Friday, January 11, 2013

Salam

Dulu masa bulan puasa ada satu gelagat yang buat aku terhibur. Masa tu adik bongsu aku baru darjah 5,  waktu berbuka pun sudah hampir menjengah, lauk-pauk dan beragam makanan lain sudah terhidang menanti dijamah secara berjemaah oleh kami sekeluarga. Walaupun terasa seperti sudah lama menunggu, azan masih jugak belum berkumandang, maknanya..kami kena tunggu lagi lah ye tak, tapi tak semena-mena adik bongsu aku yang ketika itu darjah 5 terus membaca doa makan. Ayah aku lantas berkata dalam kehairanan 'belum azan lagi lah'.
Aku pun yakin yang azan belum berkemundang di tivi atau live dari surau. Adik bongsu aku yang ketika itu darjah 5 menjawab dengan selamba "takpelah, sekejap lagi azan boleh terus makan". 
Perkara itu berlaku 3 [.....]

Thursday, January 10, 2013

2013

2013.

Tahun lepas banyak perkara yang dah jadi, ada yang remeh, ada beberapa yang signifikan, dan beberapa lagi sangat penting. Ada sesetengahnya berlaku seperti dirancang, ada yang luar jangkaan, ada yang mengikut tertib dan ada pula yang bagai susun silangkata kekdahnya.
Walau rupa masih awal remaja (penipuan) , namun usia tetap meningkat dengan ukurun matematiknya. Cabaran juga semakin meningkat memanjat bahu, moga ia tak menjatuhkan aku, malahan berharap menguatkan lagi tenaga dan jadi lebih berilmu.
Seperti kata Salahudin Al-Ayubi "Saya meminta kekuatan, tetapi Allah memberikan saya kesulitan yang membuatkan saya kuat".
Aku bukan nak berubah jauh mana, cuma mahu bermetamorfosis menjadi lebih baik, macam kupu-kupu, mula-mula dia jadi ulat kecil pastu dia jadi sangat [.....]

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home