Ola Bola - Kembalinya Keyakinan (You Will Believe Again)
(ulasan dari seorang peminat filem dan bola sepak tempatan)
1.Filem ini mendapat tepukan dari penonton yang berbilang kaum di wayang, aku tengok filem Mat Saleh pun tak dapat tepukan macam ni. Sebab apa? Sebab filem Ola Bola dekat di hati rakyat Malaysia, simple. Sentuhan emosinya dapat mencapai ke sudut gelap hati kita yang sering lupa tentang perjuangan masa lalu.
2. Pelakon membawakan watak secukup baik, walau pada masa tertentu nampak kaku tapi tetap keseluruhannya jitu (ramai [.....]
Pagi ni aku makan nasik lemak sedap kat lantai je,elok je bersila tapi takde orang nak amikkan gambar pun. Sebab aku bukan jutawan. Maka nasi lemak sedap habis gitu je lah, tak dapatlah jadi viral. [.....]
"Ingatkan kamu" adalah sms kamu yang paling manis aku terima pada awal perkenalan kita. Masa tu entah angin monsun apa yang menolak, aku telah taip sms tanya kamu buat apa. Dengan berani kamu membalas begitu.Habis tergadai jiwa rock aku, sampai sekarang masih tak cukup nak langsai.
Selamat Hari Lahir
[.....]
Kawan sepejabat aku ni nak pindah rumah, sejak dua menjak ni kerja dia asik tanya pasal kombinasi warna yang sesuai untuk dia cat ruang tamu, dapur dan bilik tidur. Siap dia sediakan beberapa kombinasi warna dan minta pendapat aku mana yang terbaik. Ilmu hiasan dalaman aku memang takde, jadi aku bagi pendapat ikut sesedap mata aku memandang jela kan.
Lepas habis hal kombinasi warna, membawa pulak kepada hal perabot.Ini pun aku tak arif sebenarnya, nak cerita pun malu kat orang tapi perabot kat rumah aku mana [.....]
- [.....]
Anugerah Juara Lagu 30 - Sampai Mati Potret Not For Sale
Sampai Mati (Hazama) Potret (Akim & The Majistret) Assalamualaikum (Faizal Tahir) Biarkanlah (Drama Band) Hanya Namamu (Caliph Buskers) Knock Knock (Elizabeth Tan) Malam Ini Kita Punya (Bunkface) Angin Kencang (Noh Salleh) Bukan Hal Aku (Kaka Azraff dan Aliff) Mana Mungkin (Black) Not For Sale (Stacy) Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah)
Bersempana dengan Anugerah Juara lagu 30 esok, makanya hari ni entri ala-ala segmen hiburan sedikit. Macam yang kita sedia tahu, program AJL ni sememangnya antara program hiburam wajib tonton saban tahun dan masih releven. Dah [.....]
Aku ni sayang kat si makwe, kalau makwe call masa aku makan.. aku pick-up phone, kalau si makwe call masa aku tidur pun aku pick-up phone, kalau si makwe call masa aku tengah melepak dengan rakan pun aku pick-up call. Kalau tak boleh nak bercakap lama aku akan bagitahu elok-elok untuk call semula kemudian. Iyelah, kadang ada situasi yang kita perlu bagi prioriti dan kena respek, bukan nak menangkan si makwe saja setiap kali. Lagipun kalau tak pick-up phone tanpa alasan yang releven karang dia mengomel pulak..kehkeh.Tapi tadi aku call si makwe..dia pick-up dan aku tanyalah dia ada kat mana. Jawabnya "Saya tengah mandi". Wah, tengah mandi pun jawab panggilan, sayang betul. -May 4, 2012 [.....]
10 Perkara Tentang Buku 'The Last Song'
10 Perkara Tentang Buku 'The Last Song' sorry ye gambar menampakkan kemesraan sikit
The Last Song
1. Ditulis oleh Nicholas Spark. Sebelum ni aku pernah baca buku dia bertajuk 'Dear John' dan aku tidak teragak-agak untuk baca buku dia yang lain. Dan sedang aku baca buku The Last Song ,aku semppat order satu lagi buku dia. Punyalah ketagih pada masa tu.
2. Watak utama merupakan seorang gadis bergetah berusia 17 tahun, Ronnie nama diberi. Gadis ni seorang yang rebel tak kira datang bulan atau [.....]
Rakan sepejabat yang duduk sebelah aku adalah peminat bola sepak yang sama kental macam aku. Setiap hari kami akan bersembang tentang isu bola sepak dan keputusan bola sepak dari segenap dunia. Kami saling berkongsi info, pendapat dan keghairahan (sedih dan gembira) terutamanya setelah pasukan masing-masing berlawan. Walaupun dia merupakan penyokong kuat pasukan Manchester United, iaitu musuh utama pasukan kegemaran aku Liverpool sejak zaman-berzaman, namun kami tetap tidak bermasam muka malah merapatkan kami lagi. Nama dia bukan Rashid.
