Wednesday, December 30, 2015

Sesuatu yang peribadi

Sesuatu yang peribadi (lah sangat). 
Bersenam dan Nasi lemak
Secara peribadinya,aku seorang yang suka bersenam. Bersenam tidak kira apa bentuk atau cara, yang berbaring, yang berpusing, yang duduk, yang senget-senget, yang basah ketiak, atau yang sambil-sambil tengok televisyen semua aku suka. Bersenam boleh dikatakan salah satu sumber kegembiraan buat aku. Tatkala kecewa dan kehampaan,atau tertekan menunggu orang, bersenam boleh mengecas elemen positif dalam badan aku.
Selain bersenam,dalam masa yang sama aku gemar pula makan nasi lemak setiap hari di waktu pagi. Sarapan nasi lemak akan [.....]

Saturday, December 26, 2015

5 hari lagi

Yelah yelah aku mengaku lah azam tahun 2015 aku untuk pandai berenang macam tak sempat dah untuk direalisasikan, tinggal 5 hari je lagi sebelum aku renew lagi setahun. Tapi okeylah dah boleh terapung sikit macam kuda laut. 2016 kena banyak makan ikan lah agaknya baru semangat ikan tu merasuk ke seluruh badan.

[.....]

Friday, December 25, 2015

Nota Belum Siap (Draf)

Kalau kau biasa datang sini, mesti akan perasan yang bulan Desember adalah bulan yang tidak produktif aku sebagai blogger atau penulis nota. Bukan sahaja jumlah entri diupdate pada bulan ini adalah paling kurang bagi tahun 2015, malahan paling kurang membaca blog-blog lain dan memberi komen. Aku tak rajin nak bentangkan angka-angka bagi menyokong dakwaan aku tu, bukan ada yang peduli lagipun, cuma nak beritahu kat sini yang penurunan mendadak itu adalah berpunca dari kesibukan bekerja makan gaji. Okey, itu sangat klise. Delete.
Sebenarnya,aku ada menulis tentang beberapa perkara lain, tapi tak semua lepas untuk publish kat sini. Kebiaasaanya selepas aku tulis, hasilnya akan dihantar kepada editor untuk nilai boleh ke tak boleh nak publish, kemudian tunjukkan pula [.....]

Thursday, December 24, 2015

Kedai makan yang baik

Kedai Makan Yang Baik
Kedai makan yang baik adalah kedai makan yang bila kita mintak cili potong, dia akan pergi ke dapur dan kembali dengan membawa cili potong, lagi terbaik yang ada pelbagai jenis cili dan perasa kicap.
Bukan yang bila kita mintak cili potong, dia akan pergi naik bas balik ke kampung halaman, pergi ke kebun cili yang mungkin diusahakan oleh saudara mara, kemudian pakai kasut but pergi mencari cili, petik cili kemudian dalam perjalanan pulang terjumpa dengan kawan lama bersembang pulak kenangan ketika membesar bersama dan sempat berdiskusi tentang Adira yang kahwin tak bagitahu, selepas itu naik bas kembali ke kedai makan tadi, bila dah sampai di kedai makan lihat di telefon pintar ada [.....]

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home