ABPBH




 Saban tahun ramai je yang tak puas hati siapa yang menang. Bagi lah sesiapa pun yang menang, mesti ramai yang tak puas hati. Sedangkan Siti Nurhaliza menang dulu pun ada je tak puas hati sampailah dia dah malas nak tercalon.

Ceritanya sekarang kalau kompang pungpang anugerah ni tak relevan, anugerah buang masa, dia sorang je yang handal benar tak kenal penyanyi tu tak kenal pelakon tu, tuptup dah keluar keputusan dia yang menggelabah sibuk komplen macam begitu penting sangat siapa yang menang untuk dia, dah kenapa dan mengapa tuan-tuan dan puan puan sekalian.

Kalau tak undi, kenapa kita perlu kisah / tak puas hati. Inikan gelanggang untuk yang turun mengundi.Macam kita tak undi pilihanraya, bila dapat result kita pulak yang itu ini, tak ke tak sesuwai. Macam kawan aku tak minat bola, team mana yang menang dia pedulitaik apa. Kita enjoy-enjoy dah lah.

Aku pun tak kenal Chubb-E. Tapi takpelah.

“Kita sekarang berada di zaman big data dan ukuran populariti juga boleh dijangkakan daripada data-data seperti ini.


Jadi janganlah jadi poyo kerana zaman berubah dan sekarang Anugerah seperti ini berada di tangan golongan yang meminati penyanyi seperti Haqiem Rusli, berbanding dahulu Anugerah ini berada di tangan golongan yang meminati pelakon seperti Eman Manan.” - Daniyal Kadir


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comments:

SalbiahM said...

Ala yang komplen banyak tu la yang duduk mengadap dari mula sampai habis. Padahal orang tengok saja-saja. Aku tak berani la nak kutuk pasal aku staf media prima. Ok bye