Tuesday, June 30, 2015

Spek Mata Patah

Lebih kurang beginilah kejadiannya, tapi gambar ni aku pinjam google. Sebenarnya aku nak beritahu sesuatu,iaitu tentang spek mata aku yang telah patah, kalau korang tak mahu tahu korang boleh berhenti baca sekarang aku tak paksa. Aku peduli mende.








Ok nampaknya kau masih teruskan pembacaan. 

 Maknanya kau nak tahu lah ye?? 
Spek mata aku dah patah di bahagian penghubung di antara bingkai dan tangkainya. 
Aku mintak wanita kegemaran belikan gam UHU, bila dicuba sambungkan guna gam [.....]

Monday, June 29, 2015

Review Tomorrowland (2015) - Harapan,Khayalan dan Syarahan

Tomorrowland (2015) - Harapan,Khayalan dan Syarahan


1.Dengan berlatarkan masa zaman dahulu dan zaman akan datang, Tomorrowland adalah sebuah filem yang aneh. Berbekalkan perbendaharaan kata aku yang terhad,sukar jugak untuk aku gambarkan keanehannya. Kalau aku cerita nanti yang belum tengok tentu akan garu kepala. 

2.Apabila filem mula dimainkan, keluar logo Disney, dalam fikiran aku bila ternampak logo Disney, terus aku berbisik dalam hati 'laaa Disney ke, wajib khayalan lah ni'. Memang betul, bila tengok filem ni, kena bawa minda berimaginasi ke dunia khayalan.

3 .Punyai idea besar,sambil cubaan untuk kelihatan fun, [.....]

Saturday, June 27, 2015

#Cabaran20Hari Apa Erti Puasa Bagi Anda?



Erti puasa bagi aku adalah bila mana mesyuarat diadakan kat ofis, karipap dengan air kopi O yang biasa jadi peneman mata yang mengantuk dah takde. Haaa..ni kalau jawab dalam exam memang ustazah gigit telinga aku.

Pengertian puasa  Pengertian puasa bagi aku sebenarnya dan sepatutnya sama jugak seperti mana yang disebut syarak "Menahan diri dari makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari". Pengertian haruslah menepati syarak ye tak, supaya niat aku tak jadi keliru.
Apa yang aku suka [.....]

Friday, June 26, 2015

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan kita. Kali ini, #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda blogger TEGAR?
#Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword #Cabaran20Hari di dalam setiap entri.
Cabaran akan bermula pada hari esok, 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. 
Wahh!! Dah mula? 
Ya! 
Jom sahut cabaran ini!
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015  Hari 1 - 6
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 7 [.....]

Friday, June 26, 2015

Dalam Mencari Keseimbangan Hidup



Satu perkara yang menyeronokkan tentang hidup ni adalah kepelbagaiannya lah, kalau tak pelbagai..kalau semua perkara sepesen je..hidup 2-3 tahun je dah rasa bosan nak arwah kut.  
Dalam kepelbagaian tu ada pulak keseimbangannya, barulah seronok tu tak melangit dan bila jatuh tak ke kuburan terus. Seimbang dan sedarhana.
Misalnya,banyak duit berkepuk saja tak cukup, kena jugak ada sedekah sedekahnya. Kerja komited saja pun tak guna, sesekali ada juga lepak lepaknya. Cukup makan saja pun tak cukup, perlu cukup berak juga.
Nak dapatkan keseimbangan [.....]

Wednesday, June 24, 2015

Apa rahsia perempuan seksi tahan sejuk?

Aku pakai kemeja, pakai jaket, masih lagi sejuk nak beku. Kalau tak pakai jaket atau sweater rasa seperti naik motor tak pakai topi keleder, tak selamat! Kadang tak boleh tahan sejuk tu sampai rasa lemah badan dibuatnya.

Untuk elakkan efek yang bukan-bukan kat badan yang nak pakai lama ni, aku pun kena buat warm-up sana sini, goyang-goyang gerudi sikit bagi peluh jantan keluar setitik dua. Itu belum kira rasa nak terkucil,argghh...aku dengan aircond memang macam air dengan minyak.
Tapi yang hairannya, perempuan kat sini boleh pakai [.....]

