Reviu pendek filem-filem 2016 (Episod 2 - The Magnificent Seven , The Jungle Book , Jack Reacher )
Reviu pendek filem-filem 2016 (Episod 2) The Magnificent Seven
Filem ni aku berani layan sebab ada Denzel Washington, terus terang cakap. Tak pernahlah aku tengok filem Denzel yang sia-sia membakar duit. Denzel ni kalau tiba-tiba keluar filem tajuk 'Mesin Basuh LG 2.5' atau '123 ABC' pun aku cenderung untuk beli tiket tanpa perlu selidik sinopsis terlebih dahulu. Punyalah yakin dengan Denzel.
Seperti yang dijangka, filem ni tak mengecewakan, walau ada beberapa babak yang agak superhero sebagai seorang manusia biasa, tapi masih boleh terima tanpa paksa. Jenaka-jenaka [.....]
Tadi aku tengok drama waktu maghrib, bukan main Pak Samad jerkah bini dia kaw-kaw, ini bukan jerkah suara semata, tapi isi yang terkandung dalam jerkahan dia tu seakan menyucuk-nyucuk, ini barulah sedap tengok drama ye dak. Di dalam Pak Samad, aku dapat lihat diri aku. (Dramatik tak?) [.....]
Reviu pendek filem-filem 2016 (Secara Jamak)
Reviu pendek filem-filem 2016 ( Secara Jamak )
Hanyut
Filem hanyut ni dah bertahun-tahun hanyut,aku sempat tengok filem ni di 1 Borneo semasa aku melampiaskan cuti di Sabah. Tak pasti sama ada filem ini memang kurang mendapat sambutan atau orang Sabah memang tak layan wayang sangat, sebab dalam panggung ada 5 orang je termasuk aku. Sebelum filem ni, aku hanya bepeluang menonton sebuah lagi filem U-Weii bertajuk Buai Laju-laju yang nyata tidak mengecewakan. Kali ni, secara luar sedar aku telah meletakkan harapan yang tinggi pada [.....]
Aku tak reti nak jawab macam mana. Bila perempuan kegemaran aku mempersoalkan kewajaran aku bercakap dengan bertatasusila setiap kali menghubungi talian hotline tak kira TM, Maxis, mana-mana bank, pizza, kfc atau nombor kereta sewa, homestay lebih-lebih lagi masa nak buat komplen lah. Contohnya, apa perlu mengucap sejahtera kepada pihak yang kita tak puas hati.Aku tak berapa nak yakin macam mana nak jawab dengan jaya.
Pada aku, setiap orang tak kira siapapun, aku akan dahulukan respek sewajarnya atau selayaknya, kemudian-kemudian tu kita cerita kemudian, tapi aku dahulukan respek. Yang aku perasan selalu, orang memang akan beri respek, malah lebih dari itu, ada yang beri sanjungan dan segala kemanisan kepada orang lain, tapi hanya bila [.....]
begitu banyak jejak langkah,
melukiskan garis peristiwa,
hingga menterjemah isi hati,
menjadi sesukar memindah samudera,
biar kadang arus bergetar di tengah riuh dunia,
tiada sedetik hati meredup tanpa syukur pada kurnia. [.....]
Kembali ke KL - Kota Metropolitan. Tempat bersalaman dam bercakaran.
Aku sampai di KLIA lebih kurang jam 3 petang , aku naik transit terus ke KLIA2 untuk menanti yang lain, kami berbeza pesawat dan waktu penerbangan.
Di KLIA2 aku bercadang untuk bersiar-siar cuci mata (melihat-lihat barang jualan), mencari apa-apa buku yang sesuai untuk bacaan, makan dan terus melepak di foodcourd level 2M sampai kejang.
Setelah berpusing-pusing, akhirnya aku bersua dengan MPH. Agak sukar juga nak cari MPH sebab saiznya yang agak kecil berbanding apa yang aku bayangkan.
Ada beberapa buah buku yang menarik perhatian aku, tetapi harganya tidak menepati belanjawan pada hari tersebut. Para peminat buku tentunya sudah sedia faham tentang harga buku-buku import [.....]
Aramaiti Sabah
Tiba di Kota Kinabalu, cuaca nampaknya elok. Mengantuk aku pun nampaknya sudah hilang seperti yang dirancang. Penerbangan aku jam 9:20 pagi, tapi aku dah bangun lebih awal untuk tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur seawal jam 5 pagi.
