Thursday, December 13, 2012

Batal

Masa tu waktu subuh sudah berdiri di hujung tanduk, aku baru selesai mandi. Aku selak daun pintu, nampak isteri aku yang tersayang sedang baring berlunjur kaki. Aku ni jenis tak boleh tengok benda-benda comel hidup tenang, contohnya aku suka kacau bayi tidur atau usik benda-benda comel seperti buku-buku yang tersusun, dan kaki yang berlunjur tu pun nampak elok je kat situ..maka tak boleh dibiarkan begitu saja, aku pun geletek tapak kaki tu sambil bersedia nak solat.
Tahu-tahu je isteri aku sound "kan dah amik air sembahyang tadi?". Aku sebagai perujuk kepada mazhab Shafie, maka batal lah wuduk. Itu kali kedua terbatal atas sebab yang sama kategori dalam tempoh 24 jam. Tersengih dalam penyesalan aku dibuatnya. Hikmahnya, biasakanlah diri pada [.....]

Tuesday, December 11, 2012

Permata

Ramai juga orang yang bertanya tentang persediaan aku sebelum akad, mungkin sebab aku nampak relaks masih bekerja walaupun esok adalah akad..padahal aku sebenarnya dalam keadaan risau juga, cuma aku sibukkan diri aku dengan hal -hal lain.

Lafaz akad nikah tu aku tak gusar sangat, tapi aku gusarkan pada soalan cepu-emas dari kadi nanti, kerana sesetengah kadi akan menguji soalan yang boleh buat basah dahi dan ketiak, sebagaimana yang dimomokkan oleh masyarakat kita lah.

Takut juga aku kalau ditanya soalan yang bukan kearifan aku, contohnya doa selamatkan diri dari binatang buas atau disuruh betulkan peti televisyen. Dalam pada tu aku sediakan juga helah-helah jawapan kalau ada soalan yang aku tak berapa tahu nak menjawab.

Juga tak [.....]

Friday, November 16, 2012

Tarikh

Hari tu ada seeorang rakan sepejabat datang kepada aku, dengan suara santun dia memuji kekacakan aku yang misteri,aku separuh sengih, benda begini memang aku dah arif..memang dia nak tukar hari cuti dengan aku, aku ronyok-ronyok pujian tu kemudian masuukan semula ke mulutnya. Rakan sepejabat tu lantas menyatakan objektif sebenarnya, berserta tarikh terperinci penukaran hari cuti yang hendak dimohonnya, rasanya dia nak tukar sebab pakciknya nak kahwin, pakcik ke sepupu aku pun dah tak berapa nak hafaz.

Mendengar saja tarik cuti tersebut, terus aku lipat-lipat kembali kata-kata yang memanculkan tarikh tu dan memasukkan semula ke mulutnya. Aku sebenarnya seorang yang sangat mudah bertolak-ansur dan tidak berkepentingan sangat dalam memilih/tukar hari cuti ni, tetapi tarikh yang dia sebutkan tadi adalah [.....]

Wednesday, October 31, 2012

An-gka


Semasa aku buat pemeriksaan kesihatan kat klinik, tiba-tiba aku ditanya tentang umur mak dengan ayah aku, aku tersengih tanda blur. Hal-hal yang melibatkan angka ni memang aku tak jaguh. Bila dah tengok nombor kad pengenalan mereka barulah boleh buat kira-kira, itupun bukan aku yang kira, orang lain yang kira. 
Pernah sekali aku buat pesanan makanan mekdi melalui telefon, bila tang nak bagi alamat aku boleh ragu-ragu pulak dengan nombor rumah. Kemudian, aku bergegas ke depan rumah untuk melihat nombor yang tertera di muka pintu. Nasib baik awek mekdi tak nampak muka aku melalui telefon, takdelah aku tersipu-siput sangat dibuatnya,
Dan yang paing parah sekali, kes baru-baru ni lah, aku belum cerita lagi kat orang sebab [.....]

Wednesday, October 24, 2012

An-jing


Hari ni aku nak cerita pasal anjing, cerita pasal anjing ni aku dah post kat facebook beberapa hari lepas, tapi sekarang aku koleksikan lah kat sini, kalau hanya suka update facebook tak update blog sendiri..itu hanya menguntungkan Mark Zurkerberg saja ye tak.
Selama ni, aku sememangnya tak pernah apa-apa hubungan dengan mana-mana anjing, tak pernah menyimpan sebarang perasaan kat mana-mana anjing, sehinggalah terjadinya satu peristiwa yang menyebabkan aku mula bersangka buruk terhadap anjing.