Wednesday, June 24, 2015

Sempurnakan Kejelitaan Anda Dengan Madeena Skincare by Helenz Signature

Anda ingin kelihatan lebih anggun bergaya di Aidil Fitri ini? Malu dengan masalah jerawat anda? Anda mempunyai kulit muka kusam?

Jika anda ada masalah itu jangan pergi dari sini. 

Jawapan ada di sini!!

Lihat apa yang terjadi pada kulit muka mereka ini. Semakin bersinar dan berseri.
Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature Madeena Skincare by Helenz Signature Logo Helenz Signature
Memperkenalkan Madeena Skincare by Helenz Signature. Produk yang disahkan Halal, mendapat jaminan KKM dan juga diformulasikan dengan teknologi terkini dengan menggunakan [.....]

Tuesday, June 23, 2015

7 Ragam Manusia Di Whatsapp



Nak tak nak , ada perkara aku kena jugak ikut apa yang orang ramai buat. Dulu masa henfon Korea aku nazak, aku biarkan saja tak berganti sebab berat rasanya nak melabur duit. Bila tanpa smartphone ni maknanya tak connect dengan aplikasi yang penting pada hari ini seperti Whatsapp. Pada mulanya aku okey tanpa whatsapp, takde yang berubah secara mendadak, bernafas pun guna oksigen takde plak tukar guna karbon dioksida macam tumbuh-tumbuhan. Cuma setelah sekian lama, baru aku perasan yang ada beberapa benda yang aku terlepas bila [.....]

Sunday, June 21, 2015

Kenapa perlu ada Kad Perniagaan?

KAD BISNES MURAH | BELI 10 PERCUMA 10 | Wooowwwww ! PROMOSI TERLAJAK MURAH SEMPENA RAYA YANG BAKAL TIBA NI. Dengan hanya membeli 10 kotak bisnes kad anda akan menerima 10 kotak lagi!!  Siapa yang taknak lepaskan peluang keemasan ni ! Kenapa perlu ada Kad Perniagaan?  Salah satu medan promosikan produk jualan anda. Satu alternatif untuk tingkatkan ‘branding’ barangan anda. Menambah kenalan dan network lebih luas. Kepentingan kepada Blogger, bisnes kad atau blogger kad ini sangat penting. Lagi-lagi blogger #retis dan #otai amat memerlukan Bisnes kad bagi meningkatkan lagi branding [.....]

Friday, June 19, 2015

Makanan Yang Menghilangkan Stress

Bawa bertenang semua, ni aku ada buat sedikit kajian tentang makanan yang mampu mengurangkan stress dan beri ketenangan jiwa.
Iaitu Aiskrim. Aiskrim Beri Keharmoniaan Perasaan Aiskrim sememangnya makanan yang paling jujur, jika fikiran terasa panas berfikir tentang masalah kereta atau kekalahan 6-0 Malaysia kepada Palestin, kesejukan aiskrim mampu mendinginkannya. Jika sedang berkelahi dengan kekasih atau berhadapan dengan kesesakan jalan raya, aiskrim bisa menyamankannya seakan-akan sedang bercuti di kawasan peranginan atas bukit. 
Zat yang terkandung dalam aiskrim boleh menenangkan saraf. Lagi satu, pernah ke orang menangis bila [.....]

Thursday, June 18, 2015

DIA..ISTERI LUAR BIASA

DIA..ISTERI LUAR BIASA 
Setelah Rasulullah SAW wafat, Aisyah senantiasa dihadapkan pada cubaan yang sangat berat, namun dia menghadapinya dengan hati yang sabar, penuh kerelaan terhadap takdir Allah SWT dan selalu berdiam diri di dalam rumah semata-mata untuk taat kepada Allah SWT. Rumah Aisyah senantiasa dikunjungi orang-orang dari segala penjuru untuk menimba ilmu atau untuk berziarah kemakam Nabi SAW. Ketika isteri-isteri Nabi SAW hendak mengutus Ustman menghadap khalifah Abu Bakar untuk menanyakan harta warisan Nabi SAW yang merupakan bagian mereka, 
Aisyah justeru berkata, 
“Bukankah Rasulullah SAW [.....]