Sengaja aku kumpulkan mengantuk untuk kemudian aku lampiaskan di dalam kapal terbang. Aku memang taknak berjaga dalam kapal terbang, risau nanti sampai di KK kepenatan pulak, jadi aku gumpal-gumpal rasa mengantuk tu sampaikan kalau aku sandangkan gumpalan ngantuk tu pada bahu gajah Tony Jaa, tentu gajah Tony Jaa dengan Tony Jaa sekali terlangkup tak dapat menanggung.
Sampai di muka pintu kapal terbang, aku disambut mesra oleh senyuman pramugari-pramugari. Gumpalan mengantuk tadi yang kononnya keras [.....]
Aku ada nak menulis sesuatu sekarang ni, dalam fikiran aku, perkara tu dah siap tertulis, tinggal nak taip je ni.
Tapi ada dua perkara yang merencatkan proses penulisan itu.
1. Dari tadi banyak pulak notifikasi facebook, sudahnya aku banyak menulis komen di facebook.
2. Aku rasa nak berak. [.....]
1.Rupa-rupanya hari ni aku cuti, semalam aku kata aku tak sabar nak pergi kerja kan, rupa-rupanya hari ni aku cuti lagi.
2.Banyak perkara nak tulis, tapi bila dah banyak, benda jadi tak terurus dan biasanya akan hilang dalam kesesatan.
3.Dalam kepala ni bila banyak perkara yang aku fikir dengan pantas dan proses serentak, percakapan jadi laju dan perkataan saling berhimpit, orang tak dapat nak hadam.
4.Itu juga sebab kenapa tulisan aku menyerupai cakar arnab, masa aku tulis tu aku berfikir lebih pantas dari jari aku bersedia untuk tulis/ catat, aku dah fikir ke depan tapi jari tak dapat catch-up maka tak tentu arah lah dia.
5. Jenis gopoh pun iye jugak. Orang kata jenis [.....]
Kasut Sekolah Murah
Tadi aku pergi pasaraya Giant, nak cari benda lain tapi ternampak pulak kasut sekolah di bahagian "Back to School", yang warna hitam ala-ala pengawas tu aku perati elok jugak aku pakai pergi pejabat. Rasanya budak-budak baru je mula cuti sekolah minggu lepas, lambat lagi kut dorang nak back school, baik aku beli untuk aku dulu.
Lagipun harga Alhamdulilah murah. Bila time nak bayar di kaunter rupa-rupanya lagi murah sebab ada diskaun, Alhamdulilah lagi sekali. Tak sabar rasanya nak pakai ke pejabat esok, tak sabar nak dengar orang cakap "Eh macam budak sekolah lah", tak sabarnya, tak sabar sekali lagi. Tak sabar. [.....]
Pengalaman Bersunat ( Sekadar Gambar Hiasan)
Usai sudah segala prosedur, aku disahkan selamat disunatkan. Nampak gayanya semua berada dalam keadaan yang diimpikan (kecuali apa yang berlaku kepada doktor). Bagi diri aku, aku tetap aku, tiada apa yang berubah melainkan yang satu itu. Berubah ke arah yang lebih diredhai.
Oh lupa pula nak beritahu, aku disunatkan pada hari yang sama dengan abang aku, aku tak tahu kalau abang aku ada cerita yang lebih menarik di bilik khatan tu, tapi masa dia keluar tu dia punya muka [.....]
Pengalaman Berkhatan
Pengalaman berkhatan aku takdelah menarik mana.
Bukan nak berbual, tapi aku boleh dikatakan tak gentar dalam episod berkhatan ni. Cukup tenang dan cukup berketrampilan. Kerana apa yang bakal aku ceritakan ini, mungkin doktor yang perlu gentar, bukan aku. Aku hanyalah lelaki inesen yang punya burung untuk diupdated.
Hari yang dinanti pun tiba, sedang temasya berlangsung, perkara yang aku cukup risau (selain kalau-kalau doktor adalah seorang wanita) tiba-tiba berlaku, rasa nak terkencing tu datang. Aku awal lagi dah bajet, ni kalau time nak khatan kalau biliknya sejuk, kemungkinan untuk terkucil sangat cerah walau aku dah kawal minum dari malam sudah. Aku memang jenis tak tahan sejuk bai.