Semasa aku nak ker parkir kereta, 2 ekor anjing telah menghalang perjalanan aku, dia buat bunyi anjing kat aku dan cuba menerpa, walaupun agak gelap tapi masih boleh nampak giginya yang membuka, sikit lagi nak dikejarnya aku, nasib baik aku cepat-cepat ubah [.....]

Tuesday, October 16, 2012

Fight For Your Dreams

Untuk tujuan catatan, rumah yang aku sewa ni punyalah dekat dengan ofis. Punyalah dekat sampai kalau aku cuti pun aku akan ke ofis, nak elak untuk tak datang ke ofis atau elak untuk berjumpa dengan ofismate pun adalah sukar, sebab ofis ni dah macam halaman rumah aku. Bila orang tanya cuti kenapa datang ofis, aku cakaplah ini halaman rumah aku. Tambahan pula dia terletak depan rumah aku, jadi nak tak nak, aku akan ke arah ofis jugak, parking kereta pun depan ofis.
Jarak yang dekat dengan tempat kerja ni memang ada banyak pro nya, terutama dari aspek pengangkutan dan masa. Cuma bila dah dekat sangat, kadangkala akan ada rasa rimas. Bila 5 minit je dah sampai rumah, [.....]

Monday, October 15, 2012

Sssejuk


Masa aku bekerja di tempat lama dulu, banyak kali terdetik di hati aku untuk hantar resign letter on the spot disebabkan kesejukan di ofis yang tak patut. Setiap kali terdetik, aku pendamkan saja sambil menahan sejuk ke tulang belulang aku, ada satu ketika aku siap merayu lagi kat penghawa dingin supaya meninggal dunia, sampailah aku dapat offer dari tempat kerja sekarang. Tapi kalau itu aku anggap sebagai kemerdekaan dari kesejukan yang tak patut, aku silap. 
Kerana tempat kerja aku sekarang pun masih beriklim sejuk. Bagi yang sedang membayangkan aku bekerja di Eropah atau di Cameroon Highland sila pulang ke pangkal jalan, kerana kesejukan yang aku rasai bukanlah kesejukan alam yang semulajadi, tapi adalah kesejukan penghawa dingin. [.....]

Tuesday, October 09, 2012

Punctual

Bila kawan-kawan kita tak pernah punctual, kita seorang saja yang terkedek-kedek nak dapatkan punctual tu, terasa macam pendosa pula. [.....]

Tuesday, September 25, 2012

Hot Chocolate Untuk Sahabat


Bicara ini untuk memujuk si gadis, Bangun bangkit sudahi sisa tangis, Biar sedikit-sedikit, asalkan semuanya habis, Mari, lengkapi diri dengan senyum, manis, dicemar digiris, masih kalis. ----- Lepaskan segala, mula bersiram, Bogelkan lara, luar dan dalam, Cucikan diri padamkan dendam, Sekejap nanti, wajah kau, hilang muram, Sinar mata kau, takkan lagi kelam. --- Di sini, berhembus aroma sarat, dari secawan hot chocolate, tiupkan semangat biar hangat, hiruplah penuh tekad. _ Dipurbakan oleh Fndrcoka pada September 14, 2011 at 11:41 am (Didedikasi buat seorang sahabat bernama samaran A.Junkers) [.....]

Monday, September 24, 2012

1-2

Setelah 5 perlawanan liga, aku masih menanti kemenangan pertama Liverpool pada musim ini. Dengan 2 seri dan 3 kekalahan, menduduki tangga ke-18 liga, adalah masih belum balik modal aku beli jersi original Liverpool dengan menggunakan duit tulen, atau, mungkin ni satu pelaburan bijak yang lambat matang (sedapkan hati). Menyaksikan Liverpool menentang pasukan yang kurang digemari Manchester United semalam, ianya merupakan satu perlawanan serba tidak menjadi buat pasukan Liverpool walaupun dominasi menyebelahi mereka, satu kad merah kepada Shelvey, memberikan sepakan penalti kepada Van Persie serta kecederaan kepada Agger dan Kelly melengkapkan malam malang Liverpool sambil aku menikmati nasi goreng Tom Yam di sebuah kedai melayu.  Tom Yam pun tak berapa nak menjadi.




[.....]

