Segenggam Setia
Ketika tibanya baru kelmarin, mengapa terasa perginya sudah bermusim. Walau jalanmu sudah hampir, lamanya terasa menggigil.
Rindu ku ini wahai kamu, jika ku kuncikan di locker kerja ku, pasti rebah segala denganmu, kerana beban mu itu sungguh-sungguh. mahu ku ceritakan hilanglah malu, dengan siapa lagi mahu ku mengadu?
sampai bila harus begini lagi,
hati sendiri merasa benci,
tuliskan puisi untuk representasi,
usaha lagi tak usah mati.
demi kamu aku diamkan derita, kerana hanya punya segenggam setia, yang menjadi [.....]
PENCARIAN SPONSOR GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015
PENCARIAN SPONSOR GIVEAWAY EFG MEGA RAYA
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Salam, EFG akan mengadakan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 buat julung kalinya. Sekiranya ada yang berminat untuk memberi sponsor, boleh hubungi nombor yang tertera di atas.
#giveaway #raya2015 #EFG #ExchangeFeedGroup#GiveawayEFGMegaRaya2015 [.....]
(Foto kekanak dengan papan renang ni dipinjam dari wikipedia)
Belajar Berenang Masa tamat bila manusia berhenti bermimpi, dan masa juga tenat jika manusia berterusan bermimpi sahaja.dan sekarang aku terapung di antaranya. Azam yang aku rendam awal tahun ni, mahu pandai berenang, sekarang sedang progress ke satu peringkat seterusnya. Dalam kesibukan masa, aku sempat memulakan pembelajaran renang dengan satu kelab atau persatuan sukarelawan, peluang untuk belajar tu datang secara tak sengaja bila secara kebetulan juga berkenalan dengan seorang pelatih renang di pejabat. Pada yang tak percaya pada kebetulan, anggap [.....]
Review Sayidahnapisah.com | Blogger Siswazah
Segmen review blog kelolaan EFG hari ni akan mengupas tentang sayidahnapisah.com pula. Aku akan menulis gaya Tun M bercerita tentang 1mdb, panas dan telus. Tanpa membuang masa dan perkataan, berikut adalah 5 fakta tentang Napisah yang akan dibongkar.
1. Sebelum ini Pisah (nama rempit) menggunakan memburucintamu.blogspot sebagai platform untuk blogging. Aku tak pasti kenapa diubah kepada namanya sendiri,tapi aku ada 2 hipotesis. Pertama, cinta yang diburu telah ditemui. Kedua, mungkin Pisah merasakan masih muda untuk terburu-buru memburu cinta. Akhirnya Pisah menukar kepada satu nama yang cengeng [.....]
Tangerin & Nikotin - Mimi Morticia
Sebelum aku baca buku puisi 'Tangerin & Nikotin' karya Mimi Morticia,aku tak pernah rasa puisi boleh mengkhayalkan, aku tak tahu puisi boleh bikin orang ketagih serupa hisap pit,aku tak tahu indahnya puisi boleh belai orang tido..boleh buat orang jatuh cinta atau boleh buat orang tertawa. Keh keh. Selesai aku baca,baru aku tahu yang puisi ni serupa magik jugaklah lebih kurang. Mana taknya,dah rasa macam kena rasuk pun ada.
Buku Tangerin & Nikotin ni sebenarnya buku puisi poket. Poket tu [.....]
Review Aku Penghibur | Bukan Hiburan Kosong
1.Blog ni bukan sebarangan, ni pemenang anugerah Best Lifestyle Blog MSMW 2014/2015. Aku penghibur? Apa yang nak di hiburkan? Macam mana nak menghiburkan?Artis ke? Pemuzik ke? Ahli silap mata ke? Penari kebudayaan ke?
2. Ya, itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan ada style. Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita ialah ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. Mungkin cerita gossip Emma Maembong, mungkin tentang filem Suami Aku Ustaz, mungkin juga tentang lagu-lagu terbaru tanah air.Tapi, rupanya aku [.....]
in denial : in a state of refusing to believe something that is true.
Aku sedang menunggu giliran di sebuah bank, biasa kalau pergi bank aku memang tak suka bercakap-cakap, lebih suka senyap macam ada berlaku kematian, seakan-akan bertafakur sejenak kepada duit yang bakal pergi meninggalkan akaun bank.
Depan aku ada seorang brader bank yang cukup baik melayan para pelanggan, sebelum ni pun aku ada perasan brader ni memang cukup gembira dan teruja masa bertugas. Intonasi dan empati dia bila bercakap menonjolkan keprihatinan yang padat. Barangkali, memang impian dia dari kecil mahu bekerja di situ.