Pada mulanya seperi bisikan, [.....]
Tidak sampai sebulan lepas, kami ke Perlis. Tujuannya tidak jelas, perjalanannya mengambil masa kira-kira 6 jam. Aku dan Perlis mempunyai jalinan sejarah selama 5 tahun, sebelum kami berdakap dan mengambil haluan masing-masing. Panjang ceritanya tapi itu cerita lain.
Ini adalah kali pertama menjejak Perlis setelah aku tinggalkan buat 5-6 tahun lepas.Selesai letak barang di tempat penginapan, kami tak banyak songeh terus menyinggah di sebuah restoren makanan barat yang diusahakan oleh kawan aku anak jati Perlis.
Hujan turun agak lebat membasahi, kami tiba di restoran dengan aku sedikit basah tapi tidak apa-apa. Kehadiran aku di sana sedikit menggamit memori lama. Dan sekarang di restoran itu, berjumpa pula kawan dari masa lama, seperti memori itu [.....]
Small daily improvements over time lead to stunning results. Why?
Because consistency is the mother of mastery. And incremental improvements are the father of exceptionalism.
Robin [.....]
KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! KAH ! KAH!KAH! [.....]
Prolog dari Petaling
Jumaat, 7 pagi. Turun dari transit aliran ringan, aku bergegas ke kiosk makanan yang berada berdekatan, tujuan aku sebulatnya mahu membeli 3 kuih keria dan 3 karipap. Aku tak pasti ejaan kuih keria yang sebenar. Masa nak beli tu pun aku sekadar tunjuk kat kuih tu dah cakap "3". Makcik tu cakap "3 keria ye". Aku angguk. Aku tak pasti makcik tu tahu ke tak mengeja keria. RM3 harga totalnya.
Sesampai di ofis aku terus aktifkan komputer riba dan segera menghantar satu surat elektronik kepada rakan sekerja. Surat atas talian tu berbahasa omputeh, "kindly allocate 100% to me first" antara isi kandungannya. Bukan main.
Di usia ini, tiada apa sangat yang boleh dibanggakan, cukup sekadar ada jiwa yang sejahtera, untuk terus bertahan dan berlawan. [.....]
Kalau menggulung kuih sagu,
Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
Itulah tanda kecewa di hati.
Aku mahu menulis tentang kecewa. Sebagai mukadimah, puisi di atas adalah satu contoh puisi yang berkisar tentang kecewa. Boleh saja aku nyanyikan lagu kecewa pada semua, tapi pasti kalian akan kecewa kerana tidak dapat mendengarnya di sini.
Kecewa, atau kata lainnya hampa, patah hati atau frust.
Banyak hal yang boleh mengundang kekecewaan, kalau aku tuliskan satu persatu di sini, hingga Donald Trump jadi presiden pun belum tentu tamat. Bahkan, Donald Trump menjadi presiden Amerika pun terpaksa ditambah pula ke dalam senarai, kerana hal itu turut akan menjadi satu lagi [.....]
Ya ampun.Senang cerita macam ni lah, pada yang tidak kisah integriti PHD / doktor sewenangnya diperkosa di khalayak( sama ada sebagai pemasaran atau tauliahan pada sesuatu bidang), jangan melatah nanti bila anda atau orang kesayangan anda sakit dan dimasukkan di hospital/ jalani operation, yang merawat adalah doktor yang sebenarnya bukan doktor pun tapi "sekurang-kurangnya dia nak bantu bumiputera". Ya ampun.
[.....]
Ya ampun.Senang cerita macam ni lah, pada yang tidak kisah integriti PHD / doktor sewenangnya diperkosa di khalayak, jangan melatah nanti bila anda atau orang kesayangan anda sakit dan dimasukkan di hospital/ jalani operation, yang merawat adalah doktor yang sebenarnya bukan doktor pun tapi "sekurang-kurangnya dia nak bantu bumiputera". Ya ampun.
[.....]
Ni cerita tentang seorang lelaki curang, berlaku ketika aku tengah beratur di kaunter kedai serbaneka Depan aku ada dua orang gadis tengah buat pembayaran sambil potpetpotpet. Pekerja kaunter tu tenang je tekan-tekan mesin dan ambil bayaran sambil dua orang gadis tadi potpet kemudian ambil barang dan blah sambil potpet.
