Nama Restoran :Asam Pedas Claypot JR Lokasi : Betul-betul berhadapan Dataran Pahlawan, Melaka. Bersebelahan Mahkota Parade. Sangat strategik.
Menu Yang dimakan: Seperti dalam gambar di atas.
Tahap Kesedapan: Bolehlah.
Harga : Orang lain yang bayor.
Kos Bayar Model di atas: 2 ribu, ansuran.
Pergi Bila : 29 haribulan March 2016, dalam pukul 2 petang.
Pergi dengan siapa: Kau tak perlu tahu
Peristiwa menarik: Depan meja aku ada Nazmi Faiz sedang makan dengan makwe beliau.
Makwe Nazmi Faiz : Bolehlah.
Kebersihan: Bagus.
Layanan/servis : Laju dan baik (tapi [.....]
Bermodalkan henfon Nokia tanpa kamera suatu ketika dahulu, aku ber-sms dengan perempuan kesukaan aku. Suasana malam yang tenang, menitiskan kata pujangga dari jemari aku.
"Nak ke bulan pun saya boleh bawa kamu" . Aku send.
"Bulan mana?" perempuan kesukaan reply.
"Bulan March, minggu depan kan dah sampai bulan March".
Jangan nak chia chia chia sangat. [.....]
Cara Menonton Televisyen di Telefon Bimbit secara PERCUMA!
Cara Menonton Televisyen di Telefon Bimbit secara PERCUMA!
Dalam kesibukan zaman kini, selain suratkhabar atau buku dah boleh dibaca melalui telefon bimbit (smartphone), sekarang siaran televisyen kegemaran pun kita boleh tonton menerusi telefon bimbit. Yang penting, ianya PERCUMA! PERCUMA! (baca secara bergema)
Percuma di sini maknanya tak perlu bayar, tak ada terma dan syarat, yang ada cuma cara-caranya sahaja. Nanti korang ikut sahaja cara-caranya di bawah, boleh buat selagi mana menteri tak buat undang-undang baru. Antara siaran yang boleh akses adalah ASTRO,HYPPTV dan kalau sekitar Johor [.....]
Tahukah anda, tahu saja tidak cukup?
Banyak lagi perkara yang diperlukan untuk melengkapi pengetahuan. Dan itu sesungguhnya tidak mudah. Bahkan, tahu itu lebih mudah.
Sedangkan syaitan nirrajim pun tahu dan kenal tuhan sekian lama, tapi tahu saja tidak cukup untuk mereka patuh. Bayangkan pulak aku yang ilmu kalau ditimbang jarumnya tak goyang pun.
Pendek kata, kita semua tahu yang bangun pagi-pagi dan bersenam itu bagus untuk kesihatan. Kalau ditanya kepada 100 orang, semua sekali akan angkat tangan bersetuju bersenam itu bagus untuk kesihatan, cuma mungkin 2-3 orang tak angkat tangan sebab tengah main smart phone.
Tapi bila ditanya pula, siapa yang pagi tadi ada bersenam, atau siapa yang semalam atau kelmarin atau minggu [.....]
Bersempena dengan hari wanita, aku nak cerita sedikit perihal wanita yang bukan mudah untuk kita fahami ('Kita' merujuk kepada lelaki dan juga perempuan). Antara pendedahan yang membuatkan aku terkesima adalah ketika aku makan bersama dua orang wanita yang sama fakulti dengan aku beberapa tahun lalu. Yang tak perlu diwarkan lagi, mereka akan mengambil masa yang lama untuk memesan makanan, lepas tu marah makanan lambat sampai, kalau tak percaya boleh tanya pelayan kedai makan.
Sambil menanti makanan yang dipesan tiba, kami pun bercerita tentang perkara rutin sebagai seorang pelajar. Diselang-selikan juga dengan hal-hal peribadi yang santai-santai. Bila pesanan sampai, kami pun menjamu selera sambil menonton televisyen yang antara dengar dengan tidak. Semuanya berjalan dengan lancar, cuma nyamuk [.....]
Char Kuey Teow Tsunami Tasik Biru
Orang sekarang yang pergi makan pun bukan boleh nak makan diam-diam, mesti nak tangkap-tangkap gambar upload kat faceebook instagram, kemudian viral.Kita ni bila ada kedai makan yang viral je mesti rasa nak menjejer air liur, mulalah kaki gigil nak pergi buat lawatan. Tengok gambar saja pun bukan boleh kenyang mesti nak jugak pergi makan jugak ye dak.
Char Kuey Teow Tsunami Tasik Biru yang kaya dengan hidupan laut
Setelah lama memendam rasa, Isnin lepas aku dengan [.....]
Minggu ini merupakan minggu yang tidak produktif untuk aku
Lek lu...tido sat...
[.....]