"Abang kerja ke study lagi?" brader bank menegur ramah. Walaupun aku tak suka dia panggil aku abang,tapi aku [.....]
Ketika aku merantau ke hujung Malaysia dulu untuk melanjutkan pelajaran, aku selalu mengelak untuk gosok pakaian. Pada mulanya sebab takde iron, tapi lama-kelamaan, walaupun ada iron pun aku tetap tak rajin nak menggosok,terutamanya baju kemeja. Oleh demikian, baju pilihan aku adalah baju yang tidak mudah keronyok atau berkedut. Lepas basuh baju, sangkut guna hanger kemudian bila kering dah boleh simpan dalam almari atau pakai terus. Elakkan baju kemeja kosong, sebab kalau kedut sikit pun memang jelas nampak cela, walaupun pemalas..tapi tetap tahu malu. Selain tu, cara paling mudah, pakai sweater atau jaket pergi kelas..cepat dan tangkas.
Bila dah merantau kerja di kota, aku dapat kurangkan sikit malas nak gosok baju setelah aku memiliki seterika wap/stim. Sterika wap [.....]
#Baru-baru ni aku telah menyertai satu pertubuhan blogger-blogger bersatu di bawah nama EFG (Exchange Feed Group). Secara dasarnya, penubuhan EFG bertujuan untuk mempromosikan blog menerusi perkongsian feed link di blog-blog yang terlibat. Secara langsuñg, setiap blog yang terlibat berpeluang untuk memaparkan pautan feed blognya di blog lain mengikut jadual yang dipersetujui. Tapi, bukan itu sahaja yang menarik perhatian aku.
#EFG ni pun pada aku merupakan platform untuk berkongsi dan mengembangkan ilmu. Antara ilmu yang selalu dibincangkan seperti teknik SEO, teknik review, template blog dan pengiklanan. Semua perkongsian [.....]
Permintaan seorang suami Hujan turun separa lebat, aku dah berada betul di hadapan perkarangan gym menunggu seperjuangan aku Mr A. Sambil menantikan beliau, aku sempat memproses 2 jenis roti ke dalam mulut, dibantu oleh gigi dan lidah serta enzim-enzim yang terkandung dalam air liur untuk mencernakan. Habis roti, mengelamun pulak menyaksikan jutaan rintik hujan berjatuhan.
Sembang lebih tak guna, aku sebenarnya segan nak masuk gymnasium ni sorang-sorang, maklumlah otot badan aku masih lagi tahap malu-malu anak dara, takut pulak kalau aku masuk dorang ingat aku salesman nak jual barang, puii. Nak taknak kena tunggu juga Mr A sampai. Mr A ni jenis badan besar orangnya, gym ni kira taman permainan dia lah.
Sesampai Mr A, dia [.....]
Once a while, we tend to forget we only got 7 days in a week, or 24 hours in a day.
We easily pass each day, each minute, each second..without even realise.
We change. If not, the environment will change and force us to become someone we dont even know, somewhere we have never been.
All of sudden, we struggle to adapt and accept the new we. Or in this story, me.
[.....]
Selepas cuti 4 hari, hari ni masuk ofis masing-masing bawa bekal cerita yang pelbagai ragam mengenai percutiaan. Ada cerita yang mengecewakan, contohnya perjalanan yang biasanya makan masa 2 jam, jadi 12 jam disebabkan kesesakan. Yang manisnya biasalah dapat istirehat dan makan-makan dengan kesayangan. Aku tunggu je bila dorang nak petik cerita myvi, tapi setakat jam 10 pagi takde orang petik lagi.
Tiba-tiba seorang rakan sepejabat berbangsa india sampai, muka nampak ceria selepas pulang dari bercuti, apa dibuatnya masa cuti aku tak tahulah, minggu lepas kesian tengok dia jalan perlahan macam atuk-atuk dan selalu mengeluh sakit belakang, siap amik cuti sakit disebabkan kecederaan semasa work out katanya. Tapi hari ni nampak lain, jalan pun dah laju semacam, rumah [.....]
Tonton Pilot Cafe - Terperangkap di kemelut cinta
Tonton Pilot Cafe - Terperangkap di kemelut cinta Lagu tema yang Hafiz feat Adira tu sedap jugak kan?
1.Pagi ni aku bangun tidur macam tak percaya yang malam semalam aku pergi tengok pilot cafe, siapa yang pukau aku semalam?
2. Pilot Kafe ni satu lagi adaptasi dari novel tulisan Ahadiat Akashah. Dulu-dulu memang aku pernah baca novelnya, tapi jalan ceritanya semuanya terasa macam dah jauh sangat, ingat-ingat lupa. Cuma yang aku ingat aku memang puas baca novel dia pada masa tu sebab Ahadiat bawa [.....]