Lepas dua gadis potpet blah maka giliran aku lah seterusnya, aku nampak pekerja kaunter tu pegang duit kat tangan dia sambil memandang sahaja dua gadis potpet blah. Dia letakkan duit tu kat tepi pastu dia amik barang aku untuk scan. Dalam beberapa saat lepas tu gadis potpet tadi datang balik kata lupa amik baki, terus pekerja kaunter tu bagi duit yang dia pegang tadi.
Soalnya, [.....]
Jawapan untuk post terdahulu, info diculik dari status mukabuku kawan.
There’s something you do every day to help move old earwax out of your ear canal.
Chewing / Mengunyah
Like some ovens, your ear canals are self-cleaning. Every time you chew or move your jaw, you’re helping move old earwax from your ear canal to your ear opening. The wax then dries and falls out.
[.....]
Tahukah anda, apakah cara atau aktiviti yang boleh mengeluarkan tahi telinga tanpa perlu mengorek?
Masukkan air ke dalam telinga?
Gunakan vacuum / penyedut hampagas?
Atau, dengar muzik dengan volume tinggi?
Aku tak tahu sebab tu aku tanya. [.....]
Aku tak faham kenapa merokok dikategorikan sebagai masalah sosial. Sedangkan ustaz-ustaz bukan seorang-dua yang merokok, takkanlah itu masalah sosial sebab masa ceramah kan ustaz sendiri yang bagitahu jangan terjebak dengan masalah sosial. [.....]
Perempuan bila tetiba nak makan sedap be like:
" Haa hari ni nak makan sedap-sedap sebab tension kat ofis"
" Haa hari ni nak makan sedap-sedap sebab minggu depan puasa"
" Haa hari ni nak makan sedap-sedap sebab minggu lepas puasa"
" Haa hari ni nak makan sedap-sedap sebab ada kedai baru"
" Haa hari ni nak makan sedap-sedap sebab gaji dah masuk tadi"
" Haa hari ni nak makan sedap-sedap sebab gaji baru masuk minggu lepas"
" Haa hari ni nak makan sedap-sedap sebab esok dah nak gaji"
" Haa hari ni nak makan sedap-sedap sebab esok birthday saya"
" Haa hari ni nak [.....]
It's fun most of the time
Tapi.
kalau asingkan diri dari segala mak nenek sosial media, stop react and respon to every news on media pun boleh bantu aligment kan emosi dan fikiran.
Ignorance is bliss, if you cant handle it, dont mind.
Be minimalist.
[.....]
Aku memang tak minat makan kek, atau lebih tepat lagi, selalunya aku tak suka kek harijadi, atau kalau nak tambah lagi bagi jelas, setakat ni memang jarang aku makan kek hari jadi yang aku suka.
Biasa kek yang aku suka adalah kek yang aku beli sendiri. Logiklah kan gitu. Sementara kek hari jadi biasanya dibeli untuk ritual sahaja, sekadar untuk mata.
Kebiasaannya juga, bila kek hari jadi dah dipotong dan diagihkan kepada orang, tentunya tak sporting kalau kita menolak, biasanya aku [.....]
Confessions of Lelaki Kacak
Meskipun aku tak suka caci maki, aku sebenarnya lebih alahan kepada girly talk.
Kalau keluar dengan sebilangan perempuan, yang nice-nice bila bercakap, berselang-seli dengan gelak girly yang entah apa yang kelakar, menanam tebu di bibir, terus aku rasa nak bawa diri ke Pergunungan Himalaya atau yang jauh lagi.
Tapi tu lah, biasanya, bila dah ter-join agak sukar untuk lepas, dah jadi macam kura-kura yang terlentang.
Bila orang sedar akan riak azab dan seksa kat muka aku, berilah alasan mengantuk ke, sakit perut ke, demam ke untuk jaga hati perempuan, kemudian aku sambung terlentang seperti kura-kura. [.....]
Sebenarnya semalam aku balik tepat jam 4, tidak seperti sediakala yang mana aku akan amik tempoh bertenang kadang setengah jam kadang sejam, adalah disebabkan kat pejabat aku ada auditor tengah buat kerja, aku dari pagi lagi rasa macam nak sawan, tambahan pula manager aku takde kat pejabat, amat merbahaya.
Orang jujur macam aku ni, auditor cukup suka. [.....]
