Bangsa Beradab Bangsa Beratur Sebenarnya kat Malaysia ni kita mempunyai ramai hero masyarakat dalam pelbagai bidang. Dari sekecil-kecil hal hingga sebesar-besar hal.
Tapi hero-hero ni sering kita abaikan, sebaliknya kita viralkan benda-benda yang merosakkan masyarakat.
Antara hero yang aku pernah kongsikan kat blog ni adalah hero bagi laluan pekerja kat kaunter berbuka puasa. Klik sini untuk baca.
Kali ni aku ada satu lagi kisah hero masyarakat yang ada baiknya jugak kalau di kongsi dan dijadikan teladan.
Beratur Hero kali ni mengajar kita tentang beratur. Beratur [.....]
Kepada yang nak sangat tukar PM, ni ada berita baik.
Malam ni PM pulak akan bertukar. Kena tunggu lepas pukul 23:59pm, kemudian PM bertukar jadi AM.
Hmm..Itu je lah mampu. [.....]
Kita hanya merancang tuhan yang menentukan
Sebenarnya aku sedikit tidak suka
pada frasa 'kita hanya -merancang tuhan yang menentukan'
kerana kawan-kawan dia..
-usaha
-istiqamah
-redha
-revise
mereka hidup menganggur tiada pekerjaan.
Kadang aku pun -putus asa,
dengan kudrat yang ada,
putus asa selalu jadi sangat favourable,
tapi -menentukan, -menghukum.
tiada jawatan kosong.
kerana tuhan masih ada,
harap maklum. [.....]
Rumah Terbuka Selepas pulang beraya , tentu bajet untuk meneruskan hidup dah koyak kan?
Jangan risau, rumah terbuka kan tengah musim sekarang!
Kalau bulan puasa ramai ajak berbuka, sekarang ramai yang ajak rumah terbuka.
Sebagai bukan pakar ekonomi, CGPA pun rendah paras pinggang, aku ada beberapa cadangan yang mungkin sesuai untuk korang untuk mendapat peluang makan percuma di rumah terbuka.
1. Kucing Hilang
Cari rumah yang korang suspek ada buat rumah terbuka di kejiranan anda, antara tandanya seperti banyak kereta parking depan rumah, [.....]
Selamat Datang Old Town White Coffee
Selamat Datang Old Town White Coffee
Aku tengah lepak kat Old Town White Coffee area Cheras, dekat-dekat Taman Tasik Permaisuri, berhampiran Viva Mall, kat depan aku Gerrad tengah makan nasi lemak.
Sampai je kat situ aku terus tanya apa password wifi.
Staff aku suspek bukan warganegara cakap dengan slang bukan warganegara "Selamat Datang".
" Sini wifi okey. Boleh guna?" aku tanya lagi. Sebelum aku order aku kena pastikan wifi itu wujud dan berfungsi, banyak kali aku pergi kedai makan sebab kedai makan tu [.....]
Cendol /ˈtʃɛndɒl/ is a traditional dessert originating from Southeast Asia which is popular in Indonesia, Malaysia, Singapore, Brunei,Cambodia, Vietnam, Thai and and Burma.- Wikipedia
Cendol
Jengka, Raya Kedua, 2015. Masa duduk beraya di rumah sanak-saudara, pakcik dan makcik buka cerita tentang kemeriahan cendol yang mereka pernah terserempak. Sorang makcik kata dia cukup terliur dengan cendol di satu tempat ni. Lain-lain pun memetik cendol di tempat lain yang unik dan pelbagai.
Sorang makcik kata dia pernah jumpa cendol kerepek. Aku tak pernah plak jumpa cendol kerepek. Yang aku pernah rasa cendol kebiasaan je.
Sorang pakcik pulak dia cerita pernah [.....]
Cameron Highlands, raya pertama. Tahun ni nampaknya aku beraya di kawasan tanah tinggi. Bukan main lagi. Walaupun tak merujuk kepada surat akujanji suami-isteri, tapi aku beraya di Cameron Highlands ni untuk melawat famili belah perempuan kegemaran aku, bertepatan lah dengan roh aidilfitri, ziarah-menziarahi dan merapatkan sillaturahim.