Wednesday, June 17, 2015

Sesuaikah bersenam pada bulan Ramadhan?

Sesuaikah bersenam pada bulan Ramadhan?  Menurut Kevin Zahri (Cikgu Fitness MALAYSIA) , boleh bersenam di bulan Ramadhan tapi bergantung pada jenis senamannya jugak. Senaman terbaik adalah yang fokus pada pembakaran lemak, lakukanlah senaman kardiovaskular jenis yang relaks atau sederhana seperti berenang, bermain ping pong ataupun mana-mana aktiviti lain yang tidak menyebabkan bebanan teruk pada tubuh. 
Nak lebih santai dan menghiburkan boleh berjalan laju atau jogging secara kecil-kecilan.  Atau tawaf bazaar Ramadhan pun sempoi jugak. Waktu bersenam Yang paling sesuai [.....]

Tuesday, June 16, 2015

Jurassic World (2015) - Indominus Rex Dinosaur Kacukan


Jurassic World (2015) - Dinosaur Kacukan

"Twenty-two years after the events of Jurassic Park, Isla Nublar now features a fully functioning dinosaur theme park, Jurassic World, as originally envisioned by John Hammond.  After 10 years of operation and visitor rates declining, in order to fulfill a corporate mandate, a new attraction is created to re-spark visitor's interest, which backfires horribly"- dipetik dari IMDb (takde kena mengena dengan 1MDB) 

Sedikit nota ringkas berkenaan Jurassic World. Untuk menarik kembali minat pengunjung ke taman tema dinosaur dorang, Jurassic World telah mencantumkan DNA [.....]

Monday, June 15, 2015

Mi Maggi - Betul ke Bohong?



Berita pembuatan dan penjualan mee maagie yang disekat di India adalah sesuatu yang refreshing bagi aku.Menguasai 80% pasaran mee segera di India, langkah ini boleh disifatkan  sebagai drastik. 
Aku yakin pihak Nestle akan lawan sehabis mungkin untuk melepaskan sekatan tersebut, sebab dari sudut perspektif dan tanggapan ramai sememangnya langkah dari kerajaan India ini memberi kesan kepada pasaran Maggi di negara lain. 
Yang peliknya, Nestle telah menjual jenama Maggi di India selama tiga dekad!
Kadang masa membeli di pasaraya, aku selalu anggap mudah, dah [.....]

Monday, June 15, 2015

Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa

Bila di timeline sudah ada foto-foto selfie bertelekung, tag biskut raya dan baju kurung siap, maknanya Ramadhan sudah mendekati. 
Dari segi istilah, berpuasa membawa maksud menahan diri dari makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Sebelum apa-apa hal, aku kongsikan dulu niat berpuasa untuk harian, niat puasa sebulan terus dan doa berbuka puasa, jangan cakap abang tak payung.



Selamat Berpuasa kepada yang beragama Islam. Bagi rakan-rakan yang baru bernikah, cabaran puasa tahun ni pasti berkali [.....]

Sunday, June 14, 2015

Perempuan (3)

Di suatu petang.


" Nak makan kat mana?"

" Mana-mana jelah, i ikut je"

"Ok. Makan kat kedai Jamal"

"Alaa..taknaklah Jamal.."


Pulak.




[.....]

Sunday, June 14, 2015

Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA)

Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA) @ Paradigm Mall Semalam aku berada di Paradigm Mall untuk menyaksikan Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA) peringkat suku akhir. 
Menerusi MIMMA ni, kita boleh saksikan pelbagai Martial Arts digunakan untuk bertarung. Kalau korang ada belajar taekwando, silat, kungfu atau muay thai dan rasa nak bertanding atau uji kemampuan, sinilah platformnya, nak berlawan sangat kan.

Tak sama macam wayang, sebab Malaysian Invasion Mixed Martial Arts tak menggunakan teknik CGI, this is real punya berkelahi!




Real [.....]

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home