Siapa masa kekanak dulu tak pernah main nyorok-nyorok memang ada sesuatu tak kena, sebab permainan nyorok-nyorok ni adalah satu permainan yang global, di mana ianya di mainkan di seluruh dunia, mat salleh panggil hide-and-seek. Bila dah besar susah sikit nak main sorok-sorok, sebab pertama ialah badan dah besar, sebab kedua candy crush dan emoji lebih trendy katanya. Lagipun, kalau ada lagi yang main sorok-sorok, mesti senang nak jumpa, sebab dia update tempat menyorok kat fesbuk.
Bagi mereka yang tak sempat merasa zaman nyorok-nyorok adalah permainan wajib, ni aku ada cerita satu saat separa panik atau mendebarkan semasa aku mainkan permainan ini. Pada masa tu biasalah ramai budak-budak, berkumpul sanak-saudara sebab ada kenduri kahwin, ada budak yang aku kenal, [.....]
Tak ramai sebenarnya yang beruntung boleh rasa kekekokkan yang aku nak ceritakan ni. Bagi yang pernah merassainya, tahniah. Bagi yang tak pernah atau belum , mari aku kongsikan.
Aku terjumpa seorang kenalan perempuan yang rapat yang sudah beberapa ketika tak jumpa, yang aku rahsiakan nama sebenarnya , nama samaran pun aku rahsiakan, usia perkahwinannya pun baru lebih kurang setahun lah aku agak-agak pada masa tu, pada pandangan pertama pertemuan tu terus aku syak dia dah hamil, sebab dengan jelas di bahagian perutnya sudah ada isi kelihatan. Dengan senyuman dan wajah yang excited aku tanyakan " Tahniah, dah berapa bulan ni?" merujuk pada bahagian itu.
"Mana ada lagi, ini bukan" jawab perempuan itu nada yang aku tak [.....]
Masa beratur bayar tiket parking, lelaki kat depan aku pusing kat aku, dia buat muka macam tak percaya pada nombor yang tertera pada skrin mesin tu, dia tunjuk kat aku, jumlah yang dia perlu bayar ada dua angka, biasa mungkin satu angka saja, menyebabkan dia terkejut tak semena-mena. Lebih mendukacitakan, dia hanya bawa duit untuk bayaran satu angka saja, ni dah dua angka dia tak cukup cash di tangan.
Aku hanya respon dengan wajah sesal dan katakan 'sini memang dah naik harga' sambil geleng-geleng kepala tanda turut tak boleh blah dengan kenaikkan segala harga. Apa boleh buat, aku pun bawa duit sehelai saja. Lelaki tadi kemudiannya blah tak tahu pergi mana, pergi cari duit/ tukar duit kecil [.....]
Semalam Manchester kalah lagi, kali ni pertembungan FA Cup dengan Swansea. Jolokan Red Devil dengan berlambangkan syaitan nirrojim di logo pasukan tersebut nampaknya dah tak menggerunkan. Lebih elok logo tersebut ditampal di jamban, kerana syaitan kan suka tempat busuk. kehkeh. Apapun, aku nak ucapkan terima kasih pada mereka kerana membuktikan syaitan boleh dijinakkan, berharap mereka kalah lagi demi membuktikan umat manusia tak perlu takut pada syaitan dan kanak-kanak tidak lagi risau untuk tidur malam. [.....]
Ini doa aku setahun lepas, aku tulis kat draft tapi tak publish. Doa ni dah termakbul apabila 2014 dilanda dengan kenaikan harga barang. Aku akhirnya berjimat secara paksaan.
"Sikap berjimat cermat dan aku adalah satu pasangan yang tidak cocok, tidak sehaluan dan kekok ketika bersama. Setiap kali aku cuba mewujudkan hubungan mesra antara kami, setiap kali itu juga terasa bagai mencurah air ke daun keladi. Ramai berkata tak kenal maka tak cinta, memang, aku tak pernah putus asa untuk berkenalan dengan pengertian jimat pada luaran dan dasarnya. Luarannya aku dah selam, tapi mahu ke dasar dan mengenal erti jimat yang sebenar..aku jadi lemas.
Moga tuhan turunkan bidadari jimat cermat kepada aku."
note : LAIN KALI AKU NAK BERDOA AGAR DAPAT BERBELANJA SESUKA HATI.
[.....]
Sekarang aku punya tugas kerja memang kena banyak ada atas kereta, oleh itu aku bertambah peka pada industri radio. Beberapa kali jugak aku dengar lagu Havoc - Joe Flizzow kat hitz fm, lagu melayu banyak main kat radio english adalah berita yang baik sebenarnya. Nasib baiklah Joe tak buat version english lagu tu, atau belum buat lagi, kalau tak mesti versi English yang lebih laris di hitz fm ye tak. Dapat pulak bukan-melayu rap lagu rap melayu..memang tip-top. Tahniah Joe..kan gua dah kata lu memang havoc havoc havoc.
[.....]
Benda yang sia-sia pergi shopping complex adalah pergi beli T-shirt ka, seluar ka, topi ka, beg ka, untuk tujuan kau nak pakai bila kau nak pergi ke shopping complex yang lain, yang mana kau pergi tu untuk beli T-shirt ka, seluar ka, topi ka, beg ka, untuk tujuan kau nak pakai bila kau nak pergi ke shopping complex yang lain pulak. [.....]
Benda yang sia-sia pergi shopping complex adalah pergi shopping complex siap dengan pakai perfume, pasal kat shopping complex dah tentu-tentu ramai promoter perfume dengan rela hati suruh kita pakai perfume dia, walaupun suruh test pakai tapi pakai jelah, bukan nak kena pulangkan balik pun. [.....]
Begitu ramai orang yang takut gemuk, malangnya juga takut untuk bersenam. [.....]
Andai azam 'nak kurus' diharamkan di muka bumi, nescaya ramai di kalangan ummat manusia (terutamanya kaum hawa) terpinga-pinga mencari idea baru untuk diazamkan. Lebih-lebih lagi yang sudah lebih dari setahun atau dua tahun berazam benda yang sama, makan masa bertahun-tahun jugak nak kurus ni rupanya.
Cadangan: Daripada dijadikan azam tahun baru, lebih baik azam 'nak kurus' dijadikan azam dekad baru. [.....]