Adaptasi VS Fake


Adaptasi VS Fake


Kadang orang lemah nak borak dengan aku sebab aku lurus (boleh dibaca sebagai ju-jur). Kadang aku sendiri malas nak borak, sebab aku lurus macam pembaris. Lurus dalam konteks ni maksudnya, aku cuba see thing as it is, aku cuba jelaskan pandangan aku dari kelabunya sentimen dan prejudis, atau elak terlalu jaga rapuh hati orang atau jaga imej kendiri. Kalau tiba-tiba aku salah, aku tak betul, sekurang-kurangnya aku original recipe. Kalau aku tak tahu sesuatu hal, aku cakap la tahap mana je yang aku tahu.

Sesetengah orang atau jenis pekerjaan, memang tak suka orang jenis begini, terutamanya perempuan, mereka hanya nak dengar apa yang mereka nak dengar, tapi mereka taknak straight forward. Bila aku duduk dalam kumpulan perempuan-perempuan yang nak dengar apa yang mereka nak dengar, kemudian mereka akan bercakap apa yang perempuan nak dengar, bila sorang marah yang lain pun kena marah, bila sorang rasa kelakar yang lain pun kena ketawa, aku akan jadi perabot.

Kepada yang takde kenangan manis bila bercakap dengan perempuan, aku rasa nasihat terbaik yang boleh aku berikan pun ialah, kau penuhi je apa perempuan tu nak ketengahkan, kalau dia kata Steven Gerrard main untuk Chelsea kau layankan je, cakap dia sebenarnya pemain Liverpool tapi mungkin lah, tak pasti, mungkin dia pernah masuk akademi Chelsea atau pernah main sekejap dengan Chelsea walaupun kau tahu dengan sepenuh jiwa raga Gerrard tak pernah main untuk Chelsea. Kau mungkin rasa seperti menipu diri sendiri, tapi takpe kau maafkanlah diri kau bila hari raya menjelang tiba.

Kalau perempuan tunjukkan jalan salah dengan yakin tahap PHD ke sesuatu tempat tapi kau tahu jalan tu memang salah, kau boleh ikut je jalan salah tu, bila dah nampak jelas memang salah, kau cakaplah mungkin dorang dah buat jalan baru, ada renovation, atau terlepas simpang ke apa, perempuan memang suka orang macam ni. Jangan jadi macam aku, kalau orang cakap memang ni lah jalannya, kalau orang kata memang dulu kat sini ada tasik dulu entah sekarang tak tahu kenapa takde, aku akan jawab "mungkin tasik tu orang lain dah beli dan pindahkan ke tempat lain".

Ironinya, ramai pulak yang suka mintak pendapat aku dalam macam-macam hal, baik lelaki atau perempuan. Kang kalau tak jawab kata aku sombong. Kalau tanya biasa-biasa takpelah, ni tanya soalan macam aku ni ustaz atau bomoh nak baikpulih orang dah kenapa. Malah semasa di universiti, ramai pulak berkawan dengan perempuan, tak mungkinlah sebab aku kacak maka ramai yang nak berkawan dengan aku, kan? Sampai aku malas nak jawab, juga kebanyakkannya tanya hal yang aku tak tahu menahu pun, mungkin orang taknak lelaki yang serba tahu tapi nak lelaki jujur. Lepastu lelaki pun jujur, tapi bila jujur perempuan sakit hati sebab apa yang dia dengar tidak seperti yang diharapkan. 
 
Sampai satu masa, aku suka jawab main-main, menjawab tanpa perlu menjawab, bercakap sekadar bercakap, ada elemen deviation/distraction sikit. Ranting atau dahan pokok yang lurus biasanya itulah yang kena cantas dulu sebab menganggu atau merosakkan 'penglihatan', sebab tu tumbuhan by nature akan melingkar, memanjat untuk beradaptasi dengan persekitaran demi kelangsungan hidup.

Contohnya ketika sedang menunggu lif petang semalam, kelihatan seorang perempuan menghampiri dengan segaris senyuman ramah.

Apabila sampai di sebelah aku,

"Lamaaa tak nampak" , katanya.

Aku tenang membalas senyuman dan membalas "Ha'ah..baru pindah".

"Ooooh..patutlah lama tak nampak", jawabnya ceria.

"Yup, itulah pasal" .

Lif terbuka lalu aku masuk ke dalam lif, dia menaiki lif yang satu lagi. Aku kenal pun tidak perempuan tu, aku pun takde pindah mana-mana.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

8 comments:

Sheila Adziz said...

lelaki atau perempuan yang lebih peka... ada kemungkinan perempuan itu dah biasa nampak gerangan diri namun ketidakpekaan empunya diri menyebabkan kerabunan berlaku...

Fnd Rocka said...

kahkah..boleh jadi.

Anonymous said...

lama tak nampak?

baru pindah?

oooh, patutla lama tak nampak?

macam tak kena ja balasan jawapan kepada baru pindah tu.

huhu.

mamapp said...

Haha.. tapi Ada benarnya kata2 Di atas

Hanis Amanina said...

"mungkin tasik tu orang lain dah beli dan pindahkan ke tempat lain" hahaha tergelak baca benda ni :D

tapi ada je perempuan yang suka straight forward.

"mungkin tasik tu orang lain dah beli dan pindahkan ke tempat lain"

wanita mutalib said...

glamer sangat kat tempat keje le tu.
orang kenal dia.
dia tak kenal orang :)

Noor Maizan said...

Saja sejenis yang 'lurus' juga. Haha. Bukan perempuan saja, lelaki pun ada yang cuma nak dengar cuma apa yang dia nak dengar. Huhuhu.

A'ishah Kamaludin said...

Love your writing, and your response. Such a cute girl hahah