Sunday, September 23, 2012

Berkelana

Tiga hari dua malam berkelana di negeri Melaka, memberikan aku nafas yang segar dari hiruk pikuk dunia aku sendiri. Moga dengan kepulangan ini, dapat menjadikan aku lebih solid dari segi keutuhan tubuh badan dan keanjalan fikiran. Dikehendaki untuk beraksi di gelanggang selama beberapa jam, aku akur demi menimba ilmu dan kemahiran. Potensi dalam diri ini harus dipecahkan dengan sedikit keperitan.Natijahnyanya, muka aku menjadi sedikit merah setelah dibakar oleh keterikan cahaya matahari, pagi dan petang, menjadikan aku seperti seorang lelaki teruna yang blushing akibat diusik wanita muda.

“The most important thing we learn at school is the fact that the most important things can't be learned at school.”-HM
[.....]

Thursday, September 20, 2012

Dadah dari Jepun

Sejak pertama kali aku baca buku Haruki Murakami, langsung aku hilang spirit nak tulis review pasal buku. Biasa kalau lepas baca buku mesti ada rasa nak tuliskan atau kongsikan kat blog , tapi lepas baca buku Murakami terus rasa nak baca buku dia yang lain, dan lain, situasi ni dah berulang untuk buku Murakami yang ke berapa entah aku tak ingat. Nak habiskan baca pun rasa sayang, sebab takut untuk berpisah.Ini boleh diibaratkan..kalau baca buku Murakami dapat pahala, muka orang syurga aku ni gamaknya sekarang.

[.....]

Tuesday, September 18, 2012

The Soul Of Money


Miskin duit tak apa-apa,
Selagi tak miskin motivasi, Bila motivasi dah papa kedana, Si kaya pun nak bunuh diri.
Cari duit, buang duit,
Sampai bila mahu berhenti, Cari duit sampai sakit, Masih juga tak happy-happy, Makin hari makin sedikit, Biasalah kalau dah greedy.

Pasang resmi mencari rezeki,
Makin  diberi makin berbudi, Walau disua  harga tinggi, Kukuh Jiwa tak terbeli.
Duit punya cerita,
Menyentuh seribu satu emosi, Takut, tamak, sengsara, Gembira, suka, cemburu atau depresi, Macam-macam ada, Tepuk poket, rasai [.....]

Thursday, September 13, 2012

Cinta itu sifatnya memaafkan


Cinta itu sifatnya memaafkan, Memaafkan itu tak lain tak bukan datangnya kerana cinta, Orang yang pemaaf hatinya penuh cinta, bagai berlian bertebaran di angkasa, takkan habis walau dikutip dinoda-noda, walau terpalit hitam suram berbalam-balam, akhirnya putih bercahaya menyuci alam, lembut berdepan kalut, senang dan menenangkan, semuanya kerana cinta yang memaafkan, yang masih ku cari dan ku dambakan, dari bayangan kekasih masa hadapan...
 Fndrocka - August 31, 2011 at 11:01 am
[.....]

Wednesday, September 12, 2012

Tuduhan

Hari ni ada ofismate wanita tuduh aku amik telefon bimbit dia. Katanya takde orang lain lagi, mesti orang dekat-dekat situ juga yang amik atau sembunyikan..dekat-dekat situ tu dia tujukan kat aku, beriya sungguh dia kata aku amik, aku buat bodoh sebab aku ingatkan dia gurau-gurau dengan aku, lagipun aku tengah selsema dan ada kerja lain nak buat, tapi dia mintak jugak kat aku telefon bimbit dia, aku kata aku tak amik, dia mintak lagi, aku kata tak amik lagi, dia tanya lagi, aku jawab yang sama..
Seketika kemudian, barulah dia jumpa telefon bimbitnya, yang dari tadi dok ada kat tangan dia. [.....]

Monday, September 10, 2012

Auto

"Kalau bilik yang bersepah dipandang sebagai seni, nyatalah aku adalah seorang seniman" tulis aku di status facebook beberapa minit yang lalu.
Malangnya perkara sebegitu tak berlaku, yang sering diiktiraf sebagai seni adalah bilik yang rapi susun aturnya, sedap mata memandang letak duduknya, bersih luaran dan dalamannya, cantik ruang dan pengisiannya. Seni hiasan dalaman ni bukan perkara main-main, ada yang pergi universiti nak belajar benda ni.
Tapi kan ke lebih canggih kalau bilik aku boleh automatik kemas dirinya sendiri. Aku sanggup menggadaikan seni untuk kecanggihan. Instead of kereta terbang, aku tak sabar nak lihat bilik atau rumah yang boleh mengemas dan mengurus dirinya sendiri...a smarthouse.



[.....]

