Minggu lepas time petang-petang aku rasa sangat haus, aku check peti ais kat pantri air batu tinggal beberapa ketul je, susu beku banyaklah, itupun mummy-mummy kat ofis punya.
Tekak aku dah mintak minuman sejuk, aku pun hilangkan diri sekejap dari padangan mata kasar rakan sekerja untuk ke kedai bawah ofis. Pandang kiri-kanan dan terus lesap.
Aku bukak fridge kedai, tengok air pun tak banyak pilihan. Aku nak cepat terus amik air botol Coca-Cola saiz kecik tu, dah bertahun jugak aku tak beli coca-cola, bukan kegemaran aku [.....]
Semakin malang hidup yang kita jalani, semakin perlu kita untuk mudah tertawa, mentertawakan hidup ini misalnya.
Minggu lepas aku bergemelan meraikan pertabalan raja dan permaisuri sehari. Set tempatnya cukup indah bagi aku, dengan iringan muzik dan hiasan yang kena pada mata aku dan aku fikir kosnya tentu buat orang yang tidak cerdik matematik seperti aku pitam. Oh lupa pula, makanannya juga enak, secara tidak disengajakan pula kami bertiga dapat duduk di meja makan yang betul-betul di hadapan raja dan permaisuri sehari tadi.
Pagi itu, kami telah [.....]
Tell Me Your Dreams (Sidney Sheldon) - Kisah 3 personaliti dalam satu tubuh
Ashley, Toni dan Alette, tiga karekter berbeza dan mempunyai kecenderungan berbeza, seterusnya mempunyai impian berbeza. Ashley seorang yang tidak pandai bersosial dan bekerja di syarikat IT, Toni lebih terbuka dan berbakat dalam bidang nyanyian, Alette pula lebih artistik di mana dia seorang yang genius dalam melukis. 3 watak utama ini dikupas sedikit demi sedikit, perlahan lahan sehinggalah menemui jiwanya.
Digemparkan dengan kes pembunuhan bersiri ke atas beberapa orang lelaki mengakibatkan Ashley menjadi [.....]
Southpaw - Bangun Hidup Semula
1. Luarannya Southpaw merupakan sebuah filem sukan tinju yang biasa, biasa di sini maksudnya sama macam filem-filem boxing terdahulu di mana wujud watak ejen yang tamak, jurulatih yang berfalsafah dan hero yang menang.Tapi filem biasa ni melintasi garis norma dengan memaparkan plot dan dialog yang mengena, serta lakonan yang menyentuh.
2. Letak tepi dulu soal tinju, Southpaw berkisar tentang seorang lelaki yang kehilangan segalanya setelah memiliki segalanya. Pedih kan? Lelaki tersebut dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal dengan jitu dan padu. Diberitakan [.....]
Masa aku kat ofis, tiba-tiba kakak meja sebelah jadi sibuk luarkebiasaan. Aku pun tanyalah apa yang sibuk sangat, menteri dalam dan luar negeri pun tak sibuk begini. Kakak meja sebelah terangkan kat aku yang unit kami di India pada hari tersebut cuti umum, menyebabkan kita di Malaysia kena back-up kerja dorang. Sebagai seorang kanak-kanak yang sifat ingin tahunya sedang membangun, aku pun tanya sebab apa India cuti umum.
"You dont know haa? Kan ada kematian Abdul Kalam, hari ni funeral" jawab kakak meja sebelah.
"Abdul [.....]
Lepas balik semayang jumaat ofismet aku beli air mango di area ofis, air mango tu seminggu sebelum tu aku dah rasa memang baek. Kebetulan dan selalunya lepas semayang jumaat matahari memang tengah sedap membancuh peluh kita sampai merecik, itulah sebab kena ganti air dalam tubuh.
Bila air mango tadi dah habis, ofismet aku pergi pantri dia buat air kopi pulak bubuh dalam bekas air tadi. Dia bubuh ais, pastu letak atas meja kerja dia claim air Starbuck. Kat semua orang dia kata air Starbuck, aku layankan je [.....]
Pengalaman Di Universiti : Paranormal Main Tingkap
Banyak jugak sebenarnya kisah pahit manis belajar di universiti. The moment and the feel, antara yang paling berharga dan melekat sampai sekarang. Seminggu orientasi pun dah macam-macam cerita, nak berkenalan lah, rindu kampung bagai dan tak kurang popular jugak cerita angker.
