Sssejuk


Masa aku bekerja di tempat lama dulu, banyak kali terdetik di hati aku untuk hantar resign letter on the spot disebabkan kesejukan di ofis yang tak patut. Setiap kali terdetik, aku pendamkan saja sambil menahan sejuk ke tulang belulang aku, ada satu ketika aku siap merayu lagi kat penghawa dingin supaya meninggal dunia, sampailah aku dapat offer dari tempat kerja sekarang. Tapi kalau itu aku anggap sebagai kemerdekaan dari kesejukan yang tak patut, aku silap. 

Kerana tempat kerja aku sekarang pun masih beriklim sejuk. Bagi yang sedang membayangkan aku bekerja di Eropah atau di Cameroon Highland sila pulang ke pangkal jalan, kerana kesejukan yang aku rasai bukanlah kesejukan alam yang semulajadi, tapi adalah kesejukan penghawa dingin. Cuma kali ni aku kurang sikit nak fikirkan untuk hantar resign letter on the dot, kerana kat sini bayarannya memuaskan bagi aku.

Sebagai alternatif, pencarian rezeki aku banyak bergantung pada sweater atau jacket atau cardigan yang aku pakai. Bukan saja rezeki, malah kesihatan badan aku juga boleh terjejas disebabkan iklim yang tak sesuai dengan aku. Bila aku google tips untuk tahan sejuk, jawapannya lebih kurang suruh aku pakai sweater jugak. Selain tu, aku ada juga gerak-gerak tak tentu hala kat ofis supaya badan panas, tapi kang terlebih tak tentu hala dapat bahana pulak dari bos.

Nak tak nak, aku kena cuba untuk mempertingkatkan ketahanan sejuk aku, belajar atau berlatih supaya badan aku lebih tebal, kalau nak dibandingkan dengan orang lain, ketahanan aku berada di tahap yang rendah, lebih-lebih lagi bila nak dibandingkan dengan amoi-amoi berseluar pendek yang pergi tengok wayang, aku yang bersweater pun pundi kencing bergetaran..tapi dorang buat tak tahu, aku ingat nak jadikan dorang sifulah.



“Being soaked alone is cold. Being soaked with your best friend is an adventure.” 
― Emily Wing Smith, Back When You Were Easier to Love



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

Anonymous said...

Ofis tu penuh dengan orang xmandi pagi kot..xpun orang yg blajar kat oversea setahun 2 balik complain "Malaysia is hot"

Fnd Rocka said...

tak jugak..sebab majority of us rasa sejuk..cuma aku maybe rasa kesejukan yg double

Siti R said...

Takpe la...nanti kalau betul2 gi Eropah di musim sejuk takde la terkejut sangat

Fnd Rocka said...

kalau gi Eropah memang padan dan berbaloilah sejuk sejuk dan pakai baju berlapis lapis lapis lapis dan lapis