Sebenarnya falsafah atau pendirian 'pekakkan telinga dan jangan dengar cakap orang' ni sesuai bila kita buat perkara-perkara yang berlandaskan lunas yang tak menyimpang jauh je. Perkara tak elok jangan pulak pekakkan telinga.
Bukannya kalau teringin nak makan harta anak yatim, meniru semasa peperiksaan, masuk simpang tak bagi signal pun kau nak perjuangkan falsafah 'pekakkan telinga dan jangan dengar cakap orang', itu memang tak boleh pergilah.
Macam orang selalu bagitahu kita perlu jadi positif barulah dapat mencarik cas-cas positif dalam hidup. Tapi bukan semua perkara kau kena positif, terutamanya positif dadah. [.....]
Love is not based on common sense.
If you are in love, you ready to risk everything, or else, you are not in love.
It is hope. Maybe a common miracle. Or It is a doomed? But for sure we love it. I tell you. We love it.
[.....]
Orang ada kata aku ni jarang risau, kurang tepat tu. Sebenarnya aku juga tidak setenang mana. Cuma mungkin keluhan aku biasanya dalam senda gurau dan senyum tawa, cara tu aku rasakan lebih sesuai dengan aku.
[.....]
Makin Tua Makin Bergetah Aku paling tak suka kalau kena teka umur orang berapa. Tak kiralah orang tu sendiri yang suruh teka out of thin air, atau aku tanya kemudian dijawabnya 'cuba teka' atau 'rasa-rasanya berapa?"
Kalau perempuan yang suruh teka memang leceh sikit sebab kena pakai formula:
(Berapa yang aku teka ikut ikhlas hati) - 3 tahun = Jawapan yang aku perlu bagi
Contoh, 30 - 3 = 27 tahun.
Itu kalau perempuan lah, kalau lelaki aku terus jawab ikut ikhlas [.....]
Di meja makan ketika menanti hidangan, seorang rakan seperjuangan mencucuh api rokok, untuk kali yang seterusnya.
"Kurangkan merokok..untuk kesihatan" tegur si polan disebelahnya, sambil rokok terselit di bucu bibir.
"Tidur kang berhenti lah" jawab rakan seperjuangan, asap terus berpusaran.
Menguatkan kepercayaan aku bahawa tidur sangat penting untuk kesihatan, malah mengurangkan indeks pencemaran udara.
Selamat Malam. [.....]
Mengenal jenis orang ketagihan buku.
Bibliomania - gila buku. Beli buku untuk kumpul buku. Bibliofil - beli buku untuk baca dan ambil ilmu dari buku. Bibliotaf - gila buku dan mahu buku-bukunya dikuburkan bersamanya. Bibliokas - suka rosakkan buku. Contohnya dia pergi perpustakaan dan koyakkan halaman yang dirasakan menarik. Bibliofagi - suka makan buku. Contohnya bakar buku, abunya dicampur air dan diminum. Biblionarsisis - terpesona dengan koleksi buku sendiri. Gemarkan koleksi buku yang hebat hebat dengan tujuan berlagak.
Rujukan: Keanehan dan Keunggulan Buku, Shaharom TM [.....]
Berhati-hati kepada perempuan berskirt mini.
Berhati-hati kepada perempuan berskirt mini atau pendek. Lebih-lebih lagi bila memijak lantai yg baru di mop.
Tergelincir tu satu hal.
Satu hal lagi yang besar adalah lantai yang baru di mop ni refleksinya lain macam tajam, kejelasannya mampu menembusi seluruh alam.
Dah lah orang-orang alim selalu pesan supaya lelaki menundukkan pandangan apabila berdepan dengan perempuan.
Sekarang dah jadi serba salah pulak nak tunduk ke tidak. Lantai dah serupa cermin.
Kau rasa? Tepuk dada, tanya selera. Wassalam. [.....]
Foto Hari Ini 15/4/2016 : Chase What You Want.
Great struggles make for great stories.
[.....]
Kelebihan Orang Yang Rendah
1. Kelihatan Muda Siapa yang tak suka kelihatan lebih muda dari usia ye tak. Kelihatan muda ni pada aku terhad hingga umur 40 tahun. Selepas dari tu kalau pendek macam mana pun tak berapa nak nampak muda sangat. Tapi kalau dah berusia 30-an misalnya, bolehlah nampak macam 20-an. Kalau 20-an boleh nampak macam belasan, gitu. (rujuk terma & syarat)
2. Selesa dalam ruang sempit. Ini termasuklah masa nak naik LRT, Kapal terbang atau kereta. Orang lain punyalah kena mampatkan jisim badan supaya dapat [.....]
Jajan Zaman Aku Membesar
MANA SATU KEGEMARAN ANDA?
Rujukan Gambar : http://www.mob.com.my/ [.....]