Kejayaan hari ini adalah bila mana berjaya tutup pc di pejabat tepat 4pm (waktu kerja tamat). Ini jarang-jarang berlaku sejak dua menjak ini, maka perlu dinotakan.
Harap Maklum.
[.....]
Banyak dah lagu ditulis ketika hujan,
puisi juga,
hujan ni macam membuka hijab idea,
jodoh juga banyak bertemu ketika hujan, dan juga kematian ketika hujan,
sesungguhnya hujan ni banyak simboliknya dengan jiwa manusia,
lebih-lebih lagi hujan lebat mencurah,
bagaikan tiada henti,
kau lah lagu ku, kau irama terindah,
tak lagi ku dengari....eh tu lagu sedih.
Yang lebih sedih, betul ke Rasullulah pernah berada dalam kedukaan yang amat ketika hujan, bila ditanya sebabnya, beliau berkata kerana teringat begitulah kekdahnya manusia jatuh dari Siratul Mustaqim, seperti hujan yang turun. Patutlah [.....]
Seorang pahlawan mungkin tukar senjatanya, tapi bukan hatinya.
Itulah yang dikatakan oleh seorang jurukasut di sebuah pekan kecil di Bulgaria.
Ditambahnya lagi, pahlawan dengan pencinta ada bezanya, tapi tak banyak, mirip-mirip saja, seperti kasut di belah kiri dan belah kanan.
Maka, jadilah kita kedua-duanya, pahlawan dan pencinta, seorang yang gagah dan dalam masa yang sama punya rasa cinta yang tulen.
Bukan baca surat Lin Dan kepada Chong Wei pun nak teriak. Pui. [.....]
Soal menempuh kekalahan, kita dibentangkan dengan pilihan, sama ada hati ini perlu patah, atau, ia harus bertukar menjadi emas.
Mencari hati emas bukannya mudah, kata sifu. Mungkin selamanya takkan aku temui.
[.....]
Ngomong-ngomong saja
Kita ni duduk depan televisyen, komplen tentang komitmen atlet tak cukup kuat, sedang kita nak kluar jogging pun berat.
Kita ni lepak kedai mamak minum kopi, komplen ekonomi negara tak kena itu ini, sedang kewangan diri sendiri, pun tak terjaga tak tentu ke mana arah lagi.
Kita ni sesedap rasa share di media sosial tentang salah guna kuasa dan korupsi orang terkemuka, sambil kita senyap-senyap klik new tab untuk muat turun percuma lagu,filem, hasil seni.
Kita ni sebenarnya banyak ngomong.
[.....]
Am I living
or just existing
.
.
[.....]
Ketika melihat foto-foto lama, cuba menyelami kejadian seperti dalam foto, persoalan-persoalan muncul, di mana foto diambil, bilakah waktunya,pakaian yang dipakai, bagaimana rasanya. Tapi seringkali yang kita lupa, tak dapat diingat melalui foto adalah perkara yang paling dekat dan paling dalam, juga paling peribadi dengan kita, ia bukannya kasut yang kita pakai, sama sekali bukan fesyen pakaian atau gaya posing, ianya adalah fikiran dan perasaan.
2 perkara ini jangan nak harapkan sangat untuk orang lain ingatkan pada kita kerana sama ada mereka tidak tahu pun atau taknak [.....]
Biasa juga apabila aku mula menulis /mencatat atau menconteng sesuatu, aku sebenarnya tak tahu pun apa akan terjadi, ke mana perginya abjad demi abjad tu, bentuknya pun tak tergambar bujur, petak atau bulat, terus saja aku menulis dan membiar fikiran aku seperti layang-layang yang talinya di tangan aku tapi tidak angin dan ribut.
Idea dan inspirasi ni umpama angin yang datang atau sedia ada di sini sana, tinggal kita saja mencorakkan ke mana layang-layang mahu diterbangkan. Tarik pun usah gasak sangat, takut terputus kang [.....]
Tentunya tuhan sudah tetapkan manusia dengan jodoh masanya sendiri, yang akan mengikutnya seperti kiraan nadi satu persatu. Tak perlu berkejaran kerana semakin dikejar semakin pula ketinggalan lalu kerugian. Kita boleh mengubah nasib, tapi takkan mungkin boleh mendahului nasib. Dup-dup-dap. [.....]
