Kek-OK

Tak ramai sebenarnya yang beruntung boleh rasa kekekokkan yang aku nak ceritakan ni. Bagi yang pernah merassainya, tahniah. Bagi yang tak pernah atau belum , mari aku kongsikan. 

Aku terjumpa seorang kenalan perempuan yang rapat yang sudah beberapa ketika tak jumpa, yang aku rahsiakan nama sebenarnya , nama samaran pun aku rahsiakan, usia perkahwinannya pun baru lebih kurang setahun lah aku agak-agak pada masa tu, pada pandangan pertama pertemuan tu terus aku syak dia dah hamil, sebab dengan jelas di bahagian perutnya sudah ada isi kelihatan. Dengan senyuman dan wajah yang excited aku tanyakan " Tahniah, dah berapa bulan ni?" merujuk pada bahagian itu.

"Mana ada lagi, ini bukan" jawab perempuan itu nada yang aku tak dapat terjemah kerana aku sendiri dah kalut dengan jawapan tu . Dalam hati mungkin dia jawab "Ini bukan baby, ini lemak lah babi!"

Tak ramai sebenarnya yang beruntung boleh rasa kekekokkan yang aku cerita ni. Bagi yang pernah merasainya, tahniah. Sama ada kau ketawa, kau sengih, atau kau menangis minta maaf pun akan tetap ada kekok yang berbaki. Melainkan tiba-tiba berlaku gempa bumi di tempat kejadian, 8 skala Richter misalnya.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments: