Gambar hiasan semata-mata |
Aku cuba cari idea design kabinet tv di shopee dan facebook. Saja aku nak tengok-tengok kalau ada design yang ngam dengan citarasa aku, kena dengan apa yang aku cuba wujudkan dalam suasana ruang tamu a.k.a ruang pejabat di rumah aku. Idea kasarnya yang ada elemen kayu pallet gitu, nampak rugged dan relax.
Apa saja yang berkait dengan bentuk ni bagi aku akhirnya akan mencipta art. Jadi bila art tu dia jadi subjektif, bila subjektif tu dia susah nak terjemah atau nak letakkan point, dia bukan 1+1=2. Cuma yang pakar tentunya tahu letak duduknya rekaan tu bersandarkan pada undang-undang estetikanya.
Kalau mencari telefon bimbit pun, dari segi look tu memang nak cari bentuk yang nampak sofistikated dan moden. Dalam banyak-banyak telefon bimbit yang aku pakai, paling aku suka adalah shape telefon bimbit Motorola Razr yang pesen lipat-lipat. Time aku pakai tu memang tengah in la ditambah pulak dengan warna hitamnya, nampak bergaya klepak-klepik bukak-tutup telefon tu.
Begitu juga masa nak membeli kereta buat pertama kalinya, aku turutkan jiwa muda aku beli honda sivic eg8 sebab shape dia yang sharp dan sporty tapi bersahaja. Walaupun masa aku beli tu aku bukan reti drive pun, tapi tak jadi masalah sebab aku suka tengok shape dia kat tempat parking..nak drive tak reti lagi time tu. Kalau peminat kapal terbang dia suka simpan model kapal terbang, ada juga yang suka kapal laut, apa yang membuatkan kereta, kapal ni nampak menarik? Komposisinya? Bentuknya yang simetri ketika pegun dan dinamis dalam pergerakan?
Keindahan dan kegilaan terhadap bentuk-bentuk ni sebenarnya sudah lama, zaman-berzaman dan meliputi semua hal lain lagi. Keindahan bangunan-bangunan pun disebabkan shape dia, cantuman-cantuman bentuk yang mengasyikkan. Orang yang belajar ilmu senibina atau seni lukis mungkin boleh perjelaskan dengan lebih mendalam lagi, aku cuma seorang user yang berada di tengah-tengah keasyikan...apa yang aku boleh katakan, adunan bentuk-bentuk, garis dan waima saiz/ komposisi boleh membangkitkan mood dan suasana tertentu, kalau berjogging aku suka merentasi putrajaya sebab dapat melihat bangunan-bangunan kerajaan yang pelbagai bentuk.
Perkara ini membawa aku ke satu lorong masa, masa di sekolah di hari pertama kelas Geografi. Cikgu subjek geografi tu masuk kelas dengan muka serius. Beliau menceritakan sedikit sebanyak latar belakang beliau dan subjek geografi yang bakal diajarkan buat sekalian pelajar. Beliau kemudian meminta semua pelajar berdiri, siapa yang nak duduk perlu menjawab soalan beliau, tiada jawapan yang betul atau salah katanya.
“Bahagian apa yang menarik tentang seorang wanita?” merupakan soalan of the day. Soalan ni macam sains pun ye, macam art pun ye..tapi sejujurnya merujuk pada tubuh badan la. Lebih kurang 30 pelajar yang semuanya lelaki tiba-tiba terkaku nak jawab apa. Rasa nak jawab salah, tak jawab kena berdiri. Ke hulu hilir cikgu bawak rotan aju soalan kat pelajar. Dia bukan main-main, dia memang tanya secara serius. 5 minit pertama tu sorang pun tak menjawab. Rasa nak gelak ada, rasa seriau pun ada sebab cikgu ni menekan-nekan kaedahnya. “Kalau soalan semudah ini tak boleh nak jawab, apa lagi soalan-soalan geografi yang lebih kompleks pasal bentuk mukabumi, hutan dan sebagainya”.
Sehinggalah dah letih berdiri, sorang-sorang mulalah menjawab dan dapat duduk. Bila tengok member senang hati dapat duduk, member lain pun mulalah cari jawapan. Yang payahnya cikgu ni taknak jawapan yang sama. Kalau member dah jawab, kau kena cari jawapan lain. “Banyak lagi jawapan lain” katanya. So kalau kau dah terfikir jawapan tu lebih baik angkat tangan segera sebelum orang lain jawab, sebab makin lama jawapan yang diberi akan semakin mendalam dan seram. Dia punya seram sampai laju budak-budak ni angkat tangan, sampai hujung-hujung tu dah krik-krik.
Ada jawapan yang buat member tersengih, gelak, merahpadam, yang jawab awal-awal tu bolehlah bagi jawapan tak jujur dan harmles seperti hidung, cuping telinga atau lutut. Tapi masih kena elaborate. Kalau jawab dahi, cikgu tanya “Dahi? Kau tengok perempuan punya dahi kau rasa menarik? Dahi yang macam mana menarik, macam mana tak menarik? Kalau dahi licin menarik lah?”.Jawapan nak melepaskan diri je.
Bentuk-bentuk sememangnya memainkan peranan secara signifikan dalam hidup manusia. Secara visual mahupun rohaniah. Terpulanglah pada anda mahu memandang dari sudut mana.
Nak tahu jawapan aku?
Aku orang pertama sekali duduk.
Note: masa kecik dulu aku suka main tanah liat, paling cemerlang kalau aku buat bentuk cacing atau ular. Kalau ular tu kena gulung lebih sikit daripada cacing pastu bubuh mata.
0 comments:
Post a Comment