangis mengenangkan fenomena ini. Mungkin aku perlu melihat cermin untuk mencari jawapannya.
[.....]
Pagi semalam aku beraya di rumah seorang rakan seperjuangan sambil dijamu dengan hidangan set KFC dan roti canai (biasalah orang bujang), kami bersama 2 orang lagi rakan melayani pertembungan akhir piala Euro 2016 antara Perancis dan Portugal.
Meski antara kami nampak gayanya tiada seorang pun yang menyokong Portugal (peringkat group pun nombor 3, menang pun harapkan penalti dan masa tambahan), mungkin secara kasarnya pun kita dapat lihat pasukan Portugal sedikit kekurangan dari segi sumber telent berbanding Perancis, Germany ataupun Belgium, namun aku rasa dengan juaranya [.....]
4 bulan lepas, selepas makan tengahari aku memilih untuk mengelamun di kerusi, entah macam mana aku terlena. Dalam lena yang sekejap itu, aku dibangkitkan di satu tempat yang tidak pernah aku lawati dengan wajah-wajah yang asing. Di dimensi mimpi itu aku amati sekeliling, layaknya seperti aku berada di sebuah kafe di pinggir bandar, meja di sebelah aku kelihatan seorang lelaki sangat tampan sedang duduk bersahaja.
Aku amati betul-betul lelaki itu, aku perhatikan dengan penuh perincian kerana di negaraku Malaysia jarang dapat lihat lelaki setampan ini. Seperti mengajuk [.....]
Aku tak boleh blah dengan promosi satu penjual seluar online ni.
Punyalah tulis besor BUY 1 FREE 1.
pastu kalau kau pergi like page tersebut atau baca dengan lebih teliti, rupanya buy 1 free 1 socks. [.....]
Sempena sambutan hari raya aidilfitri, company aku (tempat aku bekerja bukan syarikat kepunyaan aku) telah memberi sampul raya (kosong) kepada semua staff-staff yang berkenaan. Ini boleh dikatakan sebagai 'hadiah' dan dalam masa yang sama sebagai pelan penjenamaan sebab kat sampul raya ada logo company.
Aku terkejut sebab bukan main banyak dia hadiahkan kepada setiap orang. Kawan sebelah aku yang sedar dengan keterkejutan aku tu, mencadangkan supaya beri saja pada dia kalau rasa banyak sangat, atau dalam dialog asal "kalau taknak, bagi aku"
Aku tanya balik jumlah anak buah yang dia ada. Katanya isteri dia saja ada 8 adik-beradik, anak buah puluh-puluh dah. Mulanya dia nak kira secara tepat berapa ramai anak buah dia, tapi aku fahamlah [.....]
Pengumuman Hari Raya Aidilfitri
Takde hati aku nak tengok pengumuman hari raya aidilfitri minal aidil walfaizin kat televisyen.
Pertama sebab banyak barang nak kena kemas.
Kedua, aku tengah sakit perut.
Yang ketiga dan yang last sekali, sebab aku dah tahu raya mesti jatuh pada 1 Syawal punya, setakat ni mana pernah tukar lagi. [.....]
Tuan Guru ada pesan, kalau raya nanti kewangan jadi tenat, terpaksa memilih sama ada mahu memberi duit raya atau nak bayar hutang kereta/ rumah...dinasihatkan supaya dahulukan bayar hutang.
Sedekah tu sunat, bayar hutang tu wajib.
Tapi biasanya orang bukan nak peduli pun pada perbelanjaan atau kos orang lain, akhirnya reputasi diri juga yang menjadi prioriti. Biar bermahal-mahal, hidup kan pentas lakonan, sediakan props dan jurumekap profesional.
2 hari lagi. [.....]
Sebenarnya kalau nak beli / tempah kuih raya ni, elakkan beli pada waktu siang, sebab masa perut kosong memang mata hati mudah terpesong dengan makanan. Lainlah kalau baki dalam bank banyak kosong kosong kosong (di belakangnya)
[.....]
Ni jadi raya ke tak jadi ni?
Dari minggu lepas dok tunggu, aku takde dengar pun bunyi mercun lagi.
Yang aku dengar bunyi "Goaaalll!! Goaaaall!!"
[.....]
Sempena nak menyambut kedatangan syawal, dah boleh kut praktis buat muka garang depan budak-budak.
[.....]