Masa aku belajar dulu di asrama, aku berkawan dengan seorang pelajar yang cacat penglihatan. Disebabkan bilik aku dekat je dengan bilik dia, jadi memang menunggu masa je untuk kami bersahabat.
Sebagai seorang pelajar yang tidak menggunakan penglihatan, dia banyak bergantung pada kepekaan telinga, [.....]
Turun Berat Badan 20KG
NAK TAHU CARANYA?
Aku ada kenal dengan sorang rakan sepejabat wanita ni, masa aku kenal tu badannya nak kata kurus memanglah tidak, nak kata gemuk pun tidak, bolehla. Namun, orang-orang yang mengenali dia sebelum aku mengenali dia, beritahu yang dia si rakan sepejabat wanita ni dulu badannya jauh lebih besar, Cuma baru-baru ni je dah surut. Baru-baru ni yang dimaksudkan dalam masa 2 bulan sahaja. Kalau menurut yang dibualkan, banyak juga surutnya kira-kira 20KG. Pergh.
20 KG ni bagi aku pun [.....]
Review Terminator Genisys – John Connor muncul dengan misi yang berbeza
Review Terminator Genisys – John Connor muncul dengan misi yang berbeza
Filem Terminator Genisys ni dah lama aku tengok, tapi sekarang baru nak tinggal nota di sini sebab kesibukan hari raya kononnya.
“Terminator 5 Genesis atau Genisys ini menceritakan sebuah trilogy baru. Film ini memiliki setting tahun 2029 yang mana pada masa tersebut diceritakan terjadi perang antara robot dan manusia yang dipimpin oleh John Connor (Jason Clarke) melawan sistem kecerdasan yang dibuat oleh perusahaan teknologi Skynet. Connor memiliki misi untuk mengirim Reese kembali [.....]
Kat ofis ni bos aku taknak dipanggil bos, hari tu aku panggil dia bos dia balas balik "yee boss".
Aku pun tak tahu apesal dia taknak dipanggil bos, awal-awal aku respek jugaklah, tapi pagi ni baru aku sedar, bila kami lalu depan security Myanmar semua pakat panggil security sebagai bos.
Mungkin 'Boss' dah tak exclusive.
[.....]
Makanan Kegemaran - Nasi Ayam Penyet di Penyet Express
Makanan Kegemaran - Ayam Penyet
Salah satu makanan kegemaran aku yang paling atas adalah nasi ayam penyet. Kat Malaysia ni banyak franchise atau warung yang menyediakan menu nasi ayam penyet. Paling aku suka adalah Dapoer Bandoeng,tapi restoran tu dah tutup, sejak penutupan restoran Dapoer Bandoeng aku mula mencari-cari restoran yang dapat menggantikan rasa kepuasan menikmati nasi ayam penyek, salah satunya adalah Penyet Express.
Penyet Express
1. Penyet Express ni ada banyak cawangan, aku pernah pergi yang dekat Sunway Pyramid dan yang paling kerap [.....]
Kawan aku tanya aku soalan matematik. Dia kata kalau kau boleh jawab soalan ni, kau memang genius matematik!!
Aku jawab, aku memang bukan genius matematik, jadi aku tak payah nak jawab. [.....]
Bumi Cinta
1. Ayyas seorang graduan lulusan agama, pergi ke negara yang menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi. Kalau boleh memang dia tak mahu pergi, sebab takut imannya tak dapat bertahan, namun diturutkan juga demi nak menyiapkan kajiannya.
2. Bila sampai ke Rusia memang sangkaannya tepat, gadis Rusia molek-molek yang amat. Macam Maria Sharapova lah kut.
3. Atas sebab tertentu, buat sementara waktu si Ayyas ni kena tinggal serumah dengan 2 orang gadis Rusia. Cuma bilik je asing. Housemate pulak jenis pakai [.....]
Restoran Satay-satay Pertama kali mendengar nama restoran ni 3-4 tahun lepas, aku membayangkan kepakaran atau makanan yang paling laris di restoren ni adalah satay.
Tapi sebenarnya Tidak. Dah lebih 5 kali makan kat sini, aku tak pernah pun nampak orang order satay. Aku syak dia namakan restoran ni satay atas alasan sama macam kes Cendol Bakar tempoh hari.
Ataupun sebab nak menampakkan kemalaysiaan. Boleh jadi jugak tu, sebab menu-menu yang terdapat di sini adalah terdiri dari makanan-makanan popular di Malaysia. Sebagai contoh Cendol, Nasi Lemak, Laksa, [.....]