Pengalaman Bersunat


Pengalaman Bersunat

( Sekadar Gambar Hiasan)

Usai sudah segala prosedur, aku disahkan selamat disunatkan. Nampak gayanya semua berada dalam keadaan yang diimpikan (kecuali apa yang berlaku kepada doktor). Bagi diri aku, aku tetap aku, tiada apa yang berubah melainkan yang satu itu. Berubah ke arah yang lebih diredhai.

Oh lupa pula nak beritahu, aku disunatkan pada hari yang sama dengan abang aku, aku tak tahu kalau abang aku ada cerita yang lebih menarik di bilik khatan tu, tapi masa dia keluar tu dia punya muka ada senyum, jalan macam orang baru dapat BR1M, jenis macam tak sabar nak guna apa yang dia ada.

Dipendekkan cerita tentang abang aku, senyuman dia tak berpanjangan, lepas tu 2-3 kali jugak dia ulang-alik pergi klinik, gasak sangat tu. Aku pun ingat-ingat lupa kejadian tu, atau sebenarnya aku tak berapa nak amik tahu pun pasal burung orang lain, kerana burung aku sendiri pun apa kurangnya.

Ok tu cerita lain.

Selepas majlis bersunat tu semua, biasalah akan ada sanak-saudara dan jiran tetangga yang datang melawat. Itu aku okey, cuma mungkin trend pada zaman tu, kalau datang melawat orang bersunat, yang aku tak faham biasanya makcik-makcik, mesti dia nak selak kain tengok. Tak tahulah itu sejenis perlakuan kinky atau apa, tapi secara logiknya apsal kau nak tengok, cuci mata? Entah, mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Sudahlah burung ketika itu dalam keadaan RnR (rest and relax).

Lepas tengok tu, biasalah akan bagi duit selit letak bawah batal atau tilam. Masa tu terasa la macam penari tiang sekejap. Kalau boleh teruskan kerjaya macam ni, masyuk jugak ye tak, hanya bermodalkan maruah sahaja.Tapi tidak, aku tak biarkan perkara seperti itu berlarutan. Memang tak setujulah budaya sebegitu rupa, anak dara kau pertama kali datang bulan takde pulak pakcik-pakcik request nak selak kain.

Kemudian, berkat mengikut nasihat doktor dan tidak melakukan perkara-perkara yang memudaratkan, aku menamatkan tempoh perintah berkurung burung seperti yang dijadualkan. Meski pengalaman singkat itu tidak begitu mahal harganya, namun sempat juga aku dilayan seperti raja, serta cukup untuk membuat anda membaca entri ini hingga titik terakhir.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comments:

Mimin Adam said...

HAHAHA, ingatkan baru bersunat td ..