Friday, February 27, 2015

Kekeliruan


Aku balik dari Kelantan wedding saing, kat airport Kota Bharu duduk sebaris dengan pemain-pemain bola PDRM, ingat nak salam dan tanyalah apa cerita semalam lawan Kelantan,tapi  risau dianggap nganjing lak kalau dorang kena tibai , bila tengok result kat website, Kelantan 0 - 4 PDRM , power..tapi kenapa sorang-sorang muka macam kena pukul, buatlah berlagak sikit.
Sampai di KLIA2, terus cari toilet, perut memulas tak tahu apahal, lepas tu sambil nak naik transit singgah sekejap kat kedai pakaian sukan, ada diskaun sempena pembukaan kedai, tulis kat situ RM50, aku pun tanyalah kat jurujual "Semua Rm50 ke?" . Jurujual kata "Ya,semua RM50". Aku tanya lagi nak sahkan "Semua ni?". "Ya,semua RM50 bang", jawab jurujual lagi.
Murah [.....]

Tuesday, February 24, 2015

Melayang

Ada beberapa perkataan yang lelaki cukup risau bila ia keluar dari mulut seorang perempuan. Contohnya 'Fine'. Dia cakap fine tapi muka macam nak menggigit.Yang ni please beware.
Selain tu, ada lagi sepotong ayat yang aku memang tak suka nak dengar, rasa geram je bila dengar tak kira jantina mulut, iaitu "kau nampak tak apa yang aku nampak". Aku kalau dengar je orang cakap camni, berdebar cuping telinga aku dibuatnya.
Contoh paling tepat terjadi di suatu ketika di sebuah lebuhraya, masa tu aku memandu dari Melaka dengan Eri duduk belakang dan seorang seperjuangan bernama A duduk sebelah aku. Jam sudah melepasi 12 tengah malam, puas aku tekan minyak kereta sebab jalan clear sambil berborak dengan A, perbualan [.....]

Monday, February 23, 2015

Popia

Lepas dapat tahu Indonesia tuntut ketuanan popia, aku dengar Obama and the Magistrate akan tuntut nasi goreng USA, betul ke? [.....]

Sunday, February 22, 2015

Kau rasa?

Luarannya,sesetengah orang nampak muda dari usia, sesetengah orang nampak lebih berusia dari usia.Ditambah pulak dengan kepelbagaian alat solek yang menyukarkan untuk melihat wajah sebenar. Walaupun dalam berkawan dan berkenalan sebenarnya tak peduli pun soal umur dalam bentuk angka, tapi soalan " umur kau berapa?" lambat laun akan bocor jugak dari tempayan.
Typically aku pun tanya soalan tu, tiada sebab yang signifikan melainkan melayan rasa ingin tahu. Perempuan rambut kaler berkasut tumit tinggi pun balas "Kau rasa?". Bila perempuan suruh kau jangka umur dia, ia adalah situasinya mengundang bencana, rasa macam tengah dengar jarum bom sedang berdetik, tik-tok tik-tok. Dan sekarang, kau kena pilih wayar yang harus dipotong supaya bom jangka dapat dimatikan. Pilihan yang ada biru, merah [.....]

Friday, February 20, 2015

Merajuk

Masa berfesbuk aku nampak satu barang yang aku minat nak beli letak kat rumah, boleh lipat dan boleh masukkan dalam bonet kereta. Menarik. Aku pun PM untuk keterangan lebih lanjut sebagaimana kehendak seller.
Selang beberapa minat, seller pun hantar serba sedikit butiran menerusi inbox, tapi lepas baca baris pertama mesej tu terus aku tak jadi beli dan tak teruskan baca details, bukan sebab harga mahal tapi sebab dia taip 'hi sis..'
Aku perati profile picture sendiri, rasanya dada aku nampak slim je.
#Merajuklahnikiranya [.....]

Thursday, February 19, 2015

Bikin Panas

Hari tu aku balik kampung ada makan-makan, makcik aku beriye-iye benor samakan aku dengan pengacara Mentor Legend. Terus aku nafikan dengan keras sebab aku ingatkan maksud dia Awal Ashaari,aku nak iyekan pun tak sampai hati dengan Awal, tapi rupanya Zuan Bikin Panas yang dikatakan mirip.
Bikin panas betul lah. [.....]

Wednesday, February 18, 2015

Adik

Pagi tadi aku buat tugasan macam biasa kat ofis, meralitkan diri lah depan komputer, kemudian aku dengar suara perempuan sibuk panggil entah siapa-siapa entah "Adik..adik...adik..adik...adik..!" mula-mula low note, lepastu high note.
Makin lama suara tu makin dekat pulak kat cuping telinga aku. "Adik..adik.." Aku pun tolehlah kiri nak tengok sapa yang kehilangan adik. Tengok sorang perempuan betul-betul dah kat belakang pandang aku pastu tanya..."Adik..ada pen tak?". Aku jawab ada kemudian hulurlah pen. Eh tak sangka pulak aku adik yang dicari-cari.
Aku tak ingat dah bila last sekali orang panggil aku adik. Ini pertama kali sejak bertahun lamanya. Promoter jualan yang dah pakcik pun panggil aku abang tahu tak. Abang aku sendiri pun tak panggil aku adik. [.....]