Setelah sekian lama menanti dan sibuk hal bola [.....]
Teknik Membuat $$$$ Menerusi Blogspot
Terlebih dahulu, untuk pengetahuan semua aku takkan menggunakan pendekatan MLM, cara aku dalam mengajar teknik membuat $$$$ menerusi blogspot ini lebih profesional tanpa melibatkan sentimen bangsa-agama, takkan menjentik emosi korang dengan idea menghantar ibu-bapa ke Mekah, sama sekali takkan post gambar kereta mewah untuk mewarnakan kelabu fikiran korang.
Teknik yang aku nak kongsi ni begitu mudah, lebih menguntungkan lagi korang tak perlu bayar apa-apa pun kat aku. Ini lebih kepada perkongsian sesama blogger kalau yang nak $$$$ lebih. Ni bukan [.....]
Pengawal Keselamatan Yang Tegas
Ada pengawal keselamatan warga asing yang baru kat pejabat aku bekerja, yang sebelum ni mungkin dah pindah ke tingkat lain, yang ganti memang muka aku tak pernah nampak. Pengawal keselamatan ni dia ada meja dia kat tempat pintu pejabat, selain menjaga keselamatan dia jugak menyahut seruan Ahmad Maslan dengan melakukan lebih tugas seperti melayan orang penghantar barang dan menjaga pasang-tutup suis-suis elektrik.
Pada minggu pertama memang jelas sekali dia nampak kekok duduk depan tu, muka ketat macam baru lepas cucuk botox. [.....]
Kepentingan Kata Kunci untuk Blog
Kepentingan Kata Kunci untuk Blog
Selalu ditekankan oleh pakar SEO atau blogger berpengalaman luas dalam SEO mengenai kata kunci ataupun kalau kat United Kingdom orang sana panggil Keywords. Ini dasar dalam mempelajari ilmu SEO.
Untuk mendapatkan trafik yang tinggi dari enjin carian, kata kunci lah faktor utamanya.Pentingnya kata kunci ni boleh diumpamakan seperti cahaya lampu di jalan yang gelap. Atau air yang menyirami pokok, dengan kata kunci yang tepat dan berkualiti lah yang akan menyuburkan blog.
Bak kata orang lama, kita cuba berfikir dan jangkakan [.....]
Setelah beberapa hari bercuti untuk menguruskan persekolahan anaknya di Tahun 1, R kembali ke pejabat. Menurut ceritanya, semua berjalan dengan lancar terutamanya dari aspek pengangkutan pergi balik dari sekolah pagi dan sekolah petang. Soal makan,mandi dan pakaian pun tak menjadi isu sangat.
Sebenarnya perkara jadi mudah apabila anaknya dah berkawan. Bila dah berkawan, anaknya mungkin tak rasa keseorangan dan lebih seronok. Bak kata Flizzow dalam sebuah lagu yang dikatakan sinopsis hidupnya,bila lapar semua makan mi segera,lapan orang naik dua kancil pun tetap semua senang hati, siap [.....]
Semalam akak yang selalu guna mesin fotokopi tegur aku seolah-olah nak tanya sesuatu. Walaupun tak dapat nak respon sebab sedang sibuk berhubung di telefon, tapi aku dah boleh agak apa soalan yang dia akan tanya, tertulis di dahi akak mesin fotokopi dengan persoalan "Mana R ?" (R merujuk kepada rakan sekerja yang lama tak datang kerja).
Hari ni, pagi-pagi lagi sebelum aku sempat sumbat perut dengan nasi lemak akak mesin fotokopi datang lagi membawa soalan yang disimpan dari semalam.
Aku bahasakan tubuh supaya kelihatan serba salah nak beritahu. Aku beratkan sedikit raut wajah aku, seperti menyimpan beban yang sukar dilepaskan. Rapatkan jarak lalu dengan separa berbisik yang diselimuti nada sedih aku beritahu akak mesin fotokopi "Dia dah resign.."
Keras muka akak mesin fotokopi dibuatnya..tarik nafas [.....]
Tiba-tiba aplikasi yang aku gunakan di komputer tak berfungsi, aku klik kiri-kanan-depan-belakang pun takde respon, lumpuh sementara.
Terus aku panggil kawan sekerja aku yang duduknya tak jauh, hanya di meja belakang saja. "Wehh..jem lah..tak boleh nak proceed" kata aku.
Dia pun dengan tangkas seperti kucing mengambil-alih tetikus dari genggaman aku dan terus navigate merata mencari solusi. Klik sana, klik sini tapi solusi tak dapat, yang jumpa hanyalah misteri.
"Apa ni, Janam janam lyrics english translation..ha ha!" katanya merujuk kepada paparan web di skrin.
[.....]