Guru Terbaik
Dalam doa kita, klisenya kita memohon agar mendapat segala kebaikan dan dipermudahkan perjalanan hidup. Lalu tanpa kita sedari tuhan telah hantarkan guru-guru terbaik sebagai panduan dan rujukan supaya dapat kita memenuhi niat di-idam. Cuma guru yang dimaksudkan tidak selalunya menjelma dengan salam, hingga acapkali pula kita tak perasan kehadirannya sampai dipersia.
When the student is ready the teacher will appear, tanpa mengira bentuk dan sifat.
[.....]
Hak
teluk adalah hak ombak,
ombak adalah hak pantai,
pantai adalah hak pesisir,
Pesisir merupakan daerah pertemuan antara darat dan laut;
Mengalami dan memahami hak-hak alam pasang surut, angin laut, dan perembesan air asin;
sedang di daratnya aku merindui,
rindu yang tentunya, adalah hak hati.
[.....]
Cinta adalah sesuatu yang universal, di celah dunia mana pun ada cinta.
Cinta adalah sesuatu yang universal, di celah dunia mana pun ada cinta. Terkadang buta hidupmu. Terkadang semangat gelora . .universal tanpa perlu perbicaraan. Cinta tak berbalas pun universal jugaklah tapinya.
Tapi tak mengapalah kan, cinta tuhan kepada kita pun selalu saja kita tak acuh, kalau cinta kita sesama manusiawi biarlah diuji semahunya, biar parut biar jatuh terduduk. Cinta tanpa ujian, hanyalah romantisme yang berbuih-buih lalu karam dalam keramaiannya, sirna.
Cinta sepatutnya membebaskan manusia dari jiwanya yang dalam, melepaskan, bukan memerangkap jiwanya dalam sekecil ruang. Sekilas pesona mata menampakkan ke mana arah cintanya terbang, kosong atau sedang garang.
Itulah, orang kata pejuang dengan [.....]
Seronok jugak menyanyi dalam hati ni, boleh buat suara macam-macam, kadang macam Faizal Tahir..kadang macam Jamal , kalau nyanyi lagu mat saleh tu bunyinya memang dah macam anak jati kampung Winsford, UK. Dalam hati lah tapinya. [.....]
Pasca Raya 2016
Orang zaman dulu kalau mengalami tempoh 'jiwa kacau', seminggu dua minggu tak nampak batang hidung beliau, kekadang sampai sebulan. Ada pulak taknak keluar rumah taknak bercakap dengan manusia, lagi teruk bercakap pulak dengan tenuk.
Berbeza dengan zaman sekarang, orang yang sedang jiwa kacau lebih banyak berinteraksi (meracau) dan mudah dilihat orang (post selfie sehari 5 kali). Walaupun pendekatannya berbeza, namun kedua-duanya bertujuan yang sama yakni mencari penawar kepada jiwa.
Dan siapalah saya untuk menghakimi apa yang terbaik untuk semua, ada orang mungkin bersenam adalah penawar yang terbaik, ada jugak yang makan macam tiada esok, atau ada juga yang menjadikan aktiviti menangkap pokemon sebagai penawar jiwa lara, terpulanglah kepada kebijaksanaan masing-masing, cuma saya [.....]
Anyone who stops learning is old, whether at twenty or eighty. Anyone who keeps learning stays young. The greatest thing in life is to keep your mind young.- Henry Ford
Di sebuah hotel yang dirahsiakan namanya, seorang pengurus bola sepak terkenal diwawancara oleh beberapa orang wartawan dari seantero dunia, salah seorangnya bertanyakan tentang seorang pemain bola sepak berusia 34 tahun yang baru dibeli oleh pengurus tersebut. Pada tahap umur sebegitu, mampukah seorang pemain bola sepak memberi impak kepada pasukan?(biasanya pemain bola sepak dah tak berapa nak bergetah sangat bila dah masuk 30 ke atas)
“Yes, because first of all I know him very well. I always think there’s our age in ID terms, [.....]
Dosa yang menyebabkan kita menangis adalah lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takabbur [.....]
Kadangkala,
separa sedar,
ketika kita menyoroti foto-foto sendiri,
terdetik,
merasakan kita ini,
photogenik.
Namun,
fakta menerobos kebenaran,
kalau petik 50,
1-2 sahaja,
yang menjadi,
bukankah itu malang namanya.
Penjudi tegar pun belum tentu berani meletak wang pada kebarangkalian senipis itu.
[.....]