Tuesday, February 17, 2015

Kasut

Ahad lepas aku lepak dengan seperjuangan masa aku kerja di Cheras, termasuklah Eri, kalau nak tahu Eri ni dah 2 kali jadi ofismate aku.Aku pun dah 2 kali jadi ofismate dia. Dipendekkan cerita, kami lepak bersembang di kedai kopi yang 'overprice', macam dalam drama tv lah, silang kaki minum kopi makan apple pie. Tinggal rambut je tak pacak.
Kalau dalam drama apple pie tu macam props lah nak mencantikkan gambar sambil-sambil pelakon ucap dialog. Realitinya pun lebih kurang jugak, ada apple pie baru ada feel borak, walaupun takde menyelerakan mana tapi mengenangkan harganya, nak tinggalkan hati pulak tak sampai.
Ini membuat aku teringat pada satu scene 4-5 tahun sudah lepak dengan Zana dan Hana dengan gitarnya, [.....]

Sunday, February 15, 2015

Pengangguran

Sambil tengok Selangor lawan Pahang semalam, aku dengan Eri menganggur,iaitu makan buah anggur. Dengan adanya buah anggur setangkai, perlawanan jadi menarik dengan jaringan demi jaringan buah anggur menerjah ke gawang mulut aku.
Kemudian aku pandang Eri dengan anggurnya, dia dok pulun kupas kulit anggur, bagi aku kupas kulit anggur sebelum makan adalah tak masuk akal..kalau dikira secara bolasepak, aku dah mendahului Eri 6 -0, sebijik pun dia tak gol lagi.  Aku pun dapatkan penjelasan dari dia mengapa perkara ini berlaku.
"eh..3 tahun kenal bru hari ni tahu saya makan buah anggur buang kulit?" jawab Eri. Alamak getisnya dia ni. Gedik + Bajet retis = Getis. Aku tak puas hati, aku yakin sebelum ni dia ada makan [.....]

Friday, February 13, 2015

Pilihan

Dalam perjalanan(sandiwara) hidup, kita perlu cerdik memilih lorong dan haluan, tapi kalau dah Takdir Bin Suratan(bukan nama sebenar) namanya, memilih yang betul pun tetap juga salah.
Contohnya tadi aku beli air tin guna vending machine, aku betul-betul masuk syiling dengan tepat(RM1.50), aku dihidangkan lebih kurang 7-8 jenis air untuk dibeli, kemudian aku betul-betul tekan kat air Apple Aloe, keluarnya air cincau. [.....]

Wednesday, February 11, 2015

Mengelat

Hujung minggu lepas,main bowling dengan seperjuangan, kami taruh siapa markah paling longkang sila belanja makan, tamat game keputusannya korang pun tahulah bukan aku,selamatlah bajet, tapi bila keluar dari pusat bowling nampak pulak pusat karaoke berjiran, perut yang tadi terasa lapar..kami suapkan mikrofon.
Kalau karaoke aku macam biasalah korang pun mesti dah dapat agak, kalau nyanyi lagu Amy Search memang sebijik macam Amy Search, kalau nyanyi lagu omputeh,memang omputeh sangat bunyinya . Tapi bukan mudah, ada syarat-syaratnya. Pertama kena fokus, kedua yang paling penting ON vokal original singer. Itu je.
Tu yang bila ada kenduri kahwin orang suruh aku nyanyi karaoke, nak menunjukkan aku jenis sempoi takde masalah dan taknak mengecewakan hadirin, aku request satu lagu,tajuk lagu [.....]

Monday, February 09, 2015

Sleeping Partner

Tahun lepas masa mula-mula kerja di ofis baru, aku kebiasaanya sampai 2 jam awal atau sejam setengah awal ,atau sejam awal,selewat-lewatnya setengah jam awal, badan pulak tak bersedia untuk mula kerja awal, jadi aku hantar jasad ke ruang rehat.
Ruang untuk berehat ni memang hotspot bagi pekerja-pekerja yang datang awal. Ada sorang ni memang muka selalu ada kat situ,boleh dikatakan muka ruang rehat, tiap pagi nampak muka dia, asal nampak muka dia terus teringat ruang rehat, kadang kami sembang dan tegursapa sebelum dia lelap dengan selimutnya.
Sampai satu masa dia panggil aku "my sleeping partner", terus aku jadi susah nak tidur, bunyi macam geligeli pulak kan? [.....]

Saturday, February 07, 2015

Kau gemuk

Aku makin seronok sejak dua menjak ni orang kata aku gemuk,sihat dan berisi. Sememangnya aku ada letak harapan untuk tampak lebih besar. Sekurang-kurangnya bila amik gambar berkumpulan, nampaklah kewujudan sikit,kalau tidak berfungsi sebagak props atau tiang je lah. Lagipun elok juga nampak macam brader-brader sikit...takdelah orang tanya "Adik belajar lagi ke?"
Berbeza dengan kawan ofis aku W,dia suspek 2-3 kali dia tak berjaya lepas temuduga sebab dia gemuk, dia fikir-fikir katanya mungkin penemuduga nampak dia tak fit dan pemalas. Mana taknya, soalan awal pun merujuk pada saiz badan. Aku nak gelak tapi tak lepas sebab tengok masa tu W serius makan ulam-ulaman masa lunch break. Benda ni kena hati-hati sebab kadang boleh makan dalam ye tak.
[.....]

Friday, February 06, 2015

2015

Bila orang tengok gambar aku yang tahun-tahun lepas, seraya berkata "Wah hensem kau dulu".
Pujian, tapi bila read between the lines. Kat situ ada perkataan 'dulu', maknanya past tense.
Kejian. [.....]

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home