Wednesday, October 31, 2012

An-gka


Semasa aku buat pemeriksaan kesihatan kat klinik, tiba-tiba aku ditanya tentang umur mak dengan ayah aku, aku tersengih tanda blur. Hal-hal yang melibatkan angka ni memang aku tak jaguh. Bila dah tengok nombor kad pengenalan mereka barulah boleh buat kira-kira, itupun bukan aku yang kira, orang lain yang kira. 
Pernah sekali aku buat pesanan makanan mekdi melalui telefon, bila tang nak bagi alamat aku boleh ragu-ragu pulak dengan nombor rumah. Kemudian, aku bergegas ke depan rumah untuk melihat nombor yang tertera di muka pintu. Nasib baik awek mekdi tak nampak muka aku melalui telefon, takdelah aku tersipu-siput sangat dibuatnya,
Dan yang paing parah sekali, kes baru-baru ni lah, aku belum cerita lagi kat orang sebab [.....]

Wednesday, October 24, 2012

An-jing


Hari ni aku nak cerita pasal anjing, cerita pasal anjing ni aku dah post kat facebook beberapa hari lepas, tapi sekarang aku koleksikan lah kat sini, kalau hanya suka update facebook tak update blog sendiri..itu hanya menguntungkan Mark Zurkerberg saja ye tak.
Selama ni, aku sememangnya tak pernah apa-apa hubungan dengan mana-mana anjing, tak pernah menyimpan sebarang perasaan kat mana-mana anjing, sehinggalah terjadinya satu peristiwa yang menyebabkan aku mula bersangka buruk terhadap anjing.

Semasa aku nak ker parkir kereta, 2 ekor anjing telah menghalang perjalanan aku, dia buat bunyi anjing kat aku dan cuba menerpa, walaupun agak gelap tapi masih boleh nampak giginya yang membuka, sikit lagi nak dikejarnya aku, nasib baik aku cepat-cepat ubah [.....]

Tuesday, October 16, 2012

Fight For Your Dreams

Untuk tujuan catatan, rumah yang aku sewa ni punyalah dekat dengan ofis. Punyalah dekat sampai kalau aku cuti pun aku akan ke ofis, nak elak untuk tak datang ke ofis atau elak untuk berjumpa dengan ofismate pun adalah sukar, sebab ofis ni dah macam halaman rumah aku. Bila orang tanya cuti kenapa datang ofis, aku cakaplah ini halaman rumah aku. Tambahan pula dia terletak depan rumah aku, jadi nak tak nak, aku akan ke arah ofis jugak, parking kereta pun depan ofis.
Jarak yang dekat dengan tempat kerja ni memang ada banyak pro nya, terutama dari aspek pengangkutan dan masa. Cuma bila dah dekat sangat, kadangkala akan ada rasa rimas. Bila 5 minit je dah sampai rumah, [.....]

Monday, October 15, 2012

Sssejuk


Masa aku bekerja di tempat lama dulu, banyak kali terdetik di hati aku untuk hantar resign letter on the spot disebabkan kesejukan di ofis yang tak patut. Setiap kali terdetik, aku pendamkan saja sambil menahan sejuk ke tulang belulang aku, ada satu ketika aku siap merayu lagi kat penghawa dingin supaya meninggal dunia, sampailah aku dapat offer dari tempat kerja sekarang. Tapi kalau itu aku anggap sebagai kemerdekaan dari kesejukan yang tak patut, aku silap. 
Kerana tempat kerja aku sekarang pun masih beriklim sejuk. Bagi yang sedang membayangkan aku bekerja di Eropah atau di Cameroon Highland sila pulang ke pangkal jalan, kerana kesejukan yang aku rasai bukanlah kesejukan alam yang semulajadi, tapi adalah kesejukan penghawa dingin. [.....]

Tuesday, October 09, 2012

Punctual

Bila kawan-kawan kita tak pernah punctual, kita seorang saja yang terkedek-kedek nak dapatkan punctual tu, terasa macam pendosa pula. [.....]

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home