Sunday, September 09, 2012

0.1

Kalau ikutkan hati, mahu je aku mohon cuti sebulan tanpa gaji untuk selesaikan hal-hal yang tersepit di pertengahan jalan, contohnya appointment dengan hospital, hal insuran kereta, hal lesen, hal kursus , hal habiskan baca buku 1Q84 dan hal nak install game Football Manager 2012 yang tak dapat dapat. Hal-hal ni sepatutnya dah selesai menjelang bulan ni, tapi dengan cuti mingguan yang tidak menentu macam tipis saja kebarangkalian untuk selesai.

Tapi tu kalau ikut hati aku lah, memang nak sangat cuti sebulan.. kalau hati bos pulak, kita tak tahulah dia nak bagi ke tidak, kalau dia nak bagi pun, kena tanya jugak dia nak bagi apa, bagi cuti atau bagi berhenti terus. Apa pun, aku rasa aku kena [.....]

Sunday, September 09, 2012

Passion

aku biasa mendengar orang berduit berkata yang 'wang ringgit bukan segalanya' atau lebih kerap dalam english 'money is not everything'. mereka berkata jangan bekerja kerana duit, carilah 'passion' atau minat, barulah kerja kita betul-betul cantik dan bersemangat, untung-untung boleh kaya dan raya. 

Setuju. 

cuma dalam berkata mereka kadang lupa merasa bahawa orang tidak berduit bukan selalu dapat ruang dan peluang untuk berfikir atas landasan minat atau 'passion' atau jiwanya  ada atau kosong. Orang tidak berduit asalkan dapat mengisi perut nya, apa-apa pun dilakukan. Nanti bila dia sudah berduit bolehlah dia berkata seperti orang berduit tadi pula.

Bersambung.. [.....]

Saturday, September 08, 2012

zZz

kelmarin, aku keluar bersama teman sepejabat dan pulang agak lewat, aku sampai di muka pintu rumah dalam jam 3 pagi. aku seluk poket seluar di kiri dan di kanan, seluk ke dalam beg berkali-kali, kunci rumah tak dijumpai. aku kembali ke parkir kereta. setting kerusi ikut sedap spinal cord, tutup muka dengan jaket, kemudian pejam. 

[.....]

Friday, September 07, 2012

Comel

yang aku tak faham sekarang, apsal hacker yang gondam blog terdahulu aku ada tinggalkan mesej kata yang dia work for humanity , for justice, kemudian tulis 'Allahu Akbar'. kenapa begitu?

senang-senang je guna nama tuhan nak gondam blog aku. comel sangat lettew.


[.....]

Thursday, September 06, 2012

Mistik

aku rasa dihargai apabila perkara yang aku cakapkan itu didengari, sama ada diterima atau tidak itu belakang cerita, ceritanya sekarang aku suka bila orang beri peluang untuk dia dengar dan memahami apa yang aku katakan. kalau tak ingat pun, sekurang-kurangnya nampaklah lupanya.

tapi..mood aku akan hancur bila mana aku ditanya perkara yang sama seakan-akan sebelum itu aku bercakap dengan orang lain(atau pasu bunga). sehingga aku sendiri terkejut dan merasa mistik. Apakah aku ini diciptakan tuhan bersifat lutsinar ? Atau personaliti aku belum cukup keras untuk kata-kata aku dirasai seadanya?


[.....]

Thursday, September 06, 2012

Seteru

dunia ni dilimpahi dengan zat pilihan yang banyak,  bila menu pilihan tu banyak dan semakin banyak, jadi memang layaklah kalau di kalangan kita ni berbeza-beza situasinya.
jadi seeloknya kita hidup untuk memilih yang mana satu, bukan berkelahi menjadi seteru. [.....]

Thursday, September 06, 2012

Semut Api

Menulis blog dah macam saka kepada aku, ia dah merasuk ke dalam jiwa aku sejak pertengahan remaja. Buat masa ini, belum ada mantera yang boleh buang ia jauh dari mendampingi aku. Ghairah menulis blog yang tumbuh dalam diri aku seperti pokok bunga yang tumbesarannya banyak cobaan, kadang bunganya dipetik, kadang rantingnya ditebas, kadang tanahnya kering, kadang cahaya mataharinya terlindung..sehinggalah baru-baru ini terasa seperti akarnya dicarik binatang apabila blog personal aku di-gondam mesra oleh penggodam mulia dari Indonesia dan Bangladesh. Kemain lagi depa kendurikan blog aku.
Mungkin salah aku juga, kerana kurang ilmu pertahanan maya,juga lambat untuk mengejar ilmu teknikal dan taktikal perang maya, namun 'sense of survival' aku tak pernah kurang. Macam resmi semut, bila semut-semut yang [.....]

Next PostNewer Posts Home