Prolog dari Petaling


Prolog dari Petaling


Jumaat, 7 pagi. Turun dari transit aliran ringan, aku bergegas ke kiosk makanan yang berada berdekatan, tujuan aku sebulatnya mahu membeli 3 kuih keria dan 3 karipap. Aku tak pasti ejaan kuih keria yang sebenar. Masa nak beli tu pun aku sekadar tunjuk kat kuih tu dah cakap "3". Makcik tu cakap "3 keria ye". Aku angguk. Aku tak pasti makcik tu tahu ke tak mengeja keria. RM3 harga totalnya.

Sesampai di ofis aku terus aktifkan komputer riba dan segera menghantar satu surat elektronik kepada rakan sekerja. Surat atas talian tu berbahasa omputeh, "kindly allocate 100% to me first" antara isi kandungannya. Bukan main.

Sambil-sambil membaca surat-surat elektronik yang aku terima sejak semalam, aku bersatu dengan kuih keria dan karipap. Aku buat keputusan untuk mempraktikkan sistem penggiliran, dimulai dengan kuih keria kemudian karipap, begitulah seterusnya. Tanpa aku sengajakan, akal matematik aku bangun, setiap kuih yang aku telan bernilai 50sen. Suatu ketika dahulu 50 sen ni adalah nilai sebungkus nasi lemak.

Aku teringat pula pada pengalaman 2 tahun lebih yang lalu, masa tu aku pun penjual kuih-muih juga. Ya, aku pernah meniaga / menjual kuih-muih. Walaupun raut wajah aku tak macam penjual kuih, tapi, aku pernah menjual kuih sebagai mata pencarian. Oleh itu, aku jugak memahami perih si penjual kuih untuk bangun pagi buta untuk mencari rezeki halal, juga aku memahami keredhaan si penjual kuih apabila pelanggan yang dikasihi memberi wang kertas RM50 untuk kuih 4 bijik. 

Masa jadi penjual kuih tu, aku kena marah sebab tak jual kuih 50 sen, sebab orang semua zaman sekarang jual kuih 50sen. Takde lagi kuih 3 seringgit (sekurang-kurangnya di kawasan aku memang begitu). Tak sempat aku nak mengenang lebih panjang kisah aku menjual kuih, kuih karipap dengan keria aku pun habis. Terus aku malas nak fikir pasal kuih. Aku terfikir pulak pasal kawan sekerja aku yang duduk sebelah, masih belum sampai lagi. Semalam kesihatan dia tak berapa padu, batuk demam selsema. Antara hidup dengan pitam. 

Aku mendoakan dia semoga cepat sembuh dan datang kerja hari ni, kalau itu tidak berlaku, aku menjangkakan hari ni akan panjang.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

Adam said...

Nanti saya baca.
Mungkin menarik ni.
Harap2 tak lupa.

SalbiahM said...

malas nak berkira dengan penjual kuih tepi jalan. sebab bukan senang jadi seorang penjual kuih