Aku tak pernah serasi dengan konsep goodbye, aku lebih kepada konsep see you again next time. At least thats what i intent to manifest, juga sebab goodbye berat dia punya beg emosi nak kena galas i guess.


Dulu masa belajar kat hujung Malaysia, perjalanan 6-7 jam tu membuatkan aku akan berjumpa dengan stranger kat atas bas. Sementara nak sampai tu sempat bertukar cerita dan anekdot hidup yang masih rebung ketika itu. Dalam pertemuan yang singkat, kita rasa seperti  dah lama berkemistri mungkin di multiverse yang lain, bila dah sampai kat destinasi kita akan saling bertukar contact dan memberi naratif seakan-akan akan berjumpa lagi, tapi we always knew..that day will never happen and that is actually a goodbye. 


Selepas tamat belajar pun kita cuba untuk menidakkan, yang selepas hari terakhir kita jawab exam, kemas beg dan balik kampung, most probably we all will be stranger back. Simpan memori yang kian kekuningan seperi buku lama, faded. We start as stranger and most of the time end that way. Kita akan bersalaman dengan laluan hidup yang seterusnya, despite pernah depends on each other so much, spend the night and day with some failure and succes, enjoy all the little things and all that shit,once habis..then harried and busy bekerja berkeluarga, akan jadi sukar untuk jumpa balik even for secawan kopi sebatang rokok. Because the change is inevitable and there are things that will be sacrified.


Even masa aku nak berhenti kerja dulu-dulu pun, masa tu memang shy and have ambigious way of expressing myself, hanya menunggang wajah tampan (open for debate) untuk memulakan kareer kemudian bila nak berhenti aku tak dapat nak salam kawan-kawan untuk compose myself and say i will be resign and hope to see you all again somewhere someday. Its difficult for me during those days, agak terkilan tapi it is what it is, at least aku serap the lesson and belajar untuk lebih matang and be a little bit politikal, gituu. Bila kawan-kawan resign pun, aku tak ucap farewell sebab aku rasa boleh je jumpa kalau nak jumpa, ini bukan zaman jejak kasih nak cari orang kena contact stesen TV, but deep down we know, it will never be the same again kalau jumpa pun. People will change, renew, transform and so on. Tapi tak pernah lagilah jumpa dah jadi tupai ke, anjing laut ke. 


Berapa ramai kawan kita yang dulu pernah rapat, jadi begitu asing kemudiannya. Yang dulu maybe so close so important to each other, tapi sekarang kalau pergi kedai makan dia duduk sebelah meja kita pun mungkin kita tak perasan. “Like two straight lines overlapping, we momentarily crossed each other at a certain point, then we went our separate ways”.  So hipotesisnya, aku elak untuk cakap goodbye, sebab it scares me how fast people can become stranger, that cycle. Mungkin aku kena cakap Hasta La vista bebeh. Then after a while, there are some friends who will always comeback, the spirit of friendship never dead. “Like a boomerang you threw that whirls back to you when you least expect”

 

Ada orang yang dia  limitkan dia punya circle kawan-kawan, tidak beri reaksi atau menyibuk-nyibuk dengan artis atau influencer, pendek kata mengurangkan episod drama-drama yang tidak perlu. Sambil tu dia akan invest pada pemantapan minda dan rohaniah, buat perkara yang dia suka tanpa menganggugat kehidupan orang lain, membaca dan memahami lalu mempraktik sistem fikiran yang kena dengan jiwanya. Dalam nak mencapai hasrat memiliki ketenangan, kosnya bukan murah, masa dan usaha yang konsisten diperlukan, dalam perjalanan tu mungkin akan ada orang yang tak suka tapi, tapi your mental health is your responsibility, priority. Bila orang bagi kau hidangan yang kau taknak consume, kau tolak dan orang akan berasa hati, you just carry own..sebab bila habis hidangan, you are on your own.

Cuma tu la, all this process happen in the background, at the end of the day, people who choose the easy way, will say ‘untunglah kau’.