Ada hal yang walau macam mana pun orang beritahu kita, tetap kita tak dapat nak faham, sehinggalah kita sendiri yang alaminya, baru otak kita nak bergetar (asik tulang rusuk je bergetar).
Sebab tu aku suka buku dan tengok filem,dalamnya ada refleksi kehidupan yang difiksyen dan disenikan.
Sebagai seorang yang memakai spek mata, sudah menjadi kebiasaan untuk aku menukar spek mata yang baru bila terasa mahu kelihatan fresh (bosan jugak tengok muka sendiri walaupun kacak). Beberapa tahun lepas aku menempah spek mata dengan cermin yang berteknologi baru (pada masa tersebut).
Berteknologi baru tu bukannya boleh melihat menembusi dinding atau menembusi pakaian orang, cumanya cermin tu bertukar gelap seperti sunglasses apabila terdedah pada cahaya matahari. Teorinya [.....]
Lokasi Kejadian
Nama Pusat Karaoke: Microphone Family Karaoke Macam mana boleh jumpa: Ditemukan oleh Google. Kebetulan aku ada di Kampung Pandan dengan kawan seperjuangan, aku pun cadangkan lah program untuk mengeratkan sillaturahim. Alamat: No. 1 - G, 1-1, 1-2, 1-3, Jalan Pandan Indah 4/33, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia Nombor Telefon: 60 3-4292 9090 Parking: Masa aku datang tu waktu malam, macam mudah je nak dapat parking. Harga: Rm120 sebilik untuk pilihan pakej 2 jam percuma 1 jam atau 2 jam percuma 1 [.....]
Jika anda mahu tonton filem yang CGI / visual yang dibina seakan realiti, ada binatang pelbagai spesis berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan fasih, penceritaan yang mudah dan straightforward, mahu mengenali spesis binatang, permulaan dan pengakhiran yang selamat sebagaimana filem Disney, sekadar suka-suka tanpa pengisian berat dan mesej yang tertentu, humor paras sedarhana, atau nak tengok binatang comel-comel tapi malas pergi zoo sebab sekarang musim panas, jawapannya...pergilah tengok filem The Jungle Book di pawagam yang berdekatan.
Selamat Berhujung Minggu!
[.....]
Facebook/Instagram tidak menggambarkan kehidupan sebenar seseorang.
Facebook/Instagram tidak menggambarkan kehidupan sebenar seseorang.
Apabila hendak menulis status, aku memilih perkataan yang aku rasakan tepat. Tapi belum tentu apa yang dipilih adalah paling tepat, mungkin aku terbawa-bawa dengan kecenderungan peribadi aku, mungkin aku prejudis dalam menyampaikan sesuatu mengikut kehendak aku. Boleh jadi jugak aku ada niat atau agenda tertentu. Soalnya, belum pasti status aku menerangkan tentang aku.
Apabila aku hendak post gambar, aku akan pilih gambar yang aku nak tunjukkan, dalam 10 gambar tu mungkin aku akan pilih 1 gambar paling okey dan semua orang dapat lihat, tapi sebenarnya ada lagi 9 gambar selekeh yang korang tak dapat lihat. Jadi tak patut juga kalau gambar-gambar dapat menceritakan kehidupan sebenar. Itu tak kira lagi gambar [.....]
Restoran PLA PLA Seafood
Gambar pinjam dari http://shopaholicandlife.blogspot.com/2014/12/entry-makan-makan-part-1.html
Nama Restoran : PLA PLA Seafood
Kat mana: Lot 17G, Jalan Equine 1A, Persiaran Dr. George Lim Ah Soo, Seri Kembangan.
Waktu operasi: 11 pagi hingga 11 malam.
Kepakaran: Namanya pun dah seafood, jadi aku anggap restoran ni menjurus kepada makanan laut yang bercitarasa Thailand.
Order apa: Aku order yang pakej 3 orang makan, sebab kebetulan kami memang 3 orang (siakap masa 3 rasa, kailan ikan masin, tomyam campur, ayam goreng kunyit, [.....]
Refleksi
Beberapa langkah dari tempat tinggal aku ada orang jual laksa. Tempat tu rupa-rupanya agak dikenali ramai, bila aku beritahu lokasi tempat tinggal aku beberapa kali juga orang akan kaitkan dengan laksa tersebut. Bila aku makan laksa tersebut buat pertama kali dulu memang diakui sedap, tapi aku tak rasa thrill.
Sehinggalah minggu lepas aku pekena laksa yang kalau main bola patut kena kad merah je pada minit pertama perlawanan dimulakan, tak menyesal makan tapi rasa seperti dikecewakan kekasih. Kemudian untuk membuang kenangan pahit tu, aku makan laksa lah laksa yang beberapa langkah dari rumah aku tu..kali ni barulah aku rasa laksa yang sedap harus diraikan dengan pingat dan piala serta disyukuri.
Itu yang orang kata, [.....]