Tanah tinggi ke tanah rendah takde bezanya selain darjah celcius, mungkin kalau boleh dikira, 17 July boleh pecahkan rekod Malaysia hari paling banyak foto diambil. Padahal, Amerika cakap Neil Armstrong naik ke bulan dia tangkap 3-4 foto je. Perempuan masuk toilet shopping mall saja dah 30-40 keping selfie.
Hal ambil foto pun bukan hal main-main, tambahan pula bila orang dah pakai berseri-seri, expectation dah setinggi Cameron Highland, jadi kalau gambar [.....]
Bila nak kahwin?
Bila nak berlaku perkara yang berisiko tinggi..orang akan cakap "Fuhh..nasib baik, aku belum kahwin lagi".
Sebagai contoh ofismate aku pernah bawak kawan dia turun dari Cameron Highland dengan kelajuan pelesit, kawan dia dengan kelajuan pelesit juga berkata " Janganlah laju-laju, aku taknak mati lagi, belum kahwin lagi ni".
Aku cukup ek eleh bila dengar orang cakap camtu, sebab dari konteks tersebut, umpama orang dah kahwin takpe kalau mati.
Study case. Bila seorang perompak letak pisau kat leher sorang lelaki/perempuan bujang, [.....]
Depan Pudu Sentral
hi stranger,
dalam kosa kata melayu, hai orang asing!
buku apa kegemaran kau?atau kau tidak membaca?
filem apa yang kau suka?
makan?minum?
haa..aku tahu, kau mesti penyokong pasukan Liverpool bukan?
Aku tahu kerana penyokong Liverpool budinya baik-baik begini.
ah kenapa sudah tawar rasa ini,
tidak lagi semanis dulu nikmat mengenal saudara-saudari,
sabar dan debar,
berfantasi engkau bagaimana, itu ini,
mencabar,
seronoknya berkhabaran dan bersalaman,
berani meniti atas perkenalan misterius,
mat salleh kata ada kupu-kupu di perut,
ada masanya amik masa bertahun [.....]
3 Foto Yang Wajib Ada Di Telefon Bimbit Anda
3 Foto Yang Wajib Ada Di Telefon Bimbit Anda Bila Pulang Beraya
Hai. Di kesempatan ini aku nak kongsikan 3 Foto yang wajib ada dalam telefon bimbit pintar anda semua sebelum pulang ke kampung berhari-raya. Foto-foto ni sebenarnya lebih penting daripada foto dan video panas Low Yatt.
Foto yang aku nak tunjukkan ni hanya relevan sekiranya destinasi raya anda tu lebih dari 1 marhala lah sekurang-kurangnya, kalau setakat beraya 2-3 ela, lupakan je lah..malas aku nak layan.
* Talian Kecemasan Lebuhraya-lebuhraya utama di Malaysia
[.....]
Ucapan Selamat Hari Raya dalam pelbagai Bahasa
Prinadlezhashchikh Mubarakj ! Prinadlezhashchikh Mubarakj ! Prinadlezhashchikh Mubarakj !
Mesti korang ingat aku mencarut di bulan puasa ni kan. Sebenarnya tak, sebenarnya tu adalah ucapan selamat hari raya dalam bahasa Rusia. Kalau korang ada kawan kat Rusia boleh lah cakap gaya gitu, atau kalau kawan-kawan ucap selamat hari raya kat korang, korang boleh balas dengan bahasa-bahasa lain.
Barulah Internasional.
Di bawah adalah senarai Ucapan Selamat Hari Raya dalam pelbagai Bahasa
Indonesia : Selamat Lebaran, Selamat Idul Fitri Banjar : Salamat Bahari raya [.....]
Pantai Cenang, Langkawi.
di persisiran pantai cenang,
ku pandang ke langit,
luasnya mengilhami,
terasa kecil seperti sebutir pasir,
sering dipijak, dibolak-balik,
oleh mereka yang berlari,
bermain mundar-mandir,
kerana diri ini kecil,
masih pandang ke langit,
mencari erti.
-FR 25 Oktober 2014
[.....]
Mencari Baju Melayu
Masa bulan puasa beberapa tahun dahulu, aku pergi berjalan-jalan mencari baju melayu di pusat beli-belah. Masa tu aku cerewet jugak nak cari baju melayu, taknak yang bagai-bagai sangat dan taknak yang biasa sangat, nak mencari baju melayu yang mencapai titik equilibrium tu bukan perkara mudah rupanya.