“ Ketika kita merasa susah dan dizalimi, bersyukurlah kerana masih ada lagi yang lebih susah dan dizalimi dua kali ganda”

Dah kenapa nak kena bersyukur orang lain lagi susah. Kesian la kat orang lain. Oh my god. Kau nak aku gembira ada orang lain lagi susah ke.

Kelmarin sementara rakan-rakan pergi menonton filem tentang perjuangan bangsa menentang British, aku pergi masuk-keluar kedai mencari windbreaker untuk dibeli. Habis 2 jam filem pun tamat, Shamsul Yusuf bertambah kaya namun windbreaker aku masih belum ditemui.

Aku beritahu rakan-rakan aku, semua kedai aku dah masuk Puma, Nile, Adidas, New Balance dan lain-lain kedai sukan, tapi takde yang aku suka. Sebelum ni aku pernah beli kat uniqlo, aku minat yang macam tu, tapi bila aku cari jugak kat Uniqlo takde jugak yang berkenan, ada tu ada tapi tak berapa nak minat.


Pastu rakan aku cakap dia ada nampak kat satu kedai ni, tapi harga 5 ratus la. Cun habis . Aku pun terrfikir, betul jugak katanya. Tadi pun aku ada nampak, harga 400myr,300myr..lawa pun lawa. Yang 100myr ada tapi tak lawa pulak, tu sebab tak beli.


Kiranya selama pencarian aku tu, bukan takde yang berkenan atau takde yang lawa, cuma aku je yang tak kaya. Aku kena buat pencarian kekayaan dulu, baru banyak benda tiba-tiba ada. Ok sambung kerja dulu.

 



 Setelah singgah sekejap di pesta buku hari tu, semangat membaca buku aku bangun kembali. Aku baru saja habis membaca buku into the light karya Abdullah Hussein dan sekarang tengah baca Aleph by Paulo Coelho. Aleph ni aku beli kat Bangi masa tengah kopi-kopi (padahal order teh ais cincau) tengah rakan-rakan, masa tu aku melilau di sekitar kedai makan tu tetiba nampak barisan rerurai jual barangan lama termasuklah buku-buku.


Seronok kann beli buku? Kalau baca buku yang tebal dengan info atau sejarah, dah macam membuka dimensi baru dalam kepala. Buku ni secara clichenya macam kawan yang mengajar dan menemani. Dalam buku ni kalau kena dengan bukunya, dia akan mencetuskan soalan-soalan yang tak pernah dipersoalkan dalam hidup seharian kita, dia membawa satu semangat yang tak pernah dirasakan, atau idea yang kau boleh kau kira-kira tambah darab bahagi menerusi kotak fikiran kau sendiri. Atau kalau tak berlebihan buku-buku ni boleh memanusiakan aku jugak, lari sekejap dari rutin kerja rigid dan robotik.


Cuma nak cari buku yang tepat ni pun satu hal, tak semua buku ngam dengan kita. Sebab tu aku selalu amik cadangan buku dari orang. Dalam satu temubual baru-baru ni Uwei mencadangkan buku Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon, terus aku order bersama-sama buku kombo Salina, Hujan Pagi dan Langit Petang karya A Samad Said. 


Buku lama-lama ni sebenarnya kekal baru selagi ada pembaca baru seperti aku. Buku yang bagus diuji dengan masa, jika selepas 50 tahun atau 100 tahun ia masih diangkat..kau taulah tahap lejen dia macam mana. Dia macam orang muda memang nampak style dan trendy, tapi kalau nak cari substance, buku-buku lama lebih banyak substance yang bermutu..mungkin orang baru tulis bertemankan aircond dan secangkir kopi overprice dan memikirkan berapa unit buku ini boleh dijual. Sedang orang lama menulis kerana idea/ mesej / cerita yang hendak disampaikan,dulu takde internet atau youtube, menjadikan buku sebagai medan berkongsi tentang diri dan kehidupan…juga wadah hiburan menerusi perkataan dan sastera, aku pun kalau facebook tanya whats on your mind, aku post gambar makan je..makan je lah yg tahu.

 


Unmind



Sejak smartphone menjadi popular, aku tidak lagi menulis blog atau menggunakan media sosial menerusi laptop atau komputer. Completely transisi kepada smartphone tanpa menoleh walaupun laptop tu sentiasa ada bersedia untuk diketik-ketik.


