Refleksi & Retrospektif

Refleksi 

Beberapa langkah dari tempat tinggal aku ada orang jual laksa. Tempat tu rupa-rupanya agak dikenali ramai, bila aku beritahu lokasi tempat tinggal aku beberapa kali juga orang akan kaitkan dengan laksa tersebut. Bila aku makan laksa tersebut buat pertama kali dulu memang diakui sedap, tapi aku tak rasa thrill.

Sehinggalah minggu lepas aku pekena laksa yang kalau main bola patut kena kad merah je pada minit pertama perlawanan dimulakan, tak menyesal makan tapi rasa seperti dikecewakan kekasih. Kemudian untuk membuang kenangan pahit tu, aku makan laksa lah laksa yang beberapa langkah dari rumah aku tu..kali ni barulah aku rasa laksa yang sedap harus diraikan dengan pingat dan piala serta disyukuri.

Itu yang orang kata, kalau tak pernah kalah macam mana kau nak rasa nikmatnya kemenangan.

Retrospektif

Pernah berlaku juga kat aku masa zaman menimba ilmu. 

Semester pertama tiba-tiba aku dapat anugerah dekan (pointer power lah ni kiranya) walaupun aku tak try hard pun, puncanya mungkin sebab banyak dapat tips dari senior dan otak masih murni. Bila keluar keputusan periksaan tu, aku perasan kawan-kawan pun pandang lain macam,respek, ucap tahniah kemain lagi. Sedangkan aku, tak tahu apa pun apa bestnya dekan-dekan ni.

Kebetulan lagi, semester kedua dapat jugak dekan. Semester ketiga pun secara tiba-tiba dapat jugak (beruntung). Tapi aku tak rasa bagus, seriously, rasa happy pun tak berapa. Sedangkan kawan-kawan yang tak dekan bukan main anggap aku pandai padahal aku tak pandai macam depa pun (pandai tak kira ikut keputusan peperiksaan sebenarnya).

Sehinggalah, pada suatu hari, bukan nak kata dekan, 3 tahun seterusnya bayang-bayang dekan pun tak nampak sampai aku habis pengajian kat situ,bukan takde mencuba.. aku cuba juga mencari semula aura dekanis tu dengan melipatgandakan usaha dan strategi, tapi...hanyut, kat situ aku mula merasakan betapa nikmat dan manisnya anugerah dekan itu, sesuatu yang telah hilang dari aku.

Itu yang orang khabor, benda dah hilang barulah kita nak hargai.

Bila aku refleks dan fikir-fikirkan, mungkin ini sebabnya kenapa ada masanya bila ada makanan yang kelasnya duduk di hotel dimasak oleh chef antarabangsa, bila dijamu depan mata kita, entah ke mana hilangnya rasa gembira itu. 

Sedang, ada masanya, ada insan yang bila dijamu dengan makanan seringkas mungkin pun boleh menangis hatinya kegembiraan. Bukan memiliki segalanya yang membawa bahagia, tapi mencintai apa yang dimiliki? 

Kerana keberadaan dan keadaan, akan membolak-balikkan deria rasa yang tak dilabelkan.

Mungkin tiada salahnya dengan password , mungkin username kita yang tak kena. 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

Sayidah Napisah said...

macam kakcik la. orang selalu puji kakcik comel sampai dah rasa biasa dah.

lepas baca entri ni, kakcik rasa kc harus lebih menghargai bila orang puji kc comel sebab suatu hari nanti pasti akan hilang kecomelan itu hehehe

Fnd Rocka said...

Demam saya baca komen di atas

cinta said...

Comel la komen kak cik tu.

Azirahman said...

macam tu la manusia