Slightly Trivial



Selepas nekad untuk potong rambut pada suatu hari, kantung pujian aku nampaknya sudah penuh. Tak sangka dengan sedikit olahan, boleh merubah cara orang melihat. Umpamanya sepinggan nasi goreng bila dirasakan dengan cili potong, lain kenikmatannya.

Mana taknya, hampir semua rakan terdekat memberi respon positif, tak kurang juga memberi reaksi acah-acah hot stuff benau. Aku hanya mengangguk-angguk mengiyakan dan bersetuju pada sesetengahnya, selebihnya aku cuba untuk tidak terpendam dalam.

Seperti sedia tahu, kantung pujian aku sebenarnya lebih kecil dari kantung kritikan yang aku biarkan kembang. Jenis yang simpan piala bawah katil bukan di ruang tamu. Aku jenis selalu mempersoalkan pujian. Ada orang yang terbawa-bawa dalam memuji hingga hilang makna sebenar. Bahaya puji sama seperti bahaya gula dalam makanan. 

Namun, itu tidak bermaksud aku tidak berterima kasih, kerana memberi pujian adalah salah satu medium jalinan sillaturahim sambil kebenaran yang diucap diambil sebagai rujukan. 

Tapi rambut aku bukan banyak mana, kalau selalu nak potong nanti untung atas angin lah kedai gunting rambut.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

9 comments:

Sofinah Lamudin said...

Hallooo nota purba! Saya datang singgah sini. Saya suka cara awk menulis... stylo... sastera! :) Keep it up..

komen saya ni untuk kantung pujian k. hahahaha!

cinta said...

Cer up gambor style rambut baru nk tgk baper bintang boleh bagi.

cinta said...

Cer up gambor style rambut baru nk tgk baper bintang boleh bagi.

messarah said...

Jemput singgah dan baca :)

https://messarah.blogspot.my/2017/09/im-glad-to-be-part-of-them-sea-games.html

Fnd Rocka said...

kantung pujian tutup sempena cuti umum

Fnd Rocka said...

dia elok 2-3 hari je, lepas tu kembali tak berpedomam

Anonymous said...

hahaha.

diorang bkn puji ko, tp puji tukang gunting tu kot...

Fnd Rocka said...

eh tak bolehlah camtu, apa2 yang dia buat aku jugak yg kena tanggung..hehek

Sofinah Lamudin said...

jadi tercicir la pujian pujian saya ari tu... elok cari balik mana tercicirnya tu. huhu.