Aku fikir ini mungkin sebab smartphone lebih bersifat peribadi untuk aku dan mudah untuk dibawa kemana-mana lah, meskipun aku masih merasakan tulisan akan lebih meluas dan ada dinamika bila mengeruk papan kekunci sebenar di laptop berbamding menggunakan dua jari ni smartphone. 


Untuk menulis di smartphone ni pulak kena mengharungi banyak dugaan dan godaan notifikasi dari pelbagai arah. Sedang kau menfokuskan apa yang kau nak tulis, dua jari ni akan melencong ke ikon facebook la, instagram la, whatsapp laa..dan lain-lain. Ini sekaligus membuatkan smartphone yang dulunya membuatkan kita boleh menulis di mana-mana pada bila-bila masanya akhirnya tidak ada apa-apa pun yang tertulis.


Tapi tu lah,  nak seribu daya..taknak seribu kali melencung. Bila seorang rakan dalam arena blogging kata dah hilang kata-kata, tak tahu nak tulis apa, aku pun mencadangkan konsep rambling anywhere anytime kepada dia untuk mengembalikan kata-katanya yang hilang. Sambil mencadangkan tu, aku pun praktikkan lah supaya idea tu berbalik kepada aku.


Sambil tu aku pun berteori yang apabila kira berada dalam keadaan yang selesa, atau gembira, terasa pemikiran kita jadi tumpuldan idea tak berapa nak berkawan. Tapi lain pula bila diselubungi hiba, duka, kecewa, bagaikan hujan pulak idea tu mencurah-curah. Pernah dengar juga orang kata, nak menulis dengan spirit ni kena sedih dan sunyi..ah sudah..aku rasa kita lagi pandai menggunakan emosi dark tu untuk dipindahkan ke dalam bentuk penulisan sebab memang bahan bacaan kita pun agak melankolil lebih-lebih lagi bacaan melayu pasca perang dunia atau pasca kemerdekaan.


Sementara nak menulis sesuatu dalam state of euphoria, dalam penuh keceriaan, adalah susah dan tak berapa nak meresap. Mungkinkah kita bangsa balada? Kalau band-band metal atau heavy metal pun, bila nak keluar radio kena rakam lagu ballad baru syarikat berani nak amik. Kalau nak ikutkan semangat rock and roll, susah kita nak terima..kita nak balada atau mendayu-dayuuu.


p/s: aku assume kawan yang kehilangan kata-kata tu tengah gembira, mengambil-kira dia banyak post gambar sweet-sweet di Singapore dan Kuala Lumpur.

 Sebagai seorang introvert yang sekali-sekala menyamar sebagai extrovert demi kelangsungan hidup, memang aku tak berapa nak merasa damai di khalayak manusia berpusuan. Tapi nak jugak gi pesta buku kat PWTC.


Buku-buku ternyata lebih murah dari pasaran. Aku pun dengan pantas tapi tegas, cari-cari buku yang boleh dijadikan vaksinasi minda. Nampak je buku berjudul Juara oleh S Othman Kelantan, terus aku sauk, buku ni memang mempunyai status tinggi di kalangan pembaca tempatan. 


Malah, darjat buku JUARA ni dinaikkan lagi apabila difilemkan oleh U-Wei menjadi sebuah naskhah filem terbaik di suatu ketika dulu - JOGHO. Sebagai acah-acah menghayati filem-filem U-Wei aku amik terus buku Juara ni, lagipun kena lah dengan jersi Liverpool yang aku pakai masa nak bayar kat kaunter tu..juara.


Bila balik rumah aku bukak plastik, baru nak baca…tiba-tiba….tiba-tiba takleh nak baca pulak. Nak eja satu-satu tak lepas, nak disyairkan pun tak pas.Buku dah diterjemah ke bahasa spanish daaaaa..inilah yang dikatakan juara tertunda, dont judge book by its cover.


P/s: Adik kat kaunter tu pun bior je aku beli buku spanish, maybe ada sinar latin di wajahku. Que sera que sera.

Previous PostOlder Posts Home