Bila dari floor ke floor tak jumpa baju melayu, aku terjumpa pulak pusat karaoke. Memang takde kena-mengena baju melayu dengan pusat karaoke, tapi memang macam tu lah permainan takdir.
Aku baca betul-betul pakej yang ditawarkan. Macam [.....]
Salam 25 Ramadhan. Hari ini kami umumkan pemenang #duitraya Giveaway EFG Mega Raya 2015 yang Exchange Feed Group (EFG) lancarkan pada 10 Jun sehingga 9 Julai.
Pemenang SEO Giveaway EFG Mega Raya 2015 1. http://tengkubutang.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html (RM300)
2. http://www.blogparihh.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html (RM200)
3. http://suriaamanda.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100_25.html (RM100)
[.....]
Tentang Hormat dan Timbang-rasa
note: Terima-kasih kepada Encik Raven Murugesan kerana memberi nyawa kepada rasa hormat dan timbang rasa. Malaysia ini kecil aja, kalau kita gaduh siapa nak jaga ye tak.
Hormat menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua- 1 perbuatan yg menunjukkan rasa khidmat atau takzim kpd seseorang 2 menaruh atau memberi penghargaan terhadap seseorang 3 sopan; santun; takzim:
Timbang Rasa menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:
perasaan kasih (belas kasihan, setuju, berkenan, dll), simpati: bantuan yg menandakan ~ terhadap orang-orang yg menderita; [.....]
Pengalaman Ponteng Puasa
Sebenarnya aku ada satu cerita tentang pengalaman ponteng puasa yang aku belum pernah ceritakan kepada sesiapa secara lisan atau bertulis. Cerita ni dah macam rahsia antara aku dengan ayah aku. Macam kisah teladan pun iye.
Ni antara sebab aku tak suka sangat dedahkan identiti diri aku kat blog dan tak suka dedah blog kepada orang yang kenal aku secara dekat terutamanya famili,sebab akunak tulis benda jujur macam ni lah. Tapi bila usia dah meningkat, cerita begilah yang akan dikenang dan ketawa [.....]
Prank Paling Dasyat - Terhempas Kapal Terbang
Prank Paling Dasyat Sejak aku kecik memang selalu tonton program TV yang mengenakan orang, kalau kat Malaysia ada Kamera Apo? dan kemudian Bang Bang Boom. Tak cukup dengan televisyen, kat radio pun ada panggilan hangit. Begitu banyak rancangan yang sewaktu dengannya, cuma nama dan channel saja yang berbeza-beza.
Seronok kan kenakan orang? Lepas tu kita tengok kekek-kekek kan orang yang terkena. Kiranya ni salah satu cabang hiburan dan gurauan lah kut, asalkan tak keterlaluan aku sempoi je.
TAPI
Hari ni aku baca satu tajuk "Paris [.....]
TIPS Mengambil Hati Bakal Mak Mertua Di Hari Raya
[.....]
Awek KL
1. Buku Aweks KL ni sebenarnya dah keluar sejak 2008 lagi. Pasarannya tak meluas pun, setahun jugak aku mencari. Alhamdulilah kesempatan ke UYA (Urban Youth Association) dulu dapat jugak aku memiliki Aweks KL. Jadi, kalau korang dah beli buku ni, raya nanti kalau makcik-makcik tanya dah ada awek ke belum.. korang berpeluang untuk jawab.."Ada dah..Awek KL,ada kat dalam bilik tu”
2. Muka depan Aweks KL agak menarik. Ada tulis ‘himpunan cerita pari-pari untuk bidadari kota’ yang selanjutnya mengambarkan buku ini mengandungi hal-hal dan [.....]
Bila ditanya apa difinisi kecomelan, setiap orang akan bagi jawapan yang pelbagai dari sudut berbeza-beza mengikut citarasa dan perspektif tertentu. Sebelum ni aku pun pernah ditanya, jawapan kebiasaanya akan terus menjurus kepada ciri-ciri fizikal, kemudian kepada ciri-ciri kelakuan, contohnya: gigi,lesung pipit, konfiden tapi pemalu atau entahlah...comel ni susah nak di terjemah atau di google-translate-kan kepada mana-mana bahasa manusia.
Namun, baru-baru ni aku macam dapat pencerahan bila nampak seorang perempuan tengah sibuk mengemas. Bila aku fikir-fikir balik, aku rasa aku ni ada soft spot dalam hati [.....]