Selamat Malam


Di meja makan ketika menanti hidangan, seorang rakan seperjuangan mencucuh api rokok, untuk kali yang seterusnya.


"Kurangkan merokok..untuk kesihatan" tegur si polan disebelahnya, sambil rokok terselit di bucu bibir.

"Tidur kang berhenti lah" jawab rakan seperjuangan, asap terus berpusaran.

Menguatkan kepercayaan aku bahawa tidur sangat penting untuk kesihatan, malah mengurangkan indeks pencemaran udara. 

Selamat Malam.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

cinta said...

Merokok ni ada bagusnya.
Ramai yg awet muda.
Tak sempat nak menikmati hari tua.

Fnd Rocka said...

kakhkah...rugi ar tak sempat rasa kwsp