Nonsensikal Sepasang Kasut

Nonsensikal Sepasang Kasut


Aku punya falsafah terhadap kasut, sama juga dengan telefon bimbit, ganyang sampai luluh baru beli yang baharu. Takpun, bila hilang dikebas orang, baru cari yang baharu.

Dijadikan kisah, kasut milik aku memang dah jatuh hukum wajib ditukar. Simptom-simptom kasut dah kena tukar ni yang pertama bila aku tengok dengan mata kepala aku sendiri pun dah rasa mendayu-dayu. Simptom paling tenat, bila 2-3 kali budak pejabat tanya bila aku nak beli kasut baru. Tak tahulah ianya pertanyaan atau hinaan halus.

Jenuh jugak nak menjawab soal kasut ni.  Kaki aku dahlah tak pandai bercakap, so dia kalau nak harapkan aku menjawab, aku cakap kurang bajet je la, sekarang harga kasut dah naik. Kalau nak acah-acah deep, aku pesanlah "jangan menilai orang melalui kasut" sambil suara control serak-serak basah untuk kesan yang lebih menyentuh.

Kaki aku pun sebenarnya tak banyak songeh, bukan saja songeh tak banyak, habit dia pun lebih kepada 'aksesori' je, fungsi dan matlamat kewujudan sudah tidak begitu signifikan, namun tetap jugak perlu dikasutkan.  Pakai tetap pakai. Macam tali leher lah, entah apa fungsi tali leher ntah, melainkan sebagai aksesori, menunjukkan status. Bos aku kata, pakai tali leher ni boleh menjana keyakinan, kalau tidak dari dalam diri sendiri, boleh jadi dari luar orang yang melihat kita.

Itu je lah. Takde pulak aku pakai tali leher boleh melancarkan pernafasan atau memudahkan proses pencernaan nasi lemak beli kat LRT Asia Jaya, takde pulak berlaku. Benda tu tergantung je kat leher, kadang rasa macam professional dalam sesuatu bidang, kadang rasa digembala, kadang nak pakai pergi kedai pun takut kena caj mahal.

Cuma, yang aku perasan, bila aku pakai seluar sama dan baju sama seperti selalunya, yang berbeza adalah aku pakai tali leher, tiba-tiba orang tegur apesal aku segak-segak. Ajaib sungguh, bagaimana secebis kain (yang dijahit menjadi bentuk tali) boleh merubah suatu bentuk pandangan? Dan kain tu pulak, bukan kain yang istemewa pun, bukan diperbuat dari kekapas bunga di kebun bunga pinggirin Everest ke, tali leher biasa je lepas diskaun dapatlah 30 ringgit. Biasa je bro, apesal boleh mengubah dan menjana keyakinan bagai?

Mengenangkan hal itu, hari tu lepas gaji check-in, terus aku beli kasut 2 pasang.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

9 comments:

noor azlan said...

Haha... beli kasut 2 pasang kan... jangan buka price tag nya tau.. nampak sikit baru beli... bagi tunjuk kat diaorang.... hihi

cinta said...

Baru2 ni byk rumah2 terbuka, aku pergi pakai kasut kerja.

Sbb aku cuma ada sepasang kasut utk ke pejabat n sepasang selipar jepun utk kegunaan kasual (yg suami hadiahkan). (Sapa kata pmpn ada byk kasut)

Lps baca cerita kau ni tiba2 rasa nk beli kasut. Tapi mengenang belanja susu n pampers aku rasa lebih baik put on hold rancangan tu.

mamapp said...

Kadang2 very ironic bagaimana simple thing boleh buat change Yang besar kan

Anonymous said...

pakaian, memang orang menilainya,

contoh, ko selalu pakai tshirt one day pakai kemeja.

org akan bertanya.

normal la tu...

afifah said...

Hhahahaha, dua pasang teruss.

Betul gak pasal tie tu.

// afifahaddnan

Fnd Rocka said...

tapi kasut aku murah

Fnd Rocka said...

haha.kesukaan aku, akan beli kasut yang universal ,yakni sesuai untuk ke ofis dan ke mana2 sahaja tanpa rasa kekok

Fnd Rocka said...

its all in our mind

Fnd Rocka said...

sekaarang dah globalisasi, production kluar banyak kut sampai soal kualiti tak terbela