Kelebihan Orang Yang Rendah

Kelebihan Orang Yang Rendah

Kelebihan Orang Yang Rendah

1. Kelihatan Muda

Siapa yang tak suka kelihatan lebih muda dari usia ye tak. Kelihatan muda ni pada aku terhad hingga umur 40 tahun. Selepas dari tu kalau pendek macam mana pun tak berapa nak nampak muda sangat. Tapi kalau dah berusia 30-an misalnya, bolehlah nampak macam 20-an. Kalau 20-an boleh nampak macam belasan, gitu. (rujuk terma & syarat)


2. Selesa dalam ruang sempit.

Ini termasuklah masa nak naik LRT, Kapal terbang atau kereta. Orang lain punyalah kena mampatkan jisim badan supaya dapat memenuhi ruang tapi kau dah memang kecik dan rendah boleh chill chill je la. Kalau nak tidur pun mudah, kalau orang kaki panjang kaki mungkin akan rasa lenguh-lenguh kalau dapat katil yang tak cukup sentimeter, tapi untuk golongan yang tak cukup sentimeter ni boleh sesuka hati tidur melintang atau menegak, silap-silap bawah katil pun muat. Kalau tak cukup katil, kalau tak kisah mungkin boleh tidur ceruk almari atau bucu rak televisyen.


3. Kelebihan bergambar formal

Bila nak bergambar, terutamanya yang formal dan rasmi,yang pendek akan diminta atau diwajibkan oleh jurugambar untuk duduk/berdiri di hadapan. Ini adalah sesuatu yang memeberi keberuntungan kepada si pendek kerana nanti gambar nampak penuh, sedangkan yang panjang gambar nampak kepala je macam zirafah. 


4. Mudah cari baju.

Sebab apa aku kata mudah cari baju, sebab walaupun dah dewasa dia masih boleh cari pakaian kat bahagian kanak-kanak atau remaja. Nak ubah dari panjang ke pendek pun senang nak potong, tapi kalau pendek nak ubah jadi panjang mana boleh.


5. Mudah Nak Menyorok

Kalau nak hindarkan diri dari seseorang pun senang, katalah kau terjumpa kawan yang kau malas nak layan kat shopping mall, kau selit-selit di celahan peha orang ramai pun dah susah member nak cari. Kalau pergi wayang pun takyah risau kepala blocking orang belakang, entah-entah orang belakang pun tak perasan ada orang kat depan dia.



Itu antara kelebihan orang rendah dan pendek lah, kalau korang ada pengalaman dengan kelebihan kependekkan sendiri jangan segan-segan kongsi di sini.  Kalau aku ada tersalah tulis, tolong betulkan.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

PCL said...

Ok boleh terima jugak ni bab pendek ni memang selalu bertuah bila bab bergambar.. dan pasal umur bawah 40 tu, mcm pcl x setuju lah.. bawah 50 still look young Bro :)

cinta said...

Ada lagi.
Boleh buat magic rare tanpa perlu belajar magic.
Kau pnah nampak keta berjalan atas jalan raya tanpa pemandu?
Magic tak?

Sayidah Napisah said...

over laaa tido kat bucu rak televisyen! hahaha.

btw semuaaa di atas benar-benar belaka. kalau beli makanan kat cafe/kedai makanan, memang senang nak selit-selit tup-tup dah sampai ke depan...tapi masalahnya kalau kat belakang ramai-ramai orang, memang kena jengkit kaki laa nak tgk mknn sobsobbb.

eh terrrrcerita pengalaman